SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, July 28, 2009

PERUTUSAN TERIMA KASIH DARIPADA PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH

Oleh: ANDROD SADIAN (Pengerusi Gabungan NGO Sabah)

SAYA dengan sukacita ingin memberikan sekalung penghargaan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 atas kesudian memenuhi undangan kami di majlis yang sederhana tetapi meriah di Lohan Rest House, pada 25 Julai. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili kerajaan negeri Sabah kerana sudi bersama-sama dalam majlis tersebut.Tidak lupa saya mengucapkan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK Pengelola yang dipengerusikan oleh Datuk Hj. Jirin Saliun , yang berjaya merancang dan melaksanakan program mengikut perancagan bersama. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Ustaz Mohd. Rodhi Daud serta rombongan NGO dari semenanjung Malaysia. yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada penduduk Kg. Lohan, Ranau dan pengunjung dari lain-lain daerah yang telah sudi bersama-sama dalam majlis 'Jasamu Diabadikan', Tun Abdullah Ahmad Badawi. Demikian juga kepada perwakilan NGO dari seluruh negeri serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala sumbangan, jasa baik, khidmat sukarela dan komitmen Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan/Sdr/i...

"SEMOGA GABUNGAN INI BERTAMBAH MANTAP, TEGAP DAN KUAT"

Ke arah 1Sabah, 1Malaysia, Kerana yang 1...

5 comments:

Umar al-Longobi said...

tahniah dan terima kasih kpd yg berkenaan. bukan senanggggg... teruskan perjuangan! semoga sukses...

DINAKAN said...

ngam..sanguru... semoga kita warga sabah semakin MANTOP.

Little Mike (LM) said...

Berjalan terussss!!!

SANGURU said...

OPSSS...saya lupa pandang belakang? Terima kasih jua kepada sahabat-sahabat dalam SAM dan KUSNET. Kadang-kadang, dalam perjuangan, kita lupa diri sendiri dan sahabat. Tapi saya yakin, kita tidak ambil hati sangat. ADAT BERJUANG, ADAT NGO...

Anang said...

Pencapaian yang Sangat cemerlang....Tahniah sanguru dan semua yg terlibat...Teruskan perjuangan utk 1sabah.