SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 12, 2009

Petikan Terbaik PM Najib: Ucapan 100 Hari Sebagai Perdana Menteri.

Saya belek-belek akhbar dan tertarik dengan kolum yang menyiarkan ucapan penuh sempena 100 hari Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Selesai pembacaan, saya tersentuh dengan beberapa kata-kata beliau dan saya rasakan ini intipati ucapan menarik untuk saya kongsikan. Petikan 1... 'Sebagai seorang pemimpin, saya dan rakan-rakan mempunyai pilihan, pilihan dari segi pendekatan kita. Saya boleh memilih untuk duduk menunggu di bilik berhawa dingin dalam pejabat untuk mendengar taklimat, menerima laporan yang belum pasti jalan ceritanya lengkap seperti mana kenyataan 'on the ground'. Pada saya, seorang pemimpin yang lebih dianggap prihatin, akan lebih dianggap berjiwa rakyat kalau kita sanggup turun turun ke bawah melihat dengan mata kepala kita sendiri permasalahan rakyat, mendengar rintihan rakyat, keluh kesah, merasai gunda gulana dan meresapi denyutan nadi rakyat yang kita pimpin. Sebab itulah saya mengambil pendekatan 'walkabout'. saya belek Kamus Dewan Bahasa, tidak ada terjemahannya. Saya terpaksa fikir terjemahan lebih sesuai ialah 'tinjauan mesra'. Petikan 2.... 'Kita nak setiap menteri yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab kepada rakyat' Petikan 3... 'Kita akan gunakan pendekatan memikir, mendengar hasrat rakyat, rintihan rakyat, pendapat rakyat. Era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Kita mesti dengar pendapat rakyat, proses ini kita akan buat dalam hampir semua keputusan penting yang akan dilakukan oleh kerajaan' Petikan 4... 'Perjalanan kita ini ibarat sungai, samada kita ini pemimpin atau dipimpin, semuanya mengalir ke arah yang sama' Petikan 5.... (Hasil nukilan PM) Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke mana kan tumpah harapan mereka kerana Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beda, lebihkan menerima Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan Kita melangkah sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia Harap pemimpin kita membaca aspirasi Perdana Menteri. Alangkah baiknya semarak kata-kata ini menjadi unggun hati menerangi beranda minda mereka agar menyala sinar ikhlas dalam membantu rakyat.

4 comments:

SANGURU said...

Bah, kalau rakyat mau, NGO Sabah boleh atur bawa DS Najib turun Sabah...ala kampung2 bah.
(Utk makluman sahaja: Gabungan NGO Mlaysia disukai semua pihak khususnya pihak kerajaan.)
Inilah bagusnya bergabung/berukut-rukut. Suara kecil jadi besar. "Hama jadi gajah"...

Little Mike (LM) said...

Ngam Tuan.... banyak yang 'MENJADI' tu kalau DS Najib sendiri tengok

SANGURU said...

klu ok, kali ni sy bawa tu prog d KM...

Umar al-Longobi said...

DS Najib, teruskan! Rakyat sedang menilai...