SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 1, 2009

SAM: "MATA TELINGA KERAJAAN", SAHABAT RAKYAT...

SAM MENDUKUNG SLOGAN PM MALAYSIA
(TEKONG SAM MERUPAKAN PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH - SEKADAR MAKLUMAN)
Majoriti wartawan/penulis SAM adalah "orang NGO", maka SAM secara tidak rasminya berperanan sebagai NGO. Dan sebagaimana yang diketahui umum, NGO adalah badan bukan kerajaan yang bergerak bebas membantu rakyat, kerajaan dan sesiapa saja yang memerlukan sesuai dengan peranan/objektif setiap NGO. Saya paparkan entri ini untuk menjelaskan/ menjawab beberapa kekeliruan serta komen pembaca yang mengatakan "SAM MENGADA-ADA". SAM macam mengada-ada tetapi sebagai "mata dan telinga" pihak kerajaan dan sahabat rakyat, memang perlu individu dalam SAM atau SAM sendiri mengadakan atau memaparkan apa yang wajar. SAM yakin pihak kerajaan dan rakyat tidak akan menyalahkan bahkan berterima kasih dengan paparan kami. Yang mungkin terasa itu adalah "orang dalam parti kerajaan" atau "pemimpin tertentu dalam kerajaan" atau "pegawai tertentu dalam agensi kerajaan". Itu bukan satu kesalahan kerana pihak kerajaan sendiri mengemukakan slogan "RAKYAT DIDAHULUKKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAAN"...kerajaan juga berusaha memerangi gejala rasuah, dan tak suka "KERJA CINCAI"...siapapun yang cuai, tidak amanah, tidak produktif (markah KPI lampau rendah), merosakkan imej kerajaan dan seumpama dengannya seharusnya diberi teguran, amaran dan tindakan...maka dengan itu rakyat sekalian digalakkan bersahabat dengan SAM...dengan pemimpin...dengan siapa saja yang membawa kebaikan...

11 comments:

NONG said...

Sangat setuju dengan perutusan ini. Kita jangan terlalu cepat berprasangka bila kita ditegur. Ditegur tidak bermakna TERUK atau BURUK, sebaliknya kerana mahu melihat suatu perbuahan kearah yang lebih positif..Walaupun banyak pengulas tanpa nama baik yang menyokong atau mengkritik SAM, kami sebagai ahli SAM akan menerima itu sebagai satu motivasi untuk melakukan satu demi satu anjakan.
Kami sudah bersedia untuk dikritik dan dipuji oleh semua pembaca SAM.

HIDUP SAM!

Anonymous said...

bahhh...kalau gitu kamurang aturr sija laa...yg penting nda melampau-lampau kamurang menghentam. kamurang jadilah mata telinga yang tidak buta dan tidak tuli. Jangan jadi pengampu pula! oraittt nopoh gaman om inann

*fRom KK

Anonymous said...

kalau inda sanang dengan SAM jangan masuk blog ini.....

DINAKAN said...

adesss... bah, ngam butul ini, mau jadi kepala, mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan kaki serta pinggang... ngam guru...! jgn peduli si anon dari kk tu.. mulau kio.

SANGURU said...

Jalan depan, nda pyah pandang belakang melainkan ada kawan di belakang yg tertinggal. hehehe

Puteri Hamidah said...

Sokong sanguru. Pandang ke depan terusssss! JANGAN pandang ke belakang...cuma ingat2 pakai tali pinggang di belakang saja. Safety first.

Umar al-Longobi said...

inilah SAM yang sebenarnya. kami org Kerajaan Malaysia & sahabat rakyat. kami tidak mau imej kerajaan kami dicemari & rakyat kami dianiayai.

"RAKYAT DIDAHULUKKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAAN"

Syen said...

keterbukaan penting untuk membuka minda. bukan sapa ikut sapa. kita lihat, kita nilai baru betul

Mr. Aki Abad 21 said...

mr.aki punya porinsip kampung...siapa inda butul TUKUL saja, yg butul LAMBUNG SAJA. kalau mereka tahan silakan....tukul tatap jalan, lambung tatap lambung cuma ati2 sakali jatu hancur tulang balulang........paham bah kan ?

SONSOGON said...

aki kalau kau tukul sya..sya tukul kau balik.barani kah?

Mr. Aki Abad 21 said...

tukul ko inda bisa bah sonsogon pasal tukul ko satu jinama dng mr. aki punya..bukan itu saja, ko lupa ka kita satu guru ...? atau mangkali ko ini suda kana suapppp suda heheheh