SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 27, 2009

SANGURU DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KUSNET (KOMUNITI UTARA SABAH)

Perlantikan Encik Androd Sadian sebagai Penasihat KUSNET..
Salam warga KUSNET, Saya mewakili para admin KUSNET adalah dengan ini melantik Encik Androd Sadian yang lebih dikenali sebagai Sanguru sebagai Penasihat KUSNET. Pertimbangan untuk perlantikan ini adalah berdasarkan kepada, 1. Beliau adalah Pengerusi Gabungan NGO Negeri Sabah sesuai dg KUSNET yang bersifat NGO dan kini menjadi salah satu komuniti yang termasuk dalam gabungan tersebut. 2. Penasihat kepada radio online rasmi KUSNET iaitu Utara.FM dan telah bertanggungjawab mengangkat Utara.FM ke satu tahap yang sangat tinggi apabila telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi atas inisiatif NGO Sabah. 3. Merubah satu dimensi baru KUSNET yang mana satu perkembangan positif berlaku dengan pantas di KUSNET dengan keterlibatan beliau secara langsung di KUSNET khususnya di Utara.FM. 4. Ketrampilan peribadi beliau sebagai pemimpin adalah sesuatu yang patut kita contohi dengan ciri-ciri pemimpin yang fleksible dan penuh dengan toleransi. Semoga dengan adanya tuan Sanguru secara langsung bersama dengan kita, kita akan lebih kuat, lebih bersatu dan lebih mantap untuk mencapai gagasan 1Utara dalam usaha untuk menyahut saranan kerajaan menjadi 1Malaysia. Terima Kasih Oleh Tuan Rumputt Ketua Pentadbir KUSNET..

11 comments:

SANGURU said...

tk atas lantikan sebagai penasihat. Nasihat saya, nasihat yang biasa ibu-bapa kasi nasihat kita: JANGAN GADUH-GADUH, BERKASIH SAYANGLAH. Dan nasihat biasa guru-guru kita: BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA. Dan nasihat Pak Lah: Kita akan berintegriti jika kita menganggap kerja sebagai ibadah.

Itulah nasihat saya selaku penasihat. Lain-lain nasihat akan saya utarakan bila perlu saja. Saya yakin kusnet mampu "menasihati diri masing-masing". Jika diri sendiripun tak mampu mmendengar nasihat dari dalam diri,maka apa lagi nasihat dari orang lain...

Umar al-Longobi said...

Aisemen... mongobetol weno Sanguru, hehe. perlantikan disokong!

ison said...

Haha... umar.

Tahniah! sanguru.

Teruskan perjuangan.

Puteri Hamidah said...

Ok..Perlantikan Disokong Penuh.
Tahniah Sanguru!
Berjuang Terussss....

Tulunbunou said...

Tahniah Sanguru..

Mr. Aki Abad 21 said...

'' BINTANG ''

mr. aki sukung
salagi untuk rakyat jalata, agama, bangsa dan nagara.

kalau suda kasi simpang suda rakyat mara .... ingat2 aaaaaa urang bukit sukung 1000%

yg salama ini mangantam tarpulang sukung atau inda ....karaja tatap mereka buat.

JMimie said...

Tahniah Sanguru.

DINAKAN said...

tahniah sanguru...
inilah harapan kita...
kalau dulu kita di belakang, pastikan kali ini, kitalah yg paling hadapan.

Little Mike (LM) said...

Tahniah... jangan pandang belakang! (hehe mcm filem melayu pula)

SANGURU said...

kita perlu pandang belakang, kalau2 ada rakan sepperjuangan yang tertinggal. Perlu juga pandang kiri kanan, siapa tau ada insan biasa yang ngam bawa berjuang. Ada kala kena jengok ke atas, sebab takut-takut ada atasan sedang usaha merencatkan perjuangan (semoga x ada), dan penting - tunduk ke bawah, melihat kalau2 ada onak, duri perjuangan...

SANGURU said...

oya, sebenarnya, saya yang merasmi baju KUSNET itu. Baru keluar dari kedai, di rasmi di kedai kopi (rahaya cafe). Hehehe...baju DJ Rumputt bah yg saya test itu...