SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 2, 2009

SECAWAN KOPI...

"Wahai Kota Marudu Kenapa Kau Dilupakan" (Tajuk Forum Pembaca, Daily Ekspress, 2/7/2009. Tulisan oleh: "Yang Melihat KM" Awal pagi tadi semasa bersarapan di kafeteria/kantin, rakan-rakan cakap ada benda panas di ruangan Forum Daily Ekspres. Hari ini 2 Jul 2009. Saya jawab, nanti saya baca.
Saya baru baca tadi. Memang panas dan bikin panas. Itulah tajuknya seperti di atas. Kepada yang belum baca eloklah baca. Pandangan saya? Hmm...bukan sesuatu yang baru walauppun panas. Kenyataannya ada kebenaran namun ada sesetengah frasa dan kenyataan yang kurang tepat. Tidaklah benar jika tidak ada langsung jambatan gantung merentangi sungai di KM...itu sudah melampau (atau mungkin maksud penulis di kawasan bukit-bukit?). Namun saya bersetuju bahawa daerah KM memang wajar di majukan. Pandangan macam ini telah sekian lama saya paparkan (rencana) di Sabah Times sekitar tahun 1990. Dalam artikel itu saya nukilkan analoginya begini: "Jika Sabah seumpama negara, maka Tandek seumpama negeri (ketika itu Tandek masih N6). Sebagai sebuah "negeri", Tandek telah lampau banyak "memberi" (ketika itu Tandek antara pengeluar Kayu Kayan berkualiti terbanyak di Sabah/Malaysia, antara penanam Koko terbesar dan sebagainya) tetapi sangat sedikit yang "diterima"... Memang benar...pembangunan memakan masa namun yang bikin sedih, kenapa tempat lain KADAR PEMBANGUNANNYA lebih pantas, dan di tempat lain lampau "slow"?. Pembaca ada jawapannya....

15 comments:

NONG said...

Tidak boleh persalahkan mana2 individu yang meluah rasa hati di dada2 akhbar walaupun hanya pada ruangan kecil..
Saya sendiri pun HERAN juga kenapa KM ni macam tidak mampu bersaing untuk mendapatkan segala bentuk prasarana dan pembangunan mega. Salah satu contoh yang saya maksudkan ialah Kompleks Sukan yang saya postingkan sebelum ini..Bukannya kita minta Stadium pun.
Dan saya paling kecewa dengan wajah Pekan Tandek yang begitu rupa. Ibarat Pekan yang 'mati'.
Kalaulah para pemimpin kita ada usaha untuk meletakkan sesuatu yang boleh menjadi tumpuan di Pekan Tandek, rasanya pekan itu akan hidup perlahan demi perlahan.
Pusat Kebudayaan Kimaragang ba ngam dibuat di Pekan Tandek. Sekurang-kurangnya ada juga tempat orang mau tengok, singgah2.

Yaki Lompog said...

Mo tau kanapa ini KM dan Tandek lambap mambangun?
Sababnya ini MP dan YB ni inda ada hubungan baik sama orang atas. inda pandai ambil paluang.Nama sija manteri panuh tapi tidak bawa banyak pembangunan di KM ni. Cuba macam Chong Kah Kiat ba, bijak. tingu itu kudat sikarang..sekolah saja bukan main banyak..ada kolej lagi. semua ada. sini KM apa yang ada? MOSTI? satu pekan KM ni pun inda dapat akses ba. di dewan komuniti tu pn pahay mau akses. jadi tiada guna itu MOSTI.
Cubakah Datuk Max rabut batul2 paluang mau dapat pembangunan untuk KM..KM ni salah satu penyumbang karusi MP di Parlimen ba. Guna sebaiknya! Jangan diam sija. Ko inda apa. kaya,banyak duit, kereta ninja pun banyak. Kami yang menyokong ko ni lugai2 indada apa2. jangan jaga nama baik sendiri di peringkat atasan saja.Sekali sekala buka mulut minta sikit imbalan untuk rakyat KM! kasihanilah kami.

Anonymous said...

pembangunan di satu2 daerah adalah peranan AP sama ADUN.mereka mesti keluar meninjau kawasan diorang.baru catit apa yang perlu.dahulukan mengikut kepentingan kawasan tersebut.tiada bank,minta bank,tiada jambatan minta jambatan,jalan grabol minta aspal,tiada letrik minta letrik dan banyak lagila.ini peranan yang selalu kita nampak,kasi rasmi majlis dan datang undangan.sekadar itu saja.kalau sy tingu d parlimen,Datuk MAX ini diam saja.jawab soalan saja.itupun baca dari kakitangan dia bagi.cubamacam Ghafur salleh,Bung Moktar 2 orang AP dari sabah inilah yang lantang bersuara,minta pembangunan disalurkan di kawasan diorang.OK YB2-W

Anonymous said...

Jangan salahkan YB saja, kita kena tengok kuncu2 dia. Misalnya ...DO, PKR, SUPOL, SUB dan seluruh organisasi pentadbirannya....

Tapi apa pun.....kalau sekadar bercakap inda ada guna...mcm tin kosong. Bagi saya BERTINDAK DENGAN AKAL YANG ADA BUKAN DGN NAFSU....BARULAH ADA UMMMMMMH....

Contohnya..Pekan Tandek Lesu...pendapat saya bukan kerana YB2 tapi peniaga kita sendiri inda mau beniaga....MDKM inda mau buat gerai yang elok...sebab mereka pernah buat tapi yg menghuni ialah...????? faham2 saja lah.

Jadi....topinai ku kikawi....cuba anda fikir kata-kata ini " ORANG YANG BIJAK IALAH ORANG YANG PANDAI MENGAMBIL PELUANG"

Mimpi itu inda guna ba...angan2 mungkin boleh tapi bertindak itu yg terutama.....fikir2 lah...

Salam dari saya...

"PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARI PRINSIP YANG KUKUH"

SANGURU said...

semua komen adalah baik. SAM sekadar memaparkan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya/kami banyak belajar dari perkongsian pintar ini. Teruskan komen. Tak kisah lembut, lantang dll....SAM pandai menyaring yg jernih2 saja.

Syen said...

panas... wah.. tak dapat nak baca.. tak ada dalam online.. ada blog macam ni bleh juga tau serba sedikit.. jadi kalu dah panas.. kena lah sejukkan..

CRESSESS said...

bukan tidak mahu ambil peluang untuk berniaga walaupun sudah ada permis tempat menjual yang disediakan oleh MDKM, tapi macam mana mau berniaga kalau tiada orang!..sepatutnya ada satu aset yang diletakkan di pekan tandek supaya jadi tumpuan ramai bah!..
Sebagai contoh, anjurlah Pesta Kaamatan DUN Tandek dan buat di pekan tandek di mana semua kampung dalam kawasan DUN Tandek mengambil bahagian.Kalau dulu kita boleh buat, kenapa sekarang tidak?
Selain itu saya rasa ada banyak lagi program atau sesuatu yang boleh menjadikan Tandek sebagai tumpuan tapi yang bertindak sebagai pelopor bukanlah rakyat tapi YB Adun berkenaan.
Dulu di Pekan Tandek ada morechange tapi sudah tutup sebab kenapa? Bukan bengkrap ah tapi disebabkan oleh tiada orang.
Waktu2 tamu saja itu Pekan Tandek ramai dan para peniaga dapatlah sedikit pendapatan. Kalau hari2 biasa, anduh baaa..kesian..
apa bikin bayar sewa kedai kalau tiada hasil jualan?

Fikir-fikirkan kio!!..

現在建築式™ said...

My Blog
http://www.wretch.cc/blog/markacey
Thanks for your share
Nice to meet you

Hsinchu, Taiwan

Umar al-Longobi said...

wakil rakyat dan rakyat sendiri mempunyai salah masing2. tapi apabila anak kita yang masih remaja melakukan kesalahan, orang akan mempersalahkan ibu bapanya yang gagal memberikan tunjuk ajar. orang tidak akan menuding jari kpd anak tersebut. demikian juga konotasinya dgn kepimpinan di kota marudu. kesalahan itu lebih besar pada wakil rakyat.

kamu digaji sbg pemimpin (walau di peringkat mana) adalah untuk mengharungi semua ini. Termasuk bersedia utk dikritik bila2 masa dan bertindak pantas mengubah apa yg patut. renung2kan...

Mr. Aki Abad 21 said...

semua ulasan bagus..tingal lagi pandapat/ulasan itu d kasi BULAT macam bula ...paham kan ?

bila suda jadi bulat..yang inda buli jadi buli. kasi bulat ini yg sukar, kampung ini BN..kmpung itu PAMBANGKANG..las2 kita urang yg tumbang dan lugai2 mangampai..

rakyat inda buli d kasi sala dalam hah pambangunan..tapi wakil rakyatlah yg patut kita kasi sala, yg inda barabis minta pambangunan pd karajaan...

Anonymous said...

Saya amat tertarik dengan komen sdr.Cressess dan Umar al-Longobi....Saudara berdua, terima kasih atas komen kalian...namun disini ingin saya memberi sedikit pandangan mengenai komen anda berdua...Sdr. Cressess mengatakan tiada orang di Pekan Tandek dan Mesti ada aset diletakkan di pekan Tandek....Saya setuju dgn perkara ini tetapi...sebagai usahawan inovasi perlu ditonjolkan selain daripada kepelbagaian produk...saya hendak tanya pada sdr.cressess apakah yg dijual dipekan tandek pada tamu hari 4 (kelmarin), adakah jualan tersebut berlainan drp yg kebiasaan kita boleh dapat di pekan KM...Jadi sdr.Cressess, minda usahawan terbit drp kewujudan drp pelbagai masalah...bukan pemberian oleh YB2 kita. Aset ada di Pekan Tandek, anda bercakap tentang Kaamataan diadakan di Pekan Tandek...Saya setuju, tapi itu sekali dlm setahun, inda cukup tu...apa yg penting minta para pemimpin masyarakat mengadakan anjuran beberapa akitviti misalnya aktiviti keusahawanan..cara2 berniaga dll (boleh difikirkan para cendikiwan spt sdr. cressess).

Sdr. Umar Al-Longobi mengatakan ibubapa lah yg dipersalahkan sekiranya remaja melakukan kesalahan...ya ini satu andaian sahaja kan,tiada ibubapa yang mengajar anak2nya bersikap "kurang ajar" atau tidak mendidik, saya fikir saya bermati-matian mendidik anak2 saya. Sdr. Umar Al-Longobi saya ingin bertanya sekiranya murid disekolah itu gagal..siapa yg dipersalahkan..guru2 ka (tanya sang guru). Maka dalam hal sdr.mengaitkan konatasi tersebut dgn. kepimpinan di Kota Marudu, saya fikir inda berapa ngam bah. apa yg penting pada pandangan saya ialah kita dapat melahirkan usahawan di kalangan kimaragang...ekonomi ditingkatkan, jadi tugas ini terletak dibahu para cendikiwan spt sdr. Umar Al-Longobi, kita jangan mengharap bantuan (subsidi) drp YB2 kita, sebab mereka itu hanya berfikiran 5 tahun sahaja..(faham2 lah kita kan).
Cuba kita cipta satu persekitaran minda usahawan...saya inda tau apa makna ini, tapi kebanyakan negara kalau hendak maju mesti ada Minda Usahawan...jadi sama-sama kita fikirkan, sdr. Umar Al-Longobi inda rugi klu membuat kertas cadangan bagaimana melahirkan Minda Usahawan sebab sdr. ini orang berilmu dan terpelajar...ok. Jgn simpan di hati berfikiran positif...

Saya tidak menyebelahi mana2 pihak...saya hanya mahu melihat masyarakat kita ada Minda Usahawan.

Sekian

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

Jumpa lagi....

CRESSESS said...

Saudara Anonymous..
(PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH)


{...sebagai usahawan inovasi perlu ditonjolkan selain daripada kepelbagaian produk...saya hendak tanya pada sdr.cressess apakah yg dijual dipekan tandek pada tamu hari 4 (kelmarin), adakah jualan tersebut berlainan drp yg kebiasaan kita boleh dapat di pekan KM...Jadi sdr.Cressess, minda usahawan terbit drp kewujudan drp pelbagai masalah...bukan pemberian oleh YB2 kita..}
Jawapannya;
cuba ka ko beri kepelbagaian jualan kepada orang2 dari bukit yang turun berjual di pekan tandek setiap kali tamu.Ko bercakap seolah2 orang2 kampung ada yang menanam buah anggur di bukit/kampung.

{apa yg penting minta para pemimpin masyarakat mengadakan anjuran beberapa akitviti misalnya aktiviti keusahawanan..cara2 berniaga dll (boleh difikirkan para cendikiwan spt sdr. cressess)}
Jawapannya; Pemimpin masyarakat yang paling tepat untuk meminta badan2 berwajib buat sedemikian ialah YB.

Anonymous said...

Sdr. Cressess terima kasih atas komen anda. Yg pertama sekali saya inda berfikir org dari bukit sonsogon magandai, gana, samparita, menanam buah anggur...tapi inda mustahilkan...namun sdr.cressess, saya amat simpati dgn keadaan cara2 kaum kimaragang berniaga....lihat kaum tebilong, bagaimana mereka menjual produk mereka...lihat lah gerai mereka...buka mata luas2. Dulu tahun 90, mereka berniaga macam mana...lihat sekarang, jadi tumpuankan. Mungkin tempat itu sdr. cressess kata tempat strategik..tapi pekan tandek juga tempat yg agak strategik juga...betulkan.

Satu perkara lagi...jangan lah mentaliti subsidi saja...asyik2 YB. Inda boleh kah para pemimpin di Tandek membuat kertas cadangan untuk diberikan kepada ketua2 Jabatan...kan di KM ada Pej Daerah, Majlis Daerah, Jab. Pertanian, JPS, FAMA, Pelajaran. Buat lah kertas cadangan sdr. cressess, majukan Pekan Tandek...saya percaya saudara seorang yg mempunyai kapisiti untuk berbuat demikian. Sekali lagi saya mengajak kawan2 BERANI BERTINDAK BERJAYA....hapuskan mentaliti meminta2 dgn para YB. Berfikiran positif geng....Berdiri atas kaki sendiri bukan bertongkatkan YB2 kita....Lupakan YB2 kita...anggaplah mereka itu tidak ada. Kita harus memimpin kaum kita sendiri barulah orang pandang kita...ok.

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

Jumpa lagi....

Mr. Mind Treasure said...

To anonymous (PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH),

You have a marvelous idea my friend. I do hope that those words came out from the mouth of our very own YB, then maybe it will be more effective.

I recall the old times, Tandek, though very poor in term of infrastructures but the small town besides the river is 'really living'.

What you have proposed here are excellent proposals, but that's not the real issue in Tandek actully, as I can see it.

The fact that Tandek has been neglected by Tandek very own people is trully correct, but we must learn what were the reasons behind it?

Trully I say unto you, it's because of our leader. They have no proper vision and mission for Tandek well being. They have one but only for their own survival.

They (leaders) caused Tandekian to go astray. Lambs without a good shepherd will lost and died. There the wolves are killing them, but nobody want to save them.

Tandek (KM as well) need leaders who are willing to sacrifice themselves for the sake of Tandek/KM development. Tandek/KM desperately need a good shepherd.

Now I ask you this question, "What were the things that our present YBs had had sacrificed for the benefit of the people and area they represented?" The fact is KM/Tandek remain as one, if not the poorest district in Malaysia.

So my dear friend, to me, if our leaders have done their role than only it's appropriate to ask the people what opportunity they have grabbed.

Note: Just remember this; If a leader is without a vision, the people will go astray.

SANGURU said...

YA...KM/TANDEK/LANGKON antara daerah yang mempunyai "dilema kepimpian" dan rakyat yang masih perlu dibangunkan hampir semua aspek. Kasihannnnnnnn.....ngamlah sdr/i/pn/tn/dtk fikirkan cara bantu. Tak dapat melalui politik, melalui ngo...atau melalui diri sendiri. "Mulakan dari perkara kecil, mulakan dari diri sendiri MULAKAN SEKARANG!" (3M)

KM MERAYU...