SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 16, 2009

SECAWAN KOPI...

"BESAR...KECIL...TIPIS...TEBAL..." Oleh: Tekong SAM
Sama ada musim PR atau tidak, kedai kopi tetap dimeriahkan dengan cakap-cakap politik. Dalam dua tiga hari ini saya "mengorek" cerita di beberapa restoran di beberapa daerah dan memang banyak cerita panas, lucu, sedih, bikin marah (orang Sabah cakap "bikin gerigitan")...ada juga yang bikin hairan. Ada orang kata, parti BESAR yang dulunya GAH, kini semakin mengecil keyakinan dan kecintaan rakyat. Bukan kerana parti itu kehilangan ramai ahli berdaftar, sebaliknya kerana parti itu dikuasai oleh "barua-barua" atau "mata duitan". Dan ada pula parti yang dulunya nampak KECIL, semakin MEMBESAR pengaruh dan keyakinan rakyat. Parti ini pula semakin MEMBESARRRR keyakinannya untuk memenangi PRU ke-13, namun...usahlah terlalu ghairah sehingga lupa MENGECILKAN nafsu dan angan-angan. Sentiasalah berpijak di bumi nyata dan selalu bersama rakyat...Rakyat sekarang TEBAL rasa "ego" masing-masing berkat peningkatan taraf sosio-ekonomi. Dompet orang kampung pun makin TEBAL sekarang dan tidaklah terkejar-kejar YB/MP/calon untuk meminta RM. Apa pula yang TIPIS? apa lagi kalau bukan cerita pasal majoriti kecil atau kemenangan TIPIS PAS di N41 Manek Urai kelmarin. Riuh di kedai kopi orang cerita. Biar pun TIPIS, menang juga, kata mereka (tidak semestinya mereka penyokong pembangkang). Ada pula yang bergurau; "Ingat kalau dompet TEBAL, boleh beli undi rakyat kah? soryy la bosss...". Tapi yang paling saya lucu dengar ialah: "...BESAR kemaluan mereka di Manek Urai..." ADES! macam-macam boleh lihat, boleh dengar, boleh fikir kalau rajin ke kedai kopi...

2 comments:

Umar al-Longobi said...

Begitulah `alam kedai kopi`. Segala rasa dan fikir dikongsikan sbg penambah perisa kopi yg dipesan...hehe. Rajin2lah kita ke kedai kopi. Kalau nak jimat, bawa kopi dan gula dari rumah. Sampai di kedai kopi, minta air suam ja... :-)

SANGURU said...

utk mengelak kontroversi:

'besar kemaluan mereka di manik urai" berdasarkan kebiasaan orang2 Sabah bermaksud: "mereka mendapat malu yang besar di manik urai", dan bukanlah saya maksudkan dengan maksud-maksud lain yang mungkin diandaikan oleh pembaca. harap maklum. terima kasih.