SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 8, 2009

SEKADAR RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG BERGELAR "ANONYMOUS"

Salam mesra dari pihak pentadbir SAM.Kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang posting dalam blog ini kerana SAM mempunyai ramai penulis yang hebat.Tugas saya ialah memantau dan mengemaskini blog SAM ini. Selama ini saya perhatikan terlampau ramai pengulas SAM yang membuat komen tanpa meninggalkan sebarang pengenalan diri.Mereka lebih seronok mengelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS.Banyak komen2 yang agak "KERAS" dan "MENGHENTAM "ahli2 SAM datang dari pengulas tanpa nama@ANONYMOUS.Saya percaya ulasan2 seperti ini dilakukan oleh individu yang tidak senang dengan ahli2 SAM dan memang mengenali rapat ahli2 SAM tersebut.Mereka mengambil kesempatan melalui ruangan komen untuk menyerang dan menjatuhkan maruah ahli2 SAM.Ini adalah satu tindakan yang betul2 tidak bertanggungjawap dan perlu dihentikan segera. Saya sengaja membiarkan blog SAM diakses oleh mana2 individu dan mereka boleh memaparkan ulasan tanpa sebarang penapisan dari admin.Saya biarkan semua ini kerana ingin berkongsi segala komen2 dari pembaca.Blog SAM adalah terbuka kepada semua kerana kita mahu berkongsi cadangan,pendapat,informasi dalam suasana harmoni.Blog SAM bukanlah tempat untuk melepaskan geram kepada seseorang atau tempat berlawan ulasan. Setakat ini,saya dapati komen2 dari ANON sedikit "KERAS" tetapi masih boleh diterima akal dan saya belum dapati mana2 komen yang "AGAK MELAMPAU".Walau bagaimanapun,saya merayu kepada pengulas2 ANON agar lebih bersikap GENTLEMAN dan BERANI.Apabila anda membuat sebarang komen pada SAM,adalah lebih baik kalau anda sertakan nama sandaran atau nama pangilan di kampung.Sudah tentu kalau anda menyenaraikan nama pada ulasan,anda juga dihormati.Manalah tahu,satu hari nanti komen2 dari anda boleh diterima pakai dan menjadi bahan rujukan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan Kota Marudu,nama anda juga yang akan jadi terkenal.Sebagai contoh...Idea si ANU baitu dalam komen blog SAM yang YB pakai pigi perbahasan parlimen dan diterima pakai oleh Perdana Menteri seterusnya diluluskan oleh jemaah kabinet.Nah! apakah anda tidak berbangga??? Oleh itu sebagai pemilik akaun blog SAM saya merayu kepada semua pengunjung2 SAM agar berhati-hati dalam apa juga komen yang hendak dibuat.Berfikir lah dulu sebelum membuat sebarang komen dan biarlah komen2 itu sesuai dengan tajuk entri.Tinggalkan saja entri tersebut jika anda tidak ada idea untuk mengulas atau tidak perlu melayan komen2 yang sedia ada.Kerana kita sedia maklum dalam mana2 laman web/blog didunia mesti ada komen2 KERAS dan JAHAT yang sengaja dibuat untuk menyakiti hati pengguna yang lain dengan harapan segala komen2 itu dibalas maka timbul lah suasana tegang dan bercakaran antara satu sama lain dalam laman tersebut.Saya suda kesan pengulas ANON yang cenderung ke arah ingin melihat suasana kucar kacir dalam SAM. Saya tidak teragak-agak untuk memadam segala komen yang saya fikir akan memecah belah kedamaian SAM dan saya tidak teragak-agak untuk menapis segala komen sebelum memaparkan kepada bacaan umum.Buat masa ini saya tidak mahu berbuat demikian dan kalau boleh saya tidak akan buat.Tetapi jangan paksa saya untuk berbuat demikian. Salam perpaduan dan teruskan bersama SAM

No comments: