SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 12, 2009

SETENGAH HARI BERSAMA YB.PUAN ANITA BARANTING

Produk madu yang terhasil..
Sambil mendengar penerangan dari En.Lotimin
8 JULAI 2009 (Jumaat) Setengah hari bersama YB.Anita Baranting di Matunggong memberikan saya pengalaman berharga berkaitan dengan penghasilan madu.
Kami telah melawat Ladang Madu En.Lotimin di Matunggong dan berada di ladang itu selama sejam memberikan kami banyak ilmu berkenaan dengan madu.
Hasil2 produk madu juga sempat dipamerkan oleh En.Lotimin kepada kami ketika itu seperti yang terdapat dalam gambar paling atas.
Bagi sesiapa yang mahu melihat produk Marudu Honey dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan madu ini bolehlah berkunjung dan berjumpa dengan En.Lotimin di pejabatnya di bangunan Mara Pekan Kota Marudu (Bangunan kedai RM2).
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada YB.Puan Anita kerana mengajak saya pada hari itu.
Dan seruan saya kepada masyarakat kita supaya mencuba penternakan madu ini. Ia mampu melahirkan kita sebagai jutawan senyap jika kita betul2 berusaha untuk melakukannya.
Ingatlah bahawa tiada keberhasilan tanpa kesungguhan untuk berjaya.

3 comments:

Little Mike (LM) said...

semoga paparan ini memberikan idea perniagaan kecil-kecilan kepada usahawan yang lain atau sesiapa berniat berkecipung dalam industri kecil desa... bisnes madu satu daripada caranya. Banyak lagi. Tahniah! Harap YB dapat buka banyak lagi peluang kepada anak-anak desa untuk membangun diri sekaligus memberi wajah baru kepada sekian banyak cita-cita yang terpendam di desa.

SANGURU said...

Ramai pemimpin baca SAM. antaranya YB Anita dan Dtk Max. Jemputan utk puan itu secara tidak langsung sebenarnya jemputan SAM buat liputan. Sebagai media bebas, SAM sentiasa bersikap proaktif membuat liputan sebagaimana akhbar lakukan. Oleh itu, sesiapa yang ada makllumat, aktivti/program dll, jangan segan-segan hubungi "wartawan" SAM yang anda kenal/paling hampir. tq.

BayuLaut said...

Syabas Nong atas paparan ini.
Sokong SAM 100%.