SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 8, 2009

Sokongan Tambahan Artikel Dinakan: Jika Ideanya Ditolak Mari Kita Ke Kinabatangan

Kalau diperhatikan betul-betul persempadanan semula kawasan pilihanraya Sabah, P.168 boleh dikategorikan juga sebagai satu kawasan besar namun tidaklah 'sebesar mana' berbanding dengan P.187 kinabatangan. Izinkan saya membawa satu isu lain. Apa perbezaan idea politik yang berlaku di Kinabatangan dengan di Kota Marudu? Kalau diperhatikan suara Bung Mokhtar di parlimen, isu pembangunan di Kinabatangan perkasa disuarakan. Susulannya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk timbalannya Datuk Zainal Abidin Osman, memberikan reaksi positif kepada suara Kinabatangan dalam usaha menyediakan rumah kepada masyarakat termiskin. Sejumlah RM1.19 juta diperuntukkan tahun ini, sebahagian daripada RM20 juta peruntukan kepada Sabah. Sejarah kerja sebelum ini oleh Bung Mokhtar berjaya membawa masuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terdahulu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat sendiri keadaan di Kinabatangan dan kemudian merasmikan bangunan Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM). Sekarang Menterinya orang Sabah sendiri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Apa usaha orang politik kita mempergunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk memajukan Sabah amnya, Kota marudu/Tandek khasnya. Bagaimana dengan di KM yang mempunyai 1917 km persegi? Keluasan Kinabatangan 30 ribu km persegi mampu digapai oleh kecerdikan idea politik Bung Mokhtar. Bagaimana pun Bung Mokhtar 'mengalah' juga dengan keluasan kinabatangan dan mengusulkan satu lagi DUN di Bukit Garam untuk memastikan keberkesanan agenda kemajuan meliputi keseluruhan kawasan Kinabatangan namun ditolak oleh kerajaan negeri tahun lepas. Ini tidak mematahkan semangat Menteri Parlimennya dan terus bersuara untuk membawa masuk kemajuan di kawasan pilihanrayanya. KM perlukan pemimpin berhati waja. Jika idea Dinakan menambahkan kawasan Parlimen dan DUN di KM ditolak, YB kita perlu berjuang di parlimen, bawa masuk menteri berkaitan, tinjau KM, bangunkan KM. YB kita HARUS tidak menggunakan alasan KM susah dimajukan kerana kawasannya begitu besar. Saya katakan BELAJAR dari KINABATANGAN.

4 comments:

Umar al-Longobi said...

setuju dgn LM! mari belajar drp Kinabatangan..

Little Mike (LM) said...

Yup! setuju. Belajar dari Kinabatangan. kalau itu pun tidak dapat sesuatu dari kinabatangan, belajar la daripada kemuraman KM. Semuanya bermula dari tempat sendiri juga.

SANGURU said...

belajar cara belajar. Jangan berhenti belajar. Mesti minat belajar. Tiru org/DUN yg berjaya. Ini tugas rakyat d pemimpin.

maslie said...

alangkah bagusnya kalau dapat seorang pemimpin yg lantang bersuara di parlimen utk mengetengahkan permasalahan yg di hadapi oleh rakyat,,,