SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 5, 2009

SUARA ANAK MARUDU BERSAMA PONET FM (DATARAN BENGKOKA)

(Tekong SAM;Sanguru & DJ Rumputt dari Ponet.fm)
4 JULAI 2009 (Sabtu), Staff Suara Anak Marudu telah mengadakan pertemuan dengan DJ Ponetfm.net (Radio Online Daerah Pitas) bertempat di Dataran Bengkoka.
Pertemuan penuh santai ini telah menjalin ikatan di antara Ponet.fm dan SAM di mana salah seorang ahli SAM akan menjadi DJ Ponet.fm pada masa terdekat ini sesuai dengan misi untuk menyatukan Komuniti Utara Sabah.
Ahli SAM yang berkesempatan menyertai perjumpaan ini ialah Tekong Sanguru, Lensa SAM Aldusuni dan Dinakan.
Semoga dengan pertemuan ini akan mempelopori kepada penyatuan masyarakat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.
Kesempatan ini Suara Anak Marudu, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ponet.fm atas jalinan komuniti ini.
Semoga jalinan mesra ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara masyarakat Kota Marudu dan Pitas.
RENUNGAN: Tali gitar yang diikat dengan ketat akan mudah putus, manakala tali yang dipasang dengan longgar tidak akan mengeluarkan irama yang merdu.Oleh itu hiduplah dalam kesederhanaan dan seiring supaya menghasilkan gandingan yang MANTAP!.

6 comments:

azirulgcarl said...

semoga dimasa akan datang hubungan ini terus berterusan!!.

when i joined the ponetfm that day.. Dj rumput asked me that he's want to knows more about SAM. so i tells to him about SAM a bit in the chat room in ponetfm..haha.

lepas tu.. Aldusuni pulak ada so... senang cerita orang kuat SAM dan ponetfm dpt direct contact.

apa pun... banyak lagi kerjasasma boleh dibuat ni.

Aldusuni said...

TQ sahabat2 ponet FM belanja kami makan..

Mr. Aki Abad 21 said...

SAM kasi libar sayap kaaaa

SONSOGON said...

aki..biarlah kita jadi penyukung balakang sini SAM ah

mka said...

adee, admin2nya serta yang lain tu semuanya berat dengan pengalaman. Respek kepada anda semua. Saya tetap sokong anda semua.

bingkugon said...

yuhuuuuuu,
jalinan komuniti seperti ini sebenarnya patut sudah dilaksanakan sejak dulu lagi..sekurang2nya jurang dalam banyak hal di antara masyarakat kita secara keseluruhannya tidak ketara.

TAHNIAH untuk SAM & KUSnet.
teruskan jalinan komuniti ini.