SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 8, 2009

Surat Cinta Untuk Anonymous

Ulasan-ulasan anonymous terhadap artikel tulisan Sdr. Dinakan dan lain-lain amat melucukan saya. Ada juga kebaikan tapi keburukannya lebih besar. Sama seperti montoku ada baik dan buruknya. Tapi, mudaratnya lebih besar. Betulkan gaman? Sdr. Tompinai gemar memanggil anonymous ini sebagai “anony”. Namun ada juga yang suka memberikan gelaran nakal kepada pengulas yang `malu-malu` ini sebagai “onani”. Maafkan saya jika ada yang terasa tapi itulah hakikatnya diri anda anonymous sekiranya anda terus menerus bersikap memberikan ulasan tanpa pengenalan diri yang jelas. Syok sendiri! Sejauh mana anda bersembunyi pun jika disiasat lambat-laun akan diketahui juga. Nombor IP pada talian anda akan dapat dikesan. Jadi, buat apa tapuk-tapuk. Adalah lebih menguntungkan Marudu sekiranya anda memberikan ulasan yang lebih bertanggungjawab. Tidak kisahlah samada anda membangkang atau menyokong. Itu hak masing-masing. Lebih banyak perbedaan pendapat lagi baik kerana kita akan dapat membuat kesimpulan yang lebih jitu. Tapi gunalah pengenalan diri yang jelas dan tidak mengelirukan. Lagi baik kalau anda ada blog sendiri. Lagi satu yang membuatkan saya tertawa macam orang gila adalah soal teknik perbahasan. Tajuk dan kandungan penulis lain. Tapi yang dibahaskan adalah benda lain. Keluar tajuk! Orang sedang rancak berborak pasal planet Marikh, tapi tiba-tiba dia persoalkan tentang selesema babi. Mana ngam! Boleh ulas komen pembaca yang lain tapi jangan lupa korelasinya dengan artikel penulis. Dan, buat apa menghentam peribadi orang? Peribadi kamu tu suda perfect sangat meh? Jangan buang karon bah. Berkenaan dengan isu persempadanan semula kawasan pilihanraya di Kota Marudu, baik buruknya tetap ada. Semua benda di dunia ini ada pro dan kontranya. Bagaimanapun, tidak salah kita mencadangkan sesuatu yang baik dan mengharapkan baik juga kesudahannya. Satu lagi kita kena fikir, praktikal atau tidak cadangan itu. Janganlah baru ada sebuah motosikal kapcai terus bercadang untuk membeli KLCC. Itu Mat Jenin namanya. Soal cadangan Sdr. Dinakan itu, bagi saya memang praktikal. Lagi baik 1 YB untuk 100 rakyat. Sebab penyeliaan rapi berperingkatnya akan lebih berkesan. Tapi, bagaimana kalau ramai YB tapi semua ayam mati? Lagi parahkan... Bagaimana pula kalau ramai YB dan semuanya pemimpin yang berjiwa rakyat? Besar manfaatnya kan... Tapi, kita kena teliti dulu kewajaran semua ini termasuk pengagihan kerusi, keharmonian, pelaksanaan, soal bajet dan lain-lain yang berkaitan. Maknanya di sini apa? Maknanya apabila wujudnya peluang dan hambatan seperti ini kita harus mencari jalan penyelesaian yang terbaik sesuai dengan kondisi yang kita ada sekarang. Bukan main hentam koromo saja. Timbak si anu dan si ani... Apa yang saya nampak ada dua perkara. Satu, perkasakan/hidupkan/gantikan (pilihlah mana-mana satu) yang sedia ada. Dua, kerusi N.6 Langkon harus dikembalikan semula kepada P168 Kota Marudu. Ini rasanya lebih mudah dicapai sementara menunggu persempadanan secara besar-besaran. Jika semua bersetuju apa kata kita berganding bahu ke arah pencapaian dua perkara di atas. Apa pendapat para “anony” sekalian... Jika ‘keanonian’ anda masih sukar disingkirkan, jemputlah ke Revolusi Marudu. Di sana ada mesin basuh untuk para “anony” yang gemar ‘beronani’. Revolusikan fikiran anda! Salam hormat...

6 comments:

Little Mike (LM) said...

huhu umar...
terlebih kloroks basuhan ko nie utk c anon.. hehe. Apa pun mana yg baik, ambil,fikir dan usahakan untuk menghasilkan kebaikan.

SOMEONE said...

betul tu,
Sokong Umar.Itu yang bikin PANAS bila iti anong yg berkenaan cuba menyentuh peribadi orang lain terutamanya Sanguru..saya tau ba gaya bahasa itu anon itu.Saya kenal juga dia dari segi gaya penulisannya tapi biarlah. Suatu hari nanti Tuhan akan kasi tunjuk juga itu.

TERUSKAN SAM..

SOLYMONE said...

Sdra-sdra SAM,
Salam ziarah dan dengan izin saya nak komen juga serba sedikit senario yang melanda blog SAM baru-baru ini.

Dengan niat yang telus untuk kongsi pandangan, awal-awal lagi saya telah mengemukakan pandangan yang saya fikir rasional untuk kita sama-sama fikirkan.

Dari awal-awal lagi saya katakan bahawa cadangan sdra Denakan, dari segi logistic memang boleh di terima untuk dikemukakan kepada pehak atasan dsn nya.

However, bagi saya cadangan Denakan tersebut maseh lagi dalam peringkat 'hypothesis', Ya? So, dengan telus nya saya pun bagi pandangan yang boleh di guna atau tidak di guna pakai dengan harapan ia nya menjadi realiti suatu hari kelak.

Apa yang mengejutkan saya, 'response' dari sdra-sdra anonymous agak terlalu kelam kabut. Mungkin juga mereka excited terhadap cadangan yang menarik lagi bernas ini.

Dalam pengalaman sebagai blogger, saya juga pernah lalui hal-hal saperti itu. Namun, saya terima sebagai cabaran. Cuma yang menyedihkan; hal-hal peribadi pula dibesar-besarkan sehingga 'sideline' kan isu pokok. Sampai saya sendiri pun terlibat di kerja kan. Aduii dogo... dahysat.

Walau macam mana pun, kita terpaksa terima hal-hal begini sebagai 'bunga-bunga bahasa dalam dunia blog'. Mana tahu ada juga hekmah dari 'episode' ini.

'At last but not least', Terus kan usaha sdra Denakan ini. Cuma tolong 'elaborate' kan sikit pandangan itu saperti mana yang telah di lakukan oleh ahli-ahli SAM kemudian dalam susulan tersebut.

Salam dan semoga kalian success.

Little Mike (LM) said...

SOLYMONE,
setuju dengan saudara. saudara bercakap atas kapasiti 'mencambahkan/mencerna idea' untuk difikirkan bersama... Sudah tentu pendapat saudara perlu dianalisis jg. Sebarang cadangan melibatkan pertimbangan teliti. soal ragam anonymous nie... seperti kata saudara 'bunga-bunga bahasa dunia blog'.. teruskan memberikan komen sdr SOLYMONE. SAM sangat2 perlukan komentator seperti saudara.

Umar al-Longobi said...

tq semua...

jgn risau artikel sy ini masih mematuhi etika penulisan acuan sasterawan negara Dato` Shahnon, hehe.

sdr. solymone,

sy ada menjenguk blog sdr. menarik! ada "Suara Bebas Tuaran". mungkin ada kerjasama yg boleh kita jalinkan utk masa depan Sabah?

jumpa lagi.

SOLYMONE said...

Thanks sdra-sdra Little Mike dan Umar al-lonobi,
Pasti nya kerjasama diantara kita akan di teruskan di masa akan datang.
Saperti biasa, salam sucess untuk kalian.