SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, July 11, 2009

TAHNIAH DS NAJIB.... 100 Hari Perdana Menteri

SAM mengucapkan tahniah dan syukur kepada perdana menteri DS Najib kerana hari ini beliau akan genap 100 hari sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6 (3 APRIL 2009 – 11 JULAI 2009).Dijangka pada hari ini juga beliau akan menyampaikan ucapannya mengenai pengalaman beliau sebagai PM dalam tempoh 100 hari dan juga akan mengumumkan beberapa perkara yang saya fikir akan menambahkan lagi kegembiraan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalam tempoh 100 hari perkhidmatan beliau sebagai PM,kita telahpun melihat sedikit perubahan2 yang telah berlaku dalam negara ini walaupun masih ada lagi antara kita yang agak samar2 dengan keupayaan beliau menunaikan tanggungjawap sebagai PM.Ada yang memandang sinis terutama kepada kawan2 di sebelah "sana".. Dua orang mantan perdana menteri membuat ulasan yang berbeza mengenai 100 hari perkhidmatan.Tun Dr.Mahathir ketika diminta mengulas mengatakan... "lebih banyak yang negatif daripada yang positif". sementara Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melahirkan rasa kesyukuran kerana kepimpinan Najib semakin diterima oleh rakyat. Kita mungkin sukar menilai kemampuan beliau mentadbir negara dalam tempoh 100 hari.Ramai yang memandang sinis kepada beliau,apa yang beliau boleh buat dalam 100 hari?ini bukanlah satu tempoh rasmi untuk mengukur kemampuan seseorang pemimpin mentadbir kerajaan tetapi dalam tempoh 100 hari ini ramai akan melihat perkembangan polisi dan pembaharuan yang akan beliau buat. Dalam tempoh 100 hari banyak kejayan2 dan beberapa polisi dan pembaharuan telah dilaksanakan oleh DS Najib.Contoh yang paling ketara ialah memperkenalkan konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Banyak lagi pembaharuan2 yang telah beliau lakukan dan paling ketara ialah isu PPSMI yang dikatakan membebankan pelajar telah diselasaikan dalam tempoh 100 hari dalam tugas.Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan apa yang beliau lakukan itu, yang pasti beliau telah mengambil satu tindakan yang perlu dan tidak hanya mendiamkan diri. Terpulang pada kita untuk menilai sejauh mana kemampuan DS Najib menjalankan tugas sebagai PM..namun saya pasti yang beliau juga sentiasa berusaha dan berkerja keras demi negara dan kita sebagai rakyat Malaysia dan saya berharap daerah kita Kota Marudu akan mendapat tempias2 pembangunan.Orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ini ialah tidak lain dan tidak bukan ahli parlimen P.168 Kota Marudu.Kedudukan YB P.168 sebagai menteri penuh pusat akan memberi sedikit kredit kepada kita.

4 comments:

NONG said...

Semoga DS Najib terus suksess dalam pemerintahannya dan terus menyayangi rakyat.

Little Mike (LM) said...

DS Najib.. like father like son

Umar al-Longobi said...

betul ketu LM? hehe.. syabas Pak Jib!

Umar al-Longobi said...

betul ketu LM? hehe.. syabas Pak Jib!