SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, July 3, 2009

TOKOH DAN SEJARAH BANGSA

"IBU MITHALI KIMARAGANG..." Oleh: Tekong SAM
Pada hari Jumaat yang baik ini, saya ingin menulis benda yang baik-baik . Kali ini kita tidak payah "main panas", kita sejukkan hati dengan menelesuri sejarah bangsa khususnya di Tandek.
Gambar di sebelah: Ondiun Unggut @ Hjh. Fatimah (kiri) dan Kee Hj. Abd Jalil B. Abdullah (kanan). Kedua-duanya telah lama mendahului kita menghadapNya. Istimewanya Ondiun ini ialah menjadi penerima pertama Tokoh Ibu Mithali Kimaragang yang diberikan pada tahun 1998 oleh Jawatankuasa Sambutan Pesta Ka'amatan Kg. Tingkalanon. Walaupun yang menganugerahkannya adalah peringkat kampung tetapi pihak jawatankuasa telah membuat penilaian kepada kaum ibu (khususnya era silam) di seluruh kawasan Tandek.
Tidak boleh disangkal lagi bahawa penerima ini sangat layak kerana menjadi antara wanita pertama Kimaragang Tandek yang keluar dari kepompong kejahilan dan kemiskin, kemudian berjaya mendidik dengan berkesan anak-anak beliau sehingga berjaya menjadi antara lelaki dan perempuan kimaragang pertama yang memiliki diploma dan ijazah di seluruh Tandek/Kota Marudu. Perlu diingat ketika itu (era 40-an hingga 70-an) kampung-kampung di sekitar Tandek masih amat ketinggalan dalam serba serbi manakala keluarga Ondiun ini sudah menikmati elektrik, berkereta, beradio, boleh cakap orang putih, dan sebagainya.
Pada era sebelum merdeka dan awal merdeka, pasangan dan keluarga Kee Hj. Jalil dan Ondiun ini sudah jauh ke depan dari segi kemodenan, teknologi dan kejayaan berbanding keluarga lain di Tandek. Tanyalah orang-orang tua di Tandek dan mereka tidak akan mempertikaikan pemilihan Ondiun @ Hjh Fatimah sebagai Tokoh Ibu Mithali, sebagaimana Kee Hj. Abd. Jalil diiktiraf sebagai Tokoh Guru Kota Marudu pada zamannya. Semoga paparan ini akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan tahu sedikit sejarah. Saya secara peribadi berharap SAM dapat menghidupkan semula penganugerahan kepada tokoh-tokoh di Kota Marudu tanpa mengira kaum dan agama. Kalau bukan SAM...adakah yang cuba untuk mengusahakannya secara jujur, ikhlas dan telus? SAM AKAN USAHAKAN KERANA IA BUKAN TERLALU SUKAR JIKA ADA KEMAHUAN DAN PERMUAFAKATAN...

No comments: