SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 13, 2009

UNTUK SIAPA?....

"Sekali-sekala tuannnn...." Oleh: Tekong SAM
Demikian syor yang diberi oleh rakan NGO saya. Benarrrr...sekali-sekala kita (kaum Adam/suami) memang perlu beri bunga kepada kekasih/isteri/ibu atau yang bersesuaian... Hari ini dalam sejarah hidup saya. Betul. Tidak pernah saya memberi bunga kepada perempuan termasuk isteri tersayang. Saya bukan Mat Bunga. Naun. hari ini saya terpanggil memberinya bunga...bukan kerana syor rakan ngo saya...bahkan lahir dari hati nurani saya. Ada sebabnya. Saya ceritalah ni... Saya beli bunga di Kundasang, dalam perjalanan pulang dari Lohan, Ranau. Di sana saya mempengerusikan mesyuarat akhir "MAJLIS JASAMU DIABADIKAN TUN ABDULLAH" anjuran gabungan NGO Sabah dengan kerjasama Gabungan NGO Malaysia/Semenanjung. Kalau pembaca masih ingat, hari rabu lepas saya balik dari program NGO di Putrajaya. Dan hari Sabtu baru lepas ini pula saya ke Ranau. Saya hanya ada 2 hari bersama anak isteri, itupun sebenarnya dalam 2 hari itu saya jarang dapat bersama dengan mereka kerana masih sibuk sana -sini di daerah sendiri. Orang minta tolong ini lah, itulah, kawan bawa minum lah, keluarga di kampung suruh pulang lah...macam-macam...Dan kesibukan seumpama ini sebenarnya sudah bertahun-tahun berlangsung (orang saja yang kurang tahu...) Nah, inilah yang mengetuk pintu saya untuk membelikan dan memberikan isteri saya bunga! Tanda penghargaan kepada seorang wanita yang walaupun sangat tidak aktif BER...NGO tetapi sangat-sangat memahami dan menyokong usaha-usaha murni suaminya. Beliau memahami saya. Saya ini umpama "UNGAS YANG TERBANG BEBAS" (syyyy....tajuk sajak saya yang bikin saya popular pada election 2004...yang hampir-hampir bikin saya kena "black list" di KPM gara-gara komplen orang karut marut...). Jadi bunga ini diberi oleh "sang burung" kepada "sang penanti setia". Meskipun sang penanti setia itu tidak pernah baca SAM.... Entry kali ini berbunga-bunga? Hmmm...sesekali kita lelaki kena jadi "mat bunga". juga laa... Kepada rakan-rakan NGO sama ada dalam gabungan atau luar gabungan, kerja-kerja juga, sukarela-sukarela juga, tapi orang rumah/isi rumah jangan sampai lupa...jangan sampai tak dipedulikan jiwa raganya...dan jangan sampaiii..."TAK DIBERI HAK-HAKNYA"...kalaulah dapat, bahagikan masa kepada 3: 1/3 untuk manusia/rakyat...1/3 untuk diri & keluarga....dan...hmm, 1/3 untuk Tuhan... Okay, "Ungas yang terbang bebas" akan terus terbang... catatan akan menemui pembaca sekali-sekala. Terima kasih kerana terus menziarahi kami D'SAM.

8 comments:

Syen said...

alhamduli8llah... bagus tu...

Little Mike (LM) said...

bagi... jangan tak bagi tuan... :)

SANGURU said...

suda bagi tuan...terkezut sang setia. Hehe...

Umar al-Longobi said...

romantik juga pula tikung kita ni kan, hehe..

"Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi rakyat dan negaranya"

Aldusuni said...

kalau bagi bunga tahi ayam mcm mana aaaa ? bunga juga bah..

Peminat SAM said...

mau tambah cawangan baru ka itu? cantik bunga.. sanguru..beli ka itu atau ambik d tepi jalan kundasang..

SANGURU said...

hehe...

Mr. Aki Abad 21 said...

inda sala tamba cawangan atau buka bahagian ..yg panting ari2 bagi bunga hahahah