SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 20, 2009

Wajarkah UPSR Dimansuhkan?

Kelmarin Naib Ketua Pemuda UMNO merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim mengesyorkan agar UPSR dimansuhkan. Cadangan ini dikemukakan berdasarkan pandangan beliau yang beranggapan UPSR terlalu mementingkan keputusan akademik dan tidak membantu membentuk sahsiah diri murid. Cadangan memansuhkan UPSR pernah diutarakan oleh Majlis Guru Besar Malaysia pada tahun 2007. Antara alasan yang dikemukakan ialah hanya mementingkan subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains sebagai penanda aras kelayakan kemasukan ke asrama penuh. Menurut beliau, terdapat pengabaian matapelajaran lain seperti Sejarah menyebabkan pelajar terabai dalam memahami sejarah negara. Peringkat sekolah rendah perlukan juga penilaian prestasi yakni ujian peperiksaan untuk melihat sejauh mana pencapaian pembelajaran pelajar sekolah. Jika dimansuhkan, apakah kriteria lain yang dapat memacu keazamanan pelajar untuk maju dalam ilmu? Jika matapelajaran yang disyaratkan wajib lulus dikatakan menyerlahkan kelemahan objektif UPSR itu sendiri, adakah ini asas kukuh yang boleh diambil kira untuk memansuhkan UPSR? Atau trend ibubapa yang terlalu mendesak anak-anak semata-mata mengejar keputusan akademik yang baik sehingga ada kecenderungan melihat UPSR gagal dalam aplikasi dan objektif ilmunya? Adakah wajar dimansuhkan UPSR? Cuba kita fikirkan bersama.

6 comments:

Anonymous said...

semualah mau dimansuh..tidak cukup lagikah PPSMI yang dimansuhkan?
Biar saja ba itu UPSR tu.
UPSR adalah noktah bagi melihat pencapaian kanak2 diperingkat sekolah rendah.
Saudara LM, baik ko buat pool undian untuk ini.Kalau saya, saya TIDAK SETUJU UPSR dimansuhkan..
Nanti kalau UPSR dimansuhkan, maka jadilah para pelajar kita ni MALAS dan CINCAI (pinjam kata Sanguru).
Akan wujudlah dialog "Tidak payah belajar pun dapat masuk juga tingkatan..." kanak2 akan jadi tidak menghormati ilmu.

Pihat atasan harap JANGAN mansuhkan UPSR..

SANGURU said...

UPSR tidak boleh dihapuskan. Ia penting untuk pengkelasan pelajar dan memotivasikan pelajar.

Adapun kelemahan selama ini adalah:
1. Pihak sekolah ditekan oleh pihak atasan agar peratus kelulusan naik tiap tahun. Sehingga prestasi Guru Besar dan guru-guru dan sekolah dinilai pula melalui peratusan UPSR.Ada kalanya ia bukan pun dasar KPM. Ada kalanya ia "dasar" peringkat PPD atau peringkat sekolah saja!
2. Bila perkara no.1 berlaku, maka fokus sekolah untuk keseimbangan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek) jadi lintang pukang. Maka fokus lari kepada MENAIKKAN % UPSR dengan "apa cara sekalipun".
3. Bila berkara no.2 jadi maka itulah wujudnya KEBOBROKAN - lupa fokus sejarah, dll.
4. Bila perkara no.1-3 berlaku, di pihak ibubapa pula ikut tertekan.Ibu-bapa tekan anak-anak. Bellajar! belajar! belajar! Lalu anak-anak ikut tertekan. Tension, memberontak, gelisah, kecelaruan minda dll.

Syor saya:
1. Laksanakan pengajaran dan pembelajaran ikut sistem biasa.
2. Jangan tekan sekolah dengan berbagai idea orang perseorangan. Biar KPM yang buat kerja. Biar Pusat Perkembangan Kurikulum yang rancang.
3. Didik murid / anak ikut cara yang sepatutnya. Bukan suruh jadi "burung tiung" yang keliru.
4. Pihak KPM/Jabatan/PPD/sekolah sedar masalah sebenar. Selesaikanlah permasalahan itu...insyaAllah jadi baikkk...

Little Mike (LM) said...

Setuju dengan anonymous dan sanguru..

saya juga berpendapat UPSR tidak wajar dimansuhkan. Saya tidak mungkin melihat ada kegagalan UPSR dalam sifat aplikasi dan pembelajaran keilmuannya. Kelemahannya bukan sistem tapi dasar yang tersasar oleh pihak tertentu termasuk juga masyarakat yg gagal menaakuli pragmatisma UPSR sebagai garis membijaksanakan minda muda kanak-kanak. Jika mansuhkan UPSR, kanak-kanak sekolah akan jadi warna masa depan yang tidak memiliki karekter kompetitif yang sejati. Yang penting datang sekolah. MAsuk tingkatan juga. MELENTUR BIAR DARI REBUNG.

MANSUHKAN UPSR LANGKAH KE BELAKANG.

JMimie said...

JANGAN MANSUHKAN UPSR. Tidak ada satu pun sebab yg kukuh utk memansuhkannya.

TERUSKAN UPSR...TERUSKAN UPSR!

SANGURU said...

kalau mau sistem kehidupan/ dunia ni sejahtera maju: SERAHKAN URUSAN PADA PAKAR/ AHLI...pemimpin biarlah pemimpin...senang cerita.

gaaman said...

Dalam isu seperti inilah sepatutnya SAM harus mampu menyampaikan(dgn berkesan) 'ketidaksenangan' penduduk luar bandar terhadap sesetengah polisi(yg sering kali berubah) kepada pihak atasan. SAM seharusnya sudah bersedia utk mengumpul segala 'input' tempatan(khususnya Utara Sabah) dan menyampaikannya kepada samada KPM atau Pusat Perkembangan Kurikulum(istilah menyerahkan sepenuhnya kepada pakar/ahli perlu difikirkan semasak2nya). 'Orang sana' tidak faham situasi di sini dan banyak polisi yang tidak sesuai/padan dengan tahap(kemampuan) tempatan..Fikir-fikirkan wahai cendikiawan SAM!!