SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 22, 2009

Warga Emas Mangsa Ragut

22hb. Julai – Malang tidak berbau telah menimpa seorang pesara dalam usia lingkungan 70an, apabila sekumpulan remaja telah meragutnya di hadapan sebuah bank di Bandar Tawau. “Sebelum saya masuk bank tadi, saya ditegur oleh sekumpulan remaja. Mereka bertanya apa urusan saya di bank. Inda lah pula sangka mereka merancang yang inda baik sama saya.” Kata pesara tersebut kepada seorang anggota polis yang mungkin dihubungi oleh pihak bank setelah pesara itu memaklumkan kejadian ragut kepada kakitangan bank. Kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja pesara itu keluar daripada bank setelah mengeluarkan wang pencennya sebanyak RM500. Setelah mengeluarkan wang pencennya, pesara itu pun keluar meninggalkan bank. Beberapa langkah daripada bank tersebut, dipercayaai sekumpulan remaja yang menegur pesara itu sebelum ini telah menghampiri dan meragut begnya yang mengandungi wang dan telefon bimbit. Peristiwa malang ini mendedahkan teknik peragut yang mensasarkan golongan yang lemah seperti wargatua, ibu mengandung dan wanita dengan cara yang sopan sebelum dijadikan mangsa ragut. Oleh itu orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa waspada apabila berurusan di bank. Kepada golongan yang lemah, pastikan anda ada teman apabila ada urusan yang melibatkan wang di mana-mana institusi kewangan. Dicadangkan juga agar rondaan yang kerap oleh pihak keselamatan di sekitar bank pada tarikh pembayaran pencen dan gaji dapat dilakukan bagi mencegah orang ramai menjadi mangsa ragut.

2 comments:

SANGURU said...

aduhhhh....serius betul jenayah masa kini. Mau senang tapi malas cari rezeki, ada yang rajin tapi x jumpa lubang, ada yg jumpa lubang, ditutup org...dan mcm-macam.

Umar al-Longobi said...

Tidak patut! Jenayah, jenayah, jenayah. Di mana2 ada jenayah. Fenomena ini perlu dirawat sebelum menjadi kompug... tugas utama terletak di bahu pemimpin.