SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 31, 2009

Jangan Lupa 3.

Malam ke-sepuluh Ramadhan: Allah Ta’ala mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ikhlas serta mengikut tertibnya.
Dunia politik abad ini melakar sejarah apabila parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, sekali gus menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso. Inilah catatan terkini politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad. Lantas, pelbagai teori dan andaian dibuat oleh peminat pentas politik melalui media elektronik termasuk TV, akhbar ,majalah dan blog. Kesemuanya menceritakan tentang sebab musabab kekalahan sebuah kerajaan yang telah menerajui negara Jepun selama 54 tahun yang kemudiannya tersungkur di hujung jari rakyat. Ternyata kuasa rakyat adalah mustajab dan punya super power mengubah sesuatu yang difikirkan mustahil. Mungkinkah perubahan ini bakal menjadi suatu ingatan kepada para politikus bahawa mereka harus bersedia dan berhadapan dengan fenomena ini yang kemungkinan akan menular ke seluruh dunia. Apapun keadaannya, teori bukan lagi dianggap sebagai pencatur terbaik pada sesuatu perkara di dunia ini, apa lagi wang ringgit, martabat, empayar politik dan juga kuasa. Negara Jepun sebuah negara maju serta antara kuasa penentu ekonomi dunia memberi gambaran bahawa faktor2 bersifat keduniaan semata2 bukanlah pencatur handalan menawan hati2 manusia. Kita wajar jadikannya sebagai iktibar dan cermin agar para politikus menyarung pakaian jenama ‘ jiwa hamba’. Sifat berjiwa hamba bukanlah seperti yang difikirkan kebanyakan kita bahkan sebelum ini telah disinonimkan sebagai pak turut, mudah dicucuk hidung, angguk-angguk, main yes tuan, penakut, membuntut, tidak pandai dan yang lebih teruk lagi, berjiwa hamba dipandang sebagai pencacai tanpa maruah. Berjiwa hamba menurut ahli tasauf adalah kelompok manusia yang kebergantungan jiwa dan raganya ( zahir dan batinnya ) hanya pada Tuhan-Nya. Cintanya juga hanya pada Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Pentas dunia baginya hanya sebagai pentas ujian menuju akhirat. Lebih dari itu, mereka merupakan abid ( ahli ibadah ) pada malamnya tetapi singa di siang hari. Singa dimaksudkan bukanlah singa liar, tapi mengambil sifat berani singa sebagai raja hutan. Penjiwa hamba, tidak takut dengan perkara-perkara bersifat dunia bahkan mereka turut disifatkan sebagai Ahlul-Haq atau orang-orang soleh yang jiwanya dekat dengan Tuhan. Persoalannya, wujudkah lagi orang2 seperti ini ? Ke mana kita cari mereka ? Jawabnya, mereka ini pasti ada dan cara mencari adalah dengan melihat sifat-sifat seperti dikhabarkan. Namun, mencari mereka bukan semudah yang kita fikirkan kerana mereka ini tidak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Bacalah sejarah Uwais al-Qarni, seorang wali ALLAH dalam sejarah Islam. Kalau kita tidak menjadi wali ALLAH cukuplah kita menjadi pengikut mereka yang berjuang dan menurut langkah-langkah perjuangan mereka. Ingatlah, iman tidak dapat diwariskan daripada seorang ayah kepada anaknya. Untuk mencari iman, setiap individu kena usaha sendiri. ALDUSUNI

MERDEKA: ILUSI ATAU REALITI

Negara kita merayakan sambutan kemerdekaan kali ke 52. Sambutan pada tahun ini tidak seperti tahun yang sudah kerana beberapa sebab antaranya bulan puasa dan juga H1N1. Walaubagaimana pun, kemeriahan masih jelas kelihatan. Merdeka..ilusi atau realiti, terutama sekali bagi rakyat di Sabah. Kenapa dan mengapa?. Banyak aspek yang kita, rakyat Malaysia masih lagi terikat dengan cara lama. Seolah-olah kita tidak mempunyai orang bijak pandai. Segala kata putus harus ditanya dulu sedang keputusan adalah untuk disebelah sini. Kemunculan kita di pesada nasional seakan-akan di ragui ataupun cuba dinafikan. Kasihan melihat anak-anak muda kita yang berbakat dalam bidang nyanyian, yang hilang begitu saja walaupun mendapat tempat dalam sesuatu pertandingan. Bila orang kita berpeluang untuk mendapat tempat yang baik dalam sesuatu pekerjaan, tidak dipandang malah diperlekehkan. Teruk sangatkah kita ini sebagai orang Sabah. Apakah benar oramg-orang kita hanya layak kerja dikilang2. Saya percaya ramai antara kita yang mengalami pertanyaan yang agak menyedihkan semasa berada disemenanjung. Sebab itu timbul persoalan ini, kemerdekaan yang kita perolehi realiti atau hanya ilusi. Salam Merdeka

Teori M-A-R-U-D-U

Jangan marah, ini cuma teori politik. Baiknya ada teori adalah, kita boleh melihat pelan peralihan kepimpinan sesebuah kawasan. Kemudian wujudlah harapan. Ya, walaupun mungkin ia hanya akan kekal sebagai teori. Dulu saya telah mencadangkan Teori M-A-X-I-M-U-S. Haha... seperti yang saya ramalkan, ramai pembaca yang tersengih. Namun, ada juga beberapa sosok anak Marudu yang memandang serius teori ini. Sebenarnya teori ini merupakan jawaban tentang siapa 'Sukarno' Marudu dan bila kemunculannya. Namun ada yang tidak berpuas hati. Mungkin kerana kurang bersetuju nama Ahli Parlimen P. 168 digunakan sebagai asas teori tersebut. Baiklah, apa kata kita lihat satu teori lagi. Teori ini lebih adil kerana tidak menggunakan nama indvidu tertentu tetapi nama daerah yang tercinta ini. Teori itu adalah, Teori M-A-R-U-D-U. Teori ini tidak berkaitan dengan 'Sukarno' lagi. Tapi ia merupakan jawaban kepada persoalan, siapakah pemimpin (Ahli Parlimen P. 168) di Kota Marudu selepas YB Datuk Max. Jawabannya terdapat di dalam perkataan "Marudu" itu sendiri. Cadangan saya adalah seperti, M(Maximus)-A(?)-R(?)-U(?)-D(?)-U(?). Saya menjangkakan, pemimpin "A" akan mengambil alih kepimpinan pada PRU-13 akan datang. Siapakah mereka (?) itu?, tidak pasti. Kalau saya namakan di sini, nanti ada yang berkecil hati pula, haha... Apa yang pasti, bloggers KM yang mungkin juga mewakili suara rakyat rata-rata inginkan pemimpin dari kalangan anak watan Kota Marudu. Sekarang mari bersama kita mencongak, siapakah si "A" itu. Cuba lihat di sekeliling anda, mungkin mereka di antara calon yang bakal mengisi kekosongan itu. Jika anda yakin dialah orangnya, angkatlah dia dan berikan sokongan sepenuh hati. Bukan ramai pun anak watan Kota Marudu yang berani dan bersedia mengorbankan segalanya untuk terjun ke dunia politik. Boleh dibilang dengan jari. Bererti, tidak sukar mencari calonnya. Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka di persada politik Kota Marudu!
Nota: Nama saya bermula dengan huruf "M" bukan "U". So, jangan memandai-mandai mengatakan saya masuk bakul angkat sendiri, hehe...

TERIMA KASIH "BOS" KERANA MENGEJUTKAN AKU...& KAWAN-KAWANKU.

OLEH: TEKONG SAM (Maaf, aku sekadar ingin berkongsi cerita...)
Tahukah tuan/puan, siapakah yang mengejutkan saya/ kita dari "gua pertapaan"? Saya harus perkenalkan "orang tersebut" supaya kita dapat mengucapkan...terima kasih...
Sebelum cerita panjang, izinkan saya cerita sikit pasal diri saya agar tuan/puan/sdr/i boleh mengerti "kenapa dan mengapa". Saya sendiri sukar menyatakan siapa dan orang jenis apa saya ini. Ada pensyarah saya gelar saya "mat revolusioner". Kawan-kawan dlm tentera cakap saya "si gila-gila", mak saya pula panggil saya "si gorompusss..." . hehehe...Memang saya tak boleh diam jika ada yang tak betul saya dengar, saya nampak atau saya rasa. Bukan sebab tidak sabar, sebab ada beza antara sabar dengan dayus dengan tuyu dengan layu dan sebagainya. Dalam banyak hal saya boleh sabarrrr...ada masa siapa pun boleh hilang sabarrrr...
Seperti juga tuan/puan/sdr/i barangkali, saya sebenarnya bukanlah kemaruk mahu jadi YB/MP....cuma saya ditakdirkan untuk meminati memikirkan politik, kerana politik itu ada kena mengenanya dengan hak, maruah, rakyat, budaya bangsa, sejarah dan kehidupan. Kerana lampau meminati dan berfikir barangkali maka semasa di tingkatan Dua saya sudah "tubuh" Parti Baru, maksud saya mencari nama dan logonya. Lucu! Saya sudah lupa nama dan logonya...Di universiti, sebagai editor beberapa majalah, memang saya "digilai" oleh persatuan-persatuan mahasiswa yang berotak politik terutamanya yang pakai "kopiah" tapi saya memilih untuk memakai "beret" (maksud saya ikut latihan pegawai tentera). Saya malas pidato di hadapan mahasiswa, bukan tidak pandai, atau takut, tapi "bikin geli-gelaman", maka saya memilih untuk dengar puisi di pasar budaya, KL. Tapi di bilik kuliah, sang pensyarah akun kalah kalau tersilap cakap pasal sejarah negarabangsa khususnya yang melibatkan Sabah, sebab saya sanggup lawan cakap pensyarah dan seluruh isi dewan kuliah (faham maksud saya?...). Dan untuk kes-kes begini...saya belum pernah ada rekod kalah di dewan kuliah, jadi pensyarah pun tentulah malu kalau menghalau saya keluar dari kuliah. Hehehe...
Keluar dari universiti, mendiang Datuk Saibul Supu (ketika itu masih PBS) sebenarnya ada mencuba untuk "menarik" saya masuk dalam dunia politik, tapi saya lebih suka bertapa. Demikian juga parti UMNO yang ketika itu diterajui oleh Datuk Saidi Suari cuba mempengaruhi saya untuk mengiatkan diri dalam UMNO namun saya masih lebih suka bertapa. Ada juga yang mencalonkan saya bertanding exco pemuda PBS tanpa pengetahuan saya. Memang lucu...apa tidaknya, saya tiada pun keahlian PBS ketika itu. Saya kata, terima kasih, saya fikir belum tiba masanya...
HABIS TU, KENAPA TIBA-TIBA JADI BEGINI???
Simple saja sebabnya. Tahun 2004 membuka cerita baru dalam hidup saya. Apa bila saya dengar ada suara-suara sumbang memperlekeh dan memperendahkan bangsa dan orang KM khususnya orang Tandek, saya sangat-sangat HAIRAN.... dan semacam BANGSAKU DIPERBUDAKKAN, DIPERKUDAKAN. Nar! Terasa seluruh jagat diri menjadi nanar!
"Tiada orang Tandek yang boleh memimpin? Tiada yang layak jadi YB/MP di kalangan anak watan Tandek/Kota Marudu/Matunggung??? Cuba bayangkan, kalau saya (orang luar) selaku YB/MP di kawasan anda sejak berpenggal-penggal, tiba-tiba bila ada desakan/ permintaan daripada masyarakat anda agar saya mengembalikan/ memberi peluang kepada anak tempatan, dengan selamba saya cakap: "tiada orang kamu yang layak..." (maka biarlah saya pegang kedua-duanya sekali lagi...kerana "perjuanganku" belum selesai) APA PERASAAN ANDA? APA DALAM DADA ANDA? NAH...INILAH KEZUTAN HALUSSS YANG MENGUSIK KHUSYUKKU DI "GUA PERTAPAAN"... (TERIMA KASIH KEPADA SANG PENGEJUT, JIKALAU TIDAK, SAYA/KAMI MASIH DI GUA-GUA...maksudku; gua-gua, lu-lu...)
Nota: Artikel ini ditulis di luar masa pejabat dan bukan ditulis atas status saya sebagai pegawai kerajaan sebaiknya sebagai seorang bloggers. Harap Maklum.

REFORMASI ATAU HELAH DIRI BELA DIRI...

TERLEBIH dahulu, maafkan saya kiranya artikel saya kali ini tidak menyenangkan sesiapa. Takdir. Ganjil, sebenarnya, sepanjang Ramadhan ini saya jarang tengok TV, tapi sekarang saya sedang menonton "Icons power", History Chanell, dan sambil menulis. icon yang dipaparkan ialah King Henry ke"-8 yang ada beberapa kegilaan dan kegilaan utamanya -PEREMPUAN. Menurut catatan, baginda berbuat demikian kononnya untuk mencari anak lelaki sebagai pewaris tahtanya. Meskipun ada usaha para paus, bishop, uskup dan paderi yang taat kepada Tuhan serta berani menegur raja (sehingga dihukum pancung) yang sanggup membuat berbagai muslihat khawin-cerai, namun sang raja sewenang-wenang memperlekeh bahkan memaksa agama ikut telunjuk nafsunya. Ironinya, sang raja ini pernah diberi gelaran "pemelihara agama" kerana usahanya membenteras gerakan martin luther (protestan) terhadap aliran Khatolik di England. Akhirnya baginda sendiri yang mengorbankan perpaduan agamnya...sesuatu yang amat mendukacitakan termasuk saya sendiri selaku orang muslim...dan inilah sebenarnya yang mendorong saya menulis. Saya memang anti karut marut. Tindakannya menentang Paus di Rom, mengisytiharkan England bebas dari kuasa vatikan di rom kononnya satu perubahan (reforamasi). Persoalannya, benarkah ini reformasi sejati? Demikianlah seorang yang sangat berkuasa dan ingin kekal berkuasa dan kemaruk melanjutkan deligasinya sanggup berdusta, berkonspirasi, memanipulasi, memutar belit bahkan mencemar kesucian institusi agama. Moral cerita ini amat menakutkan saya: berwaspada dengan sesiapa dan apa-apa jua unsur reformasi kerana ramai sangat melaungkan reformasi untuk menghalalkan helah bela diri...

Sunday, August 30, 2009

SELAMATKAN STOK IKAN KITA !!!

Jalak ini sangat kurus badannya...
hampir tidak terasa pun strike dari jalak ini...
saiz jalak ini amat kurus sekali, sewaktu saya mendaratkannya, terasa sangat di hati saya melihat saiz badannya yang sangat kurus. mungkin akibat pembangunan di kawasan paya ini telah menyebabkan jalak kurang talian makanannya. selesai saja mengambil gambar, saya terus lepaskan ikan ini ke kawasan paya yang lebih besar disebelah sahaja. saya harap ikan ini akan bertambah besar dan terus membiak agar ikan yang ada tidak akan habis atau pupus. galakkan kita agar mempraktikkan " TANGKAP & LEPAS " untuk masa hadapan kita.

Salam Merdeka ke-52......

Salam Merdeka ke-52 Toun Mantad Tulun Tobilung Kuma Ngangawi Sompomogunan Malaysia. Mari kita sama-sama menghayati kemerdekaan yang kita kecapi dan kita syukuri apa yang kita miliki kini. Jangan kita sia-siakannya dan marilah kita bersama-sama untuk terus berjuang agar apa yang suda kita kecapi ini akan kekal dan berkembang maju untuk genersai yang akan datang. Om kadi Pason dot tulun doh Momogun; “SOIRA KANU TOKOU WULAN ID SAWAT KADA TOKOU OLINGAI SAKOT ID SORIBA” ONGO TOKOU NOPO DIT BIANO, NGA KADA TOKOU OLINGAI ONGO NANTADON TOKOU KONIAB” 1 KELUARGA, 1 KAMPUNG, 1 DAERAH, 1 NEGERI, 1 SUARA….1 MALAYSIA

Banglo RM2.8j Diruntuhkan.....

Banglo RM2.8j dirobohkan?? Ini tidak termasuk nilai tanah yang mencecah RM150 per kaki persegi. Jumlah keluasan tanah ini lebih kurang 9 ribu kaki persegi. Maknanya, nilai keseluruhan melebihi RM3 juta. Apa agaknya wang sebanyak itu dapat kita lakukan untuk daerah kelahiran kita? Hmm.. Ini antara gambar yang sempat saya rakam. Sebenarnya rumah ini telah lama siap dibina pada tahun 1999 tetapi tidak pernah diduduki oleh tuan rumah kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Bulan lepas, pemilik baru telah membawa masuk design baru dan rumah ini menurutnya tidak memenuhi citarasa yang diinginkan (tapi saya kira feng sui mempengaruhi jutawan ini untuk membina banglo baru mengikut binaan yang boleh mendatangkan tuah kepada pemiliknya). Katanya mau bina banglo 3 tingkat. Kalau di kampung, jangankan rumah batu, rumah papan yang telah siap tapi dirobohkan kembali atas alasan reka binaan tidak cantik pasti dianggap membuat kerja gila dan menjadi bahan ketawa orang. Di kota, lain pula cara mereka berfikir. Sesiapapun berbangga bercakap tentang wang yang banyak dan boleh melakukan sesuka hati sahaja menurut apa yang diingini dan tidak akan ada sesiapa yang mempertikaikan malah saling berbangga kekayaan yang dimiliki bangsanya. Gambar ini saya rakam menggunakan HP Nokia 5320. P/S: Jumlah wang sebanyak itu mampu membuatkan landskap satu parlimen ceria dengan kemajuan dan pembangunan. Di Kuala Lumpur, individu kaya mengangap nilai jutaan wang ini sekadar satu jumlah yang melambangkan keseronokan peribadi. Bangsa kita, kini dan selamanya jangan ada mentaliti seperti ini. Orang kita kalau sudah mulai merasa nikmat kekayaan, usah lupa untuk mempertahankan kesederhanaan sikap dan cara sambil mensyukuri dengan rendah hati pemberian Yang Maha Kuasa.

MAS...SAM...MASAM..

Diberitakan bahawa sarikat penerbangan MAS mendapat CEO baru selepas Datuk Idris Jala dilantik senator. CEO lama ini orang Borneo yang diiktiraf kebolehannya sebab telampau berkebolehan. Itupun selepas MAS hampir muflis dan lintang pukang... Diberitakan SAM telah menarik minat ramai pihak termasuk para pemimpin. Ramai yang nak masuk/tersiar dalam SAM. SAM boleh paparkan tapi bukan bermakna SAM adalah samdol yang boleh diperbudakkan. SAM tak mahu diperkudakan, biar SAM yang memperkudakan. Itulah SAM... Masam. Itulah rasanya bila kita dengar rakyat didahuluukan namun terasa kita masih dibelakangkan...

SALAM MERDEKA DARI SANG PERANTAU

SAYA ANAK MALAYSIA Salam merdeka untuk semua rakan penulis SAM dan pembaca2 SAM.Sudah agak lama saya tidak membuat entri dalam SAM dan saya tengok hanya tekong SAM saja yang tidak putus2 ideanya... Entri kali ini hanya luahan hati seorang anak Malaysia dalam perantauan.Sudah 11 tahun saya meninggalkan negara kelahiran dan dalam tempoh ini sudah 11 tahun saya tidak merasai suasana perayaan dalam negara.Dalam pengertian basic kita, kata merdeka berkaitan dengan penjajahan, bererti terlepas dari berbagai bentuk belengu penjajahan dan penghambaan manusia terhadap manusia lainnya, baik penjajahan secara akal maupun penjajahan dalam bentuk ekonomi, sosial, politik, dan budaya.Kalau baca definisi di atas, kita tentu yakin sejak dibacakannya teks merdeka 52 tahun yang lalu oleh Almahrum Tunku Abdul Rahman, negara ini secara automatik,terbebas dari penjajahan kuasa rakus barat. Tidak ada lagi perang, kerja paksa,atau kuli kepada Inggeris yang gila kuasa. Para penjajah sudah terbuang dari bumi pertiwi. Namun apakah hanya demikian makna kemerdekaan?Kita generasi yang lahir selepas merdeka,perlu memahami kembali erti kemerdekaan. Selama ini kemerdekaan didefinisikan sebagai suatu keadaan berdiri sendiri, bebas, lepas, tidak terjajah, atau dengan kata lain, kemerdekaan mutlak dengan kebebasan (freedom). Dan kebebasan itulah yang paling asasi untuk kita miliki. Sebab, dengan kebebasan itu seseorang dapat berbuat tanpa perbatasan (the ability to act without borders). Kemerdekaan seringkali diterjemahkan sebagai kebebasan tanpa batas untuk menuntut hak-hak, tanpa diiringi pelaksanaan kewajiban. Lazimnya, persepsi salah itu hampir melekat pada setiap lapisan elemen bangsa, dari rakyat biasa sampai pemerintah, dari orang awam hingga golongan cendekiawan, bahkan para guru dan pelajar! Jadi Bagaimana seharusnya kita memahami kemerdekaan itu? Kemerdekaan pada dasarnya merupakan sesuatu yang sangat emosional bagi setiap pribadi maupun bangsa. Kemerdekaan merupakan hak yang sangat asasi dan bersifat fundamental dalam kehidupan.Kemerdekaan itu akan menjadikan hidup menjadi lebih bererti dan bermakna, apabila diisi dan dihiasi dengan nilai norma kemanusiaan yang mulia. Jadi sangat jelas, persoalan kemerdekaan bangsa, bukan sekadar masalah kebebasan secara umum. Tapi, juga seharusnya kemerdekaan ini dipandang sebagai sebuah nikmat seperti nikmat-nikmat lainnya. Kita menoleh kembali sejarah secara ringkas, kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini adalah jasa para pahlawan kita.Mereka telah berjuang dengan mengorbankan segalanya untuk membebaskan tanah air dari kekejaman para penjajah. Kita boleh meniru semangat juang mereka untuk mempertahankan sesuatu yang merupakan cita-cita luhur bangsa. Kita harus bersyukur dan berterima kasih dengan jasa2 baik yang telah mereka berikan kepada kita.Bersyukur itu caranya beragam, bisa saja kita menyebut-nyebut jasa baik mereka yang telah berjasa.Namun saya melihat ada golongan2 tertentu yang mula mempersoalkan dan tidak menghormati pahlawan2 dan pemimpin2 kita yang telah berkorban jiwa raga mereka demi kemerdekaan ini.Kemerdekaan ini adalah hak mutlak kita sebagai warganegara Malaysia tidak kira dari Semenajung,Sarawak dan Sabah.Malangnya ada golongan tertentu di Sabah yang cuba menidakkan semangat kemerdekaan dengan alasan bodoh.Kononnya Sabah tidak terlibat dengan sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957 kerana Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 Sepetember 1963.Saya tidak perlu komen pada individu2 ini kerana mereka adalah orang2 yang cukup terpelajar kalau istilah kampung mereka2 ini adalah golongan yang " ada utak". Kita harus memberi pemahaman erti kemerdekaan kepada anak2 kita.Pada mereka kita semai dan tanam semangat merdeka.Jika anda seorang pelajar atau mahasiswa, maka tanamkan dalam diri anda semangat juang kemerdekaan untuk menggali ilmu yang lebih banyak lagi, kemudian mengembangkannya secara bebas dan bertanggungjawab, dengan didasari nilai-nilai agama yang benar. Atau Jika anda seorang pekerja, maka tanamkan dalam diri anda semangat juang kemerdekaan untuk bekerja dan bekerja lah dengan seikhlasnya demi kemajuan bangsa ini. SALAM MERDEKA UNTUK WARGA SAM DAN SALAM 1MALAYSIA!!

Ayam naik kapal tarabang

Seminggu sebelum ramadhan, Ridwan pembekal yang membekalkan ayam serta daging ke kedai makan saya tiba-tiba tercegat didepan saya.Sambil tersengih macam kerang busuk dia mengucapkan salam. Ridwan : Assalamu alaikum Bos. Saya : Wa alaikumu salam wa rahmatullah,ada apa Ridwan? Ridwan : Aaa...aa...anu bah bos...macam susah juga saya mau kasitau tapi terpaksalah bos. Saya : Macam ada masalah ja ni Ridwan,terus terang saja bah. Ridwan: Harga ayam naik lagi bos. Saya : Apa....? Naik lagi ? Naik berapa? Ridwan: Naik 70 sen sekilo bos. Saya : Wahh!!....sekarang saja harga ayam sudah Rm8.60 sekilo,kalau naik 70 sen maknanya harga baru ayam sekarang RM9.30 lah.Ehh....gila ini Ridwan.Mulai bila kenaikan ini,tiada pengumuman pun? Ridwan : Sebenarnya dari kemarin lagi naik bos tapi untuk bos tidak apalah saya kasi naik mulai besok.Saya kira bos dalam Rm9.00 la kalau di pasar sekarang tidak lari Rm9.50 sekilo bos.Tapi saya tidak ikut harga dipasar bos. Itu antara perbualan saya dengan pembekal yang membekalkan ayam segar siap disembelih dan dibersihkan ke kedai saya.Sebenarnya hasil tinjauan saya sendiri harga ayam di Pasar Besar Kota Kinabalu bukan Rm9.50 TETAPI Rm9.70 sekilo.Saya tertanya-tanya kenapa harga ayam di Sabah begini tinggi berbanding Semenanjung Malaysia? Dan kenapa semua orang berdiam diri membiarkan saja hal ini terjadi?. Seingat saya kenaikan harga ayam sudah terlalu kerap dibuat daripada Rm6.20 sekilo naik kepada Rm7.30 sekilo kemudian dinaikkan lagi kepada Rm8.60 dan terkini Rm9.70 sekilo. Apa yang lebih menghairankan saya ialah perbezaan harga ayam yang terlalu tinggi antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dimana pada hari ini harga ayam di Semenanjung Malaysia ialah sekitar Rm6.00 sekilo.Perbezaan Rm3.70 sekilo. Hal ini pernah dikemukakan kepada seorang Timbalan Menteri Persekutuan (tak perlulah saya sebut nama beliau) ketika dalam lawatan ke Sabah tahun lalu.Menurut beliau perbezaan harga yang terlalu ketara itu adalah disebabkan faktor geografi dimana kedudukan negeri Sabah yang begitu jauh dari Semenanjung Malaysia menyebabkan kos pengangkutan yang agak tinggi. Faktor geografi? Memang ada benarnya bahawa kedudukan negeri Sabah yang agak jauh dari Semenanjung Malaysia meyebabkan adanya perbezaan harga barang kesan dari kos pengangkutan yang tinggi tapi takkanlah macam ni punya besar beza.....lagipun ayam yang ada di Sabah ini adalah ayam yang diternak dalam negeri.Kebanyakan penternak ayam di Sabah membuka kilang ternakan ayam disekitar Kota Kinabalu dalam kawasan antara 15-20 kilometer radius.Ada juga penternak di sebelah Tawau dan Lahad Datu yang menyediakan bekalan ayam segar di kawasan Pantai Timur Sabah. Ayam ini semuanya ayam tempatan bukan impot.Ayam ini tidak naik kapal terbang. Yang naik kapal terbang tu bukan ayam ....itu ayam-ayam...Yang itu baru ayam impot daripada Thailand,Filipina,China....kalau ayam-ayam impot ni mahal saya tak heran sebab ayam-ayam ni gebu-gebu semua....yang beli pun orang kaya-raya yang tak kira harga janji baaeekk punya.... Apa yang saya perhatikan ialah Kementerian Perdagangan cawangan Sabah macam tak buat kerja laa....kenapa saya kata begitu ? sebab saya tengok para peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu letak harga ikut suka.Saya sendiri buat tinjauan bukan saja harga ayam dan daging, harga limau kasturi sahaja pun berbeza-beza antara seorang penjual dengan seorang penjual yang lain. Hasil tinjauan saya peniaga yang meja jualannya agak senang di akses oleh pelanggan menjual limau kasturi pada harga rm6.00 sekilo,peniaga yang mejanya agak terlindung sedikit menjual limau kasturi pada harga rm4.00 sekilo,manakala peniaga yang jauh di tengah-tengah pasar dan agak susah di akses oleh pelanggan menjual limau kasturi pada harga rm1.50 sekilo.Jelas sekali tidak ada keseragaman.Malah turun naik harga barang seperti cili merah besar dan cilipadi juga tidak terkawal.Cilipadi contohnya boleh mendadak naik sehingga Rm45.00 sekilo daripada Rm8.00 Pernah sekali saya terkejut dan dalam masa sama merasa geli hati dek kerana gelagat peniaga di Pasar Besar,Kota Kinabalu ini.Saya sedang mencari-cari pisang sabah (pisang nipah) untuk dibuat goreng pisang.Kebiasaannya pisang sabah dijual mengikut biji tetapi seorang hamba Allah ini menjual berdasarkan timbangan....sekilo pisang sabah dia jual pada harga rm2.00.... bulat biji mata saya mendengar jual pisang sabah pakai timbang..? sejak bila...? kalau pisang berangan tu sudah kira lumrah tapi pisang sabah....ish pelik pelik. "kami ikut harga Brunei bah ni kak....kalau di Brunei semua memang pakai timbang,gila betul bah di sana...." Inilah jawapan peniaga tadi bila saya tanya.Brunei pula dia salahkan tapi dia ikut. Bahh...apa lagi pegawai-pegawai kementerian perdagangan (cawangan Sabah khasnya) bila lagi mau turun padang oooppss...turun pasar tinjau harga barang yang semakin menggila tu.Jangan duduk saja dalam opis ber air-con.Lepas tu kasi salah peniaga restoran dan kedai kopi konon-konon suka hati kasi naik harga.Fikir-fikirlah Bos,kami peniaga restoran dan kedai kopi pun END USER juga.Kami beli barang dipasar sudahlah mahal penat-penat lagi kami masak.Kami sudah kasi ADDED VALUE disitu,takkan kami nak jual murah-murah mana ada untung.Sekarang saja pun kami punya SALES MARGIN semakin kecil takkan nak jual BELOW COST pula.Takkanlah orang-orang kerdil macam kami yang tumpang-tumpang cari makan di tepi gantang ni yang kena ABSORB kenaikan harga tu..... Tolong-tolonglah bos...sudahlah kami ini miskin tambah miskin lagi.

...MERDEKA SEPANJANG MASA...

Tajuk di atas antara bait2 lagu Negeri Sabah. Aduhai alangkah indah dan besarnya harapan itu. Mencapai kemerdekaan memang susah, mengisinya lebih susah, mempertahannya lagiiii laaa susahhhhh... Kita sekarang punya 2 tanggungjawab; mengisi dan mempertahankannya. Kegagalan kita adalah musibah besar kepada generasi akan datang. Apakah mampu kita?

DUNIA MUNGKIN BERDEPAN VIRUS BARU H1N1

ROM: Pengesanan virus H1N1 dalam ayam belanda di Chile menimbulkan kebimbangan bahawa ladang ternakan ditempat lain di dunia juga boleh dijangkiti virus influenza yang pandemik dan sedang menular sekarang di kalangan manusia, Kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian ( FAO) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin. Menurut satu laporan agensi berita Xinhua di China, FAO berkata pihak berkuasa Chile melaporkan minggu lepas bahawa virus baru H1N1 wujud dalam ayam belanda di dua buah ladang dekat pelabuhan tepi laut, Valparaiso. Virus selesema yang ditemui dalam ternakan itu sama dengan virus pandemik A (H1N1) yang kini sedang menular dikalangan manusia di seluruh dunia, kata agensi PBB yang berpangkalan di Rom itu. Namun demikian, FAO berkata penemuanvirus itu dalam ayam belanda tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kesihatan manusia, dan daging ayam belanda masih dapat dijual secara komersil ekoran pemeriksaan veterinar dan pemprosesan bersih. "Reaksi pihak berkuasa Chile kepada penemuan H1N1 dalam ayam belanda - iaitu laporan kepada organisasi antarabangsa, melaksanakan kuarantin sementera dan keputusan untuk membenarkan agar unggas yang dijangkiti pulih dan bukan membunuhnya - adalah tindakan betul dari segi saintifik," kata Ketua Pegawai Veterinar Sementera FAO, Juan Lubroth. "Apabila unggas yang sakit sudah pulih, pengeluaran dan pemprosesan selamat dapat diteruskan. Ia tidak menimbulkan ancaman kepada rantaian makanan," kata Lubroth. Virus H1N1 sekarang merupakan campuran dari gen-gen manusia, babi dan burung dan terbukti sangat berjangkit tetapi tidak lebih teruk berbanding virus selesema bermusim biasa. Namun demikian, dari segi teori ia mungkin boleh menjadi lebih bahaya jika ia menambah kebisaan dengan bergabung bersama H5N1, lebih dikenali sebagai selesema burung, yang jauh lebih bahaya tetapi lebih sukar untuk menular di kalangan manusia, agensi PBB itu menjelaskan. "Chile tidak ada selesema H5N1. Di Asia Tenggara dimana virus itu menular dengan berleluasa, pengenalan H1N1 dalam masyarakat disana adalah lebih membimbangkan,"kata Lubroth. FAO turut menggesa kerajaan supaya meningkatkan pemantauan kesihatan dikalangan haiwan-haiwan dan memastikan panduan amalan pertanian yang sihat dan baik dipatuhi, termasuk melindungi pekerja ladang jika haiwan sakit dan tidak membenarkan pekerja sakit mendekati haiwan. - Bernama
SUMBER: UtusanBorneo ( 29 Ogos 2009 , Sabtu, m/s 29 ).

1 DIBAYAR 10: MITOS ATAU BENAR?

Selalu orang kata: bersedekahlah (dengan ikhlas) kerana 1 dibayar 10. Di kedai kopi selalu saya dapat info kisah benar. Ada kawan cerita begini; pada 1 hari, saya sedekah pd seorang hamba Allah, tak sampai 1 jam saya dapat rezeki tak disangka2. Banyak lagi koleksi cerita pasal sedekah. Mitos atau benar? Untuk menjawabnya, eloklah kita bereksperimen. Kalau saya ditanya, memang saya kata BENAR Jaminan Tuhan begitu kerana saya telah mengeksperimennya bukan kerana menguji janjiNya....

DENGARLAH JERITAN BATIN MEREKA...

Kota Marudu, Sabah: Negeri apakah termiskin di Malaysia? Daerah apakah termiskin di Malaysia? Saya kemukakan soalan, harap ada yang boleh beri statistik/data rasmi. Kemiskinan adalah masalah sejagat yang tidak perlu disembunyikan. Ia perlu dipapar dan dokongsi bersama jika kita benar2 mahu merealisasikan slogan 1Malaysia. Yang kaya bantu yang lemah, yang berkuasa bantu kurang upaya. Tutup kitab tindas menindas, dendam mendendam. Kita jadikan negara ini role model dalam menangani kemiskinan...

Saturday, August 29, 2009

SAKIT MEREKA KESEDIHAN KITA...

Menjelang hari raya, nasib golongan fakir miskin harus tidak kita lupakan, dan sepatutnya bukan tunggu hari raya/krismas/tahun baru/dll saja baru kita ingat golongan kurang upaya ini. SAM bukan organiasasi yang bermodal maka pihak SAM hanya mampu menyumbang secara peribadi. Apapun sebagai media yang kian popular, SAM berkempen ke arah itu. Semoga individu/syarikat berinisiatif membantu sesama manusia khususnya di KM ini.

MAJLIS BEBBUKA PUASA UTARA.FM DI GERAI PONET

sabtu, 29 ogos 2009 00:27 by:pentadbir

28 Ogos 2009, Gerai PONET : Majlis berbuka puasa Utara.FM telah diadakan yang mana beberapa DJ, AJK Tertinggi, Ahli KUSNET/SAM sekeluarga dan pendengar Utara.FM ada bersama-sama dalam program tersebut.

DUA PERSIMPANGAN?...

Tulisan ini berfaktakan temubual dan pemerhatian sejak awal tahun. Saya mengumpul secara diam2 data di pejabat2 kerajaan, di kedai kopi, di pasar, di masjid dan sebagainya. Saya permudahkan penulisan dapatan kajian kerana saya menulis guna Nokia E71, amat terhad skrin. Saya ikut berduka cita bilamana majoriti merasa kecewa dengan kemelut politik tanah air. Bak kata periuk, belangga hitam dan sebaliknya. Bikin pening dan sengsara sama rakyat, kata mereka. Banyak pro dan kontra di sana-sini. Kata mereka, susah buat pilihan, bak ditelan mati anak, diluah mati bapa. Maka siapakah pilihan rakyat antara periuk dan belangga? Faktor keyakinan main peranan besar.

Friday, August 28, 2009

Jadilah Pemimpin Berjiwa Hamba

Jadilah pemimpin berjiwa hamba. Lebih kurang macam begitulah ulasan saya jika ada wartawan yang ingin meminta pandangan daripada saya tentang kepimpinan di Kota Marudu. Jangan keliru, apabila disebut pemimpin... bukan bermakna YB saja. Setiap individu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya. Bermaksud, kita mahu para pemimpin di Kota Marudu bermula individu, ketua keluarga sehinggalah ke tahap YB supaya menjadi pemimpin berjiwa hamba. Pemimpin ini sahaja yang bisa merealisasikan gagasan 1Malaysia. Kena faham apa yang dimaksudkan sebagai "rakyat didahulukan". Jika pemimpin tinggal di rumah banglo, rakyat tinggal di reban ayam... adakah itu rakyat didahulukan! Kalau pemimpin memakai kereta mewah, rakyat dibiarkan berkaki ayam dan dibebani harga bahan api yang tinggi... adakah itu rakyat didahulukan!! Apabila pemimpin ramai yang mati kekenyangan, rakyat mati kebuluran... adakah itu rakyat didahulukan!!!. Fikirkan. Khalifah Umar al-Khattab pernah berpesan, "kenyangkan dulu perut rakyat, sebelum engkau mengenyangkan perutmu!". Inilah makna sebenar pendahuluan terhadap rakyat. Kita berharap dengan terlancarnya gagasan 1Malaysia, pemimpin-pemimpin kita akan mula belajar mendahulukan rakyat. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia atas gagasan yang dinanti-nantikan rakyat itu. Saudara... pemimpin yang berjiwa hamba ini, jika pergi ke tamu Kota Marudu, orang tidak akan tahu bahawa dia itu pemimpin besar. Tapi jika dia sedang memimpin rakyat, orang merasakan bahawa rakyat akan hancur tanpa pemimpin sepertinya. Nak yang lagi hot, sila klik di sini. Selamat bersahur!

3 PERKARA LAGI...

Kebanyakan impian telah kucapai kerana aku memang tidak punya banyak impian. Kini, tinggal 3 perkara ingin kucapai: 1. Anak2ku menjadi lebih berguna banding diriku. 2. Bangsaku maju dan bermaruah. 3. Akhir hayat dengan nama yang baik. Aku sebenarnya takut dan tidak begitu yakin untuk mencapai ketiga2nya lantaran usaha yang tidak begitu berkesan ke arah itu. Dan, bagi perkara ke-2, ia tidak akan berjaya jika tidak ramai berkemahuan sepertiku atau lebih dariku....

HANYA 3 HARI...

Inilah aku malas kalau dah mulai menulis, susah mau berhenti, tidak mau tidur! Berkaitan catatan Dr. Nelson dan JMimie ttg kehidupan, mengingatkan aku kepada sabda agung Nabi Isa. "Hidup ini hanya 3 hari: kelmarin yang telah berlalu dan ramai yang menyesal. Hari ini yang terbuka peluang. Esok yang belum pasti..." (lebih kurang maksudnya). Aduhhh...HARI ESOK BANGSAKU, APAKAH MASIH SEPERTI HARI INI, SEDANGKAN HARI INI TAK BANYAK BEZANYA DARI KELMARIN...

GERAN DIGUNA TINGKAT SISTEM PENYAMPAIAN

ARKIB : 27/08/2009 Sumber: Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 26 Ogos – Kerajaan negeri akan memastikan pemberian geran tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan pemberian geran tersebut yang menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat negeri ini.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang bersetuju memberikan geran tahunan kepada PBT Sabah mulai tahun depan.

“Kerajaan negeri akan memastikan PBT Sabah memanfaatkan sepenuhnya geran tahunan ini dan dibelanjakan dengan cekap untuk faedah rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM62.8 juta setahun dalam bentuk pemberian geran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata, dengan pemberian itu, kerajaan berharap PBT di kedua-dua negeri terbabit dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Kerajaan memutuskan bahawa pemberian geran tahunan kepada PBT yang sebelum ini diberikan kepada PBT di Semenanjung sahaja, dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak mulai 2010,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, pemberian geran tersebut menunjukkan kerajaan pusat amat memahami keperluan PBT di Sabah dan Sarawak.

MAU IKUT SUNNAHNYA...

Tulisan Dr. Nelson dan Jmimie mendorong saya menulis. Kata para hukama, hidup ini kembara panjang, duniawi tempat persinggahan, dan kata Jmimie, kita berhutang. Kata anonymous, mati tak tau bila. Ya, saya banyak berhutang kepada sanak saudara dan rakan2 sejak dahulu, maka itu, sebelum mati, saya mesti membayarnya dalam bentuk yang lain...maka itulah pendorong utama saya "jadi begini" di jalan ini. Dan saya cuba mengikuti sunnah Nabi. Para nabi secara tabii nya ingin benar melihat kesejahteraan umat mereka...(more detail, ref. To surah at-Taubah)

Thursday, August 27, 2009

HIDUP INI SATU PERJALANAN

Ada orang kata hidup ini adalah satu permainan, maka bermainlah dengan baik. Ada lagi yang berkata hidup ini seperti sebuah sketsa di pentas dunia, maka beraksilah dengan baik. Ada juga yang kata hidup ini adalah satu perjudian. Kalah atau menang hanyalah ditentukan oleh kebarangkalian dan tuah. Mereka punya alasan tersendiri kenapa berkata demikian, sesuai dengan tujuan hidup yang mereka fikirkan... Baca selanjutnya.

RENUNGAN DIRI: HIDUP HANYA SATU PINJAMAN

Sesungguhnya segala yang kita miliki di dunia ini hanyalah satu pinjaman. Masa, tenaga, tubuh badan, kebolehan kita bukanlah milik mutlak kita sendiri. Seluruh hidup kita hanyalah satu pinjaman yang diberikan oleh Maha Kuasa kepada kita untuk kita manage dengan sebaiknya. Malangnya ramai yang alpa dengan hakikat ini bahawasanya privilege ini ada noktahnya. Bila-bila masa 'kontrak pinjaman' kita ini akan berakhir....mungkin tahun depan? Mungkin esok? Mungkin juga hari ini? Renungkanlah waktu-waktu yang anda ada...adakah kita menggunakan semua itu demi kebaikan diri, keluarga dan orang2 tersayang, demi bangsa dan negara, demi agama? Apakah kebaikan yang sudah kita perjuangkan demi kebaikan daerah tercinta kita? Tidak kira besar atau kecil, masing2 kita punya ruang dan kapasiti untuk melakukannya. DO SOMETHING GOOD NOW FOR TOMORROW MAY NEVER COME! P/S: Selamat meneruskan puasa kepada semua rakan2 muslimin dan muslimat. Semoga mendapat keberkatan yang berlimpah dari-Nya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

H1N1 - Horlicks satu Nescafe satu ?

Assalamu alaikum,salam sejahtera salam sahabat salam 1Malaysia 1Marudu, Beberapa hari ini saya sebenarnya tidak begitu sihat malah ketika buat posting tentang pengalaman saya berpuasa dulu-duuulu di Tandek pun saya buat dalam keadaan sakit.Tapi semangat ingin bersama rakan-rakan secara maya di blog istimewa ini memberikan saya kekuatan. Malam selepas saya buat posting itu saya telah ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan dan H1N1 screening.Maklumlah sekarang kalau ada demam selsema sikit semua orang akan pandang sebelah mata sambil berfikir " aiyooo....selsema babi kah?". Memandangkan semua tanda-tanda ada pada saya maka saya fikir eloklah saya ke hospital segara demi mengelakkan jangkitan berterusan kepada anak-anak saya.Tambahan pula saya ini berniaga kedai kopi kalau saya tidak mendapatkan rawatan nanti belarian pula urang ketakutan hehehe.Oh ya saudara Carl S Adun,cafe saya masih di buka cuma sempena ramadhan ini kami berniaga waktu petang saja.Kalau ada masa singgahlah boleh kita sungkai sama-sama. Di QEH telah disediakan 1 kaunter khas untuk mendaftar bagi mendapatkan H1N1 screening.Kaunter ini terletak dibahagian luar wad kecemasan.Saya terus mendaftar disitu.Seorang jururawat yang manis mengisi borang dan bertanya jika saya mempunyai penyakit-penyakit tertentu.Tanpa berselindung saya katakan "O...saya asthmatic,pre-diebetic dan overweight." Yang overweight tu kalau saya tidak sebut pun dia tahu juga sebab saya ni gumuk macam buntal,kalau si Ming mau pancing buntal kota marudu naa..inda payahlah jauh-jauh. Setelah mengisi borang saya diarahkan untuk mendaftar sekali lagi di sebuah kaunter lain kali ini dibahagian dalam wad.Setelah membayar rm1 saya diberikan nombor giliran dan diminta menunggu diruang menunggu.Terdapat 3 zon disitu,zon hijau (non-kritikal) zon kuning (separa kritikal) dan zon merah (kritikal).Saya tidak tahu saya berada di zon mana kerana terlalu sukar untuk membezakan antara zon-zon tersebut kerana ruang terlalu sempit dan semua pesakit berada di ruang yang sama.Hanya daun pintu saja yang di cat dengan warna hijau,kuning dan merah. Didinding tertera carta bagaimana pemeriksaan akan dibuat. Pertama sekali 1st triage dimana pemeriksaan akan di buat oleh seorang pegawai kesihatan. Kedua 2nd triage dimana pemeriksaan akan dibuat oleh seorang doktor dan selepas itu keputusan akan dibuat samada anda akan di discaj,dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut atau terus ke bilik mayat. Addehh...inda la sia mau kalau itu paliiiisss paaalliis sooli gansai na' uzubillah tapi kalau sudah sampai masa apa boleh buat la kan,redha saja lah. Setengah jam saya menunggu akhirnya saya dipanggil untuk 1st triage.Setelah diperiksa saya diberikan 2 biji panadol.Lepas makan ubat saya diminta menunggu semula diruang menunggu. H1N1 screening belum dibuat.Diluar hujan semakin lebat pesakit semakin ramai malah ada yang dibawa dengan ambulans dari Lawas,Sarawak.Tertidur-tidur saya menunggu untuk 2nd triage dan selepas 2 jam barulah saya dipanggil. Saya dipanggil masuk melalui pintu berwarna kuning (zon kuning la tu separa kritikal) TETAPI anehnya bila berada didalam semua pesakit yang masuk melalui pintu merah berada diruang yang sama.Zon kuning dan zon merah hanya dipisahkan oleh meja kerja para doktor.Dan sedihnya lagi doktor yang bertugas malam itu hanya 2 orang.Tidak heranlah kenapa saya dan pesakit lain terpaksa menunggu berjam-jam kerana 2 orang doktor ini terpaksa mengutamakan pesakit-pesakit yang kritikal.Sewaktu sia dirawat terkial-kial bah itu doktor perempuan mencari dia punya salait (Torch Light) bikin suluh sia punya tekak.Begitulah diorang punya sibuk tempat kerja pun sempit.Disanalah peralatan perubatan disanalah segala borang mau di isi di sana lah segala-gala.Adess...bikin gila karaja duktur ini,dia tidak jumpa dia punya salait kana timbun karatas mangkali itu.Tapi inda apalah....nasip kau cantik sia bilang dalam ati.Adedeii.... Malam itu sekitar jam 12 dalam hujan lebat saya pulang tanpa melalui H1N1 screening sambil berfikir.....Apa sudah jadi? adakah ini masalah politik atau masalah kewangan sampai hospital yang suatu ketika dulu begitu gah namanya kini terlalu daif?.....di mana hak rakyat Sabah...apakah sebenarnya kedudukan rakyat Sabah hingga dinafikan hak yang paling basic untuk mendapatkan rawatan kesihatan.Saya tahu kerajaan telah membeli SMC sebagai ganti QEH tapi SMC tidak ada wad kecemasan atau lebih dikenali dikalangan orang sabah sebagai Bilik 17 Emergency Room.Semua kes-kes kecemasan terpaksa dibawa ke Bilik 17 QEH sebelum dihantar ke SMC. Ruang kerja,ruang menunggu di Bilek 17 ini begitu sempit sehingga jika ada pesakit yang diusung dengan stretcher terpaksa diletakkan dimuka pintu masuk utama sebelum masuk melalui pintu merah.Kaunter khas H1N1 screening berada di luar bangunan dan tak ubah seperti warung tepi jalan.Saya melihat pekerja yang bertugas disitu setia menunggu dalam keadaan hujan.Kasihan...... Saya bukan orang politik, saya hanya seorang warga Sabah yang ingin merayu....kalau ada rasa simpati kerajaan kepada orang-orang kerdil seperti kami tolonglah sediakan keperluan asas terutama sekali hospital.Rasanya terlalu janggal melihat sebuah hospital untuk rawatan sahaja yang berdiri gah seperti hotel (SMC) berada jauh dihujung kota dan sebuah Wad Kecemasan (Bilik 17 QEH) yang serba daif berada beberapa kilometer jauh daripadanya.Manakala sebuah lagi hospital untuk kanak-kanak dan wanita pula di tempatkan jauh di pelusuk kota di atas bukit (Hospital Likas).Sayugia diingatkan kedua-dua hospital ini walaupun gah dan kelihatan mewah tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.Pesakit yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital ini terpaksa berjalan kaki antara 1-2 kilometer untuk mendapatkan bas dijalan utama. (fikir-fikirkan lah,orang sakit boleh mati bah jalan kaki jauh-jauh turun bukit naik bukit.....janganlah heran kalau nanti ada yang teberanak disiring jalan,bukan semua orang di Sabah ini ada kereta.Kancil 2nd hand pun mahal bah untuk sesetengah orang disini) Kami undi BN 100% bukan minta gula-gula,tapi kami minta hak kami yang selama ini dinafikan dan kami minta pada orang yang bertanggungjawab.

MELONJAK LEBIH TINGGI...

Tajuk di atas adalah tajuk lagu. Orang kita angan2 tinggi, usaha rendah, maka pencapaiannya tak bertaraf dunia. Antara tugas pemimpin melonjakkan KPInya dan merangsang rakyatnya melonjak lebih tinggi. Sayangnya, ada pemimpin takut buat begitu kerana takut kena reject bila rakyat dah maju. Pemimpin begini karut marut. Sanggup menyembunyikan fakta untuk tutup kelemahan diri. Ini lebih karut marut... Ada rakyat rela kena karut marut...yang ini akibat mainan politik tali barut sang pengarut...

JANGAN CUKAI RAKYAT KAMPUNG YA!

Isu cukai pintu dan cukai tanah di kampung yang termasuk dalam area perbandaran MDKM telah SAM perjuangkan dan telah ada tindakan pihak kerajaan. Cerita lanjut akan ditulis oleh sdr Dinakan. Hal ini sudah saya sms pada Tuan DO dan yang lain2. harap lepas ini MDKM buat servis lebih bagus dan jangan kutip cukai di kampung2 selagi belum maju. Kalau tiada aral melintang, MDKM akan dapat dana lebih besar. Gunalah dana itu sebaik2nya. SAM tak minta sesen pun.

DI HUJUNG JARI KITA...

B3, T&G 3: sedang baring buat posting via Nokia E71 dengan talian 3G broadband celcom. Dunia memang makin canggih. Kecanggihan itu wajar diguna untuk perkara baik. Kini, dunia di hujung jari, kuasa di hujung jari, namun ada juga kuasa di hujung tanduk? Khusus untuk rakan2 bloggers, ayuh gunakan kecanggihan semasa untuk perkara baik. Hibur hati orang pun kebaikan, dakwah via sms, blog juga satu kebajikan. Komen anonymous yang pedas juga satu cara ke arah perubahan...yang penting kita memandangnya sebagai satu kebaikan...

Perjalanan Kemerdekaan 2

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Rumah budaya peribumi SABAH.
HONGKOD KOISAAN
Kota Kinabalu, SABAH.
Warisan Bangsa... mungkinkah hilang ketika tiada lagi yang memperjuangkannya
Fikirkan...di ambang 31 Ogos 2009