SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 25, 2009

Aku Tak Tahu Jalan Pulang!

Artikel ringkas ini adalah susulan daripada entri Sanguru, "Aku Ingin Pulang". Yang kemudiannya ditulis semula oleh Dr. Nellson dalam versi yang baru . Kedua-duanya mempunyai mesej yang tersendiri. Yang seorang ingin pulang ke gua pertapaan (mungkin pergi beruzlah untuk seketika, hehe). Sementara yang seorang lagi menyatakan keinginan yang kuat untuk pulang, tapi sedang menunggu masa yang betul-betul sesuai. Apa yang saya boleh simpulkan dalam masa kecederaan ini (sekejap lagi mau pigi office) ialah kedua-duanya ingin membawa perubahan di dalam masyarakat khususnya di Kota Marudu. Bagus! Tapi yang kurang enak didengar adalah apabila ada Permata Bangsa yang ingin pulang tapi, tidak tahu jalan pulang. Keliru dan bingung. Golongan ini terpinga-pinga mahu memilih simpang yang mana satu. Tersilap simpang, inda kau tepigi saaana Simpang Mengayau! Hehe... Usah gusar pak, jalan banyak telah dirintis oleh anak-anak Marudu yang berjiwa reformer. Blog bukanlah satu-satunya medan untuk berjuang. Tapi jika mahu yang mudah, murah dan cepat sertailah kami di SAM. Atau di sini. Apapun, pilihan di tangan anda samada mahu pulang atau tidak. Jika tak tahu jalan, bertanyalah...

7 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Salam Bro Umar GMC. Selamat Puasa ni hari.. Bro, kalau mau pulang tapi sesat sana di Simpang Mengayau ok lagi tu. Cantik lagi tempatnya. Buli buat kemah tangkap ikan sana... Hehehe..

Anonymous said...

hehehe..yang sandinya, kalo sesat masuk pi tempat bunian...naa..kaa...

Balsam.

SANGURU said...

x pa klu x pulang kg, berbakti dari jauh2 pun bakti juga. Era IT, bnyk cara berbakti. Klu semua pulang kg pn susah juga?

Anonymous said...

Sukung...Dari jauh pun bleh berbakti..

Balsam.

Gaaman said...

dimana saja anda berada, anda masih boleh menjulang nama Sabah(KM/Tandek/Pitas). Ayoo teruskan kecemerlangan dan kegemilanganmu agar bangsamu terbilang!..

SANGURU said...

senang saja. Taip "DS, kasihanilah KM", hantar ke xxxxxxxxxx. Mudahan PM ambil perhatian.
- just 1example, X susah berbakti, dari kita saja bah tuannn...

Umar al-Longobi said...

haha... bagus komen2 semua. lebih bagus drp artikel ringkas yg ditulis, teruskan! bah... dari kita saja betu. tidak lama dari sekarang, ramai yg akan pulang. harap2 mereka tidak singgah di Simpang Mengayau. teruslah ke KM (simpang kanan tu, haha). selamat!