SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 17, 2009

ANJAKAN PARADIGMA!

MARUDU INN, KOTA MARUDU: Program "REKOD 48 JAM UTARA.FM" yang sempurna dilaksanakan dari 14-16 Ogos merupakan anjakan paradigma kaum muda khususnya di Utara Sabah. Kombinasi para bloggers dan DJ Radio Online yang bersekutu dibawah nama KUSNET (Komuniti Utara Sabah) telah membuktikan bahawa tenaga muda amat diperlukan sebagaimana yang selalu diutarakan oleh para pemimpin. Pengisian slot siaran 48 jam yang direka sedemikian rupa telah membawa impak yang agak besar khususnya dalam membawa para pemimpin, artis dan NGO kepada masyarakat. Dan ini mendapat penghargaan daripada para pemimpin, artis dan NGO yang terlibat. Inilah julung kalinya ada usaha yang dilakukan oleh anak-anak muda tempatan khususnya di Utara Sabah. Hasilnya? Amat memberangsangkan! Sebagai contoh D'Sulap Entertainment secara rasmi menjadikan UtaraFM sebagai radion online rasmi bagi syarikat tersebut. Para pemimpin juga berjanji akan membantu dan mengadakan jalinan kerjasama untuk membawa kebaikan kepada masyarakat. Artis-artis tempatan seperti Hara Hanara Harun (finalis "Road To Bollywood 2009), Sundian Sapaun, Kumpulan WORM, Ridah Malanjang dan yang lainnya, turut mengiktiraf utara.FM sebagai rakan artis. Golongan warga emas yang diwakili oleh Tuan Hj. Omar Majun (mantan ADUN N6 Tandek 1971-1976) turut mengiktiraf Utara.FM sebagai radio online yang mesra rakyat. Manakala golongan profesional yang diwakili oleh Dr. Nelson Maisin turut mengalu-alukan usaha murni Utara.FM kerana membawa konsep yang unik berbanding radio komersial lain. Bukankah ini satu anjakan paradigma? Selaku penasihat Utara.FM saya SATU SUARA dengan ahli-ahli Utara.FM. Suara kami sama - "SUARA KAMI, SUARA MEREKA"...

4 comments:

Anonymous said...

Sebagai orang luar SAM, saya sangat bangga dengan apa yang anda pelopori di daerah yang mundur.

Saya ingin bertanya bukan mempersoalkan ya? saya cuma mau mendapatkan maklumat daripada SAM:

1. Apakah SAM mempunyai 'think-tank' yang terdiri daripada golongan professional daripada penduduk KM sendiri?Saya fikir ramai golongan professional org KM.

2. Saya cuma mencadangkan saja..dan bukan mengajar ok? Cuba ambil Model Kerja CUEPACS dan NUTP.

3. Apabila SAM kerja seperti CUEPACS dan NUTP, SAM memerlukan golongan pakar(professional) untuk
merangka kertas kerja/blue print cadangan membantu meningkatkan ekonomi penduduk,program pembangunan fizikal yang mampu menjana pendapatan penduduk, memperbaiki dasar2 PBT supaya lebih mesra rakyat, mengawal pertambahan PTI di kawasan KM... dan sebagainya....

Saya fikir SAM perlu mendekati golongan-golongan professioanl dari kalangan orang KM sendiri

SANGURU said...

SAM membuka pintu "bank" agar segala "think" tu blh masuk dalam "tank". Sudah banyak dlm "tank" tu dan baru sedikit yang menitis keluar. Titisan itu akan terus menitis. Tidak perlu dicurah terus, nanti "tank" itu kekeringan. Kelihatan saja org SAM ni bkn prof tapi mereka pro. Kdg2...pro lebh bagus dr prof semata2. Tq anony atas saranan. Kpd semua, silakan beri apa jua saranan.

Umar al-Longobi said...

satu anjakan yg bakal mencetuskan lonjakan! satu perkembangan yg menarik dan kesudahannya pasti akan dinanti2kan oleh semua. teruskan...

Carl S. Adun said...

Ya, working paper NUTP & Cuepacs misalannya...contoh ideal. Mirip kepada labor movement. Walau bagaimanapun, jika SAM bersatu & menjadi sebuah pertubuhan berdaftar, mungkin kita akan memiliki "bargaining power", buat "collective agreement" misalannya - we gonna be strong if we are unionized...