SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 30, 2009

Ayam naik kapal tarabang

Seminggu sebelum ramadhan, Ridwan pembekal yang membekalkan ayam serta daging ke kedai makan saya tiba-tiba tercegat didepan saya.Sambil tersengih macam kerang busuk dia mengucapkan salam. Ridwan : Assalamu alaikum Bos. Saya : Wa alaikumu salam wa rahmatullah,ada apa Ridwan? Ridwan : Aaa...aa...anu bah bos...macam susah juga saya mau kasitau tapi terpaksalah bos. Saya : Macam ada masalah ja ni Ridwan,terus terang saja bah. Ridwan: Harga ayam naik lagi bos. Saya : Apa....? Naik lagi ? Naik berapa? Ridwan: Naik 70 sen sekilo bos. Saya : Wahh!!....sekarang saja harga ayam sudah Rm8.60 sekilo,kalau naik 70 sen maknanya harga baru ayam sekarang RM9.30 lah.Ehh....gila ini Ridwan.Mulai bila kenaikan ini,tiada pengumuman pun? Ridwan : Sebenarnya dari kemarin lagi naik bos tapi untuk bos tidak apalah saya kasi naik mulai besok.Saya kira bos dalam Rm9.00 la kalau di pasar sekarang tidak lari Rm9.50 sekilo bos.Tapi saya tidak ikut harga dipasar bos. Itu antara perbualan saya dengan pembekal yang membekalkan ayam segar siap disembelih dan dibersihkan ke kedai saya.Sebenarnya hasil tinjauan saya sendiri harga ayam di Pasar Besar Kota Kinabalu bukan Rm9.50 TETAPI Rm9.70 sekilo.Saya tertanya-tanya kenapa harga ayam di Sabah begini tinggi berbanding Semenanjung Malaysia? Dan kenapa semua orang berdiam diri membiarkan saja hal ini terjadi?. Seingat saya kenaikan harga ayam sudah terlalu kerap dibuat daripada Rm6.20 sekilo naik kepada Rm7.30 sekilo kemudian dinaikkan lagi kepada Rm8.60 dan terkini Rm9.70 sekilo. Apa yang lebih menghairankan saya ialah perbezaan harga ayam yang terlalu tinggi antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dimana pada hari ini harga ayam di Semenanjung Malaysia ialah sekitar Rm6.00 sekilo.Perbezaan Rm3.70 sekilo. Hal ini pernah dikemukakan kepada seorang Timbalan Menteri Persekutuan (tak perlulah saya sebut nama beliau) ketika dalam lawatan ke Sabah tahun lalu.Menurut beliau perbezaan harga yang terlalu ketara itu adalah disebabkan faktor geografi dimana kedudukan negeri Sabah yang begitu jauh dari Semenanjung Malaysia menyebabkan kos pengangkutan yang agak tinggi. Faktor geografi? Memang ada benarnya bahawa kedudukan negeri Sabah yang agak jauh dari Semenanjung Malaysia meyebabkan adanya perbezaan harga barang kesan dari kos pengangkutan yang tinggi tapi takkanlah macam ni punya besar beza.....lagipun ayam yang ada di Sabah ini adalah ayam yang diternak dalam negeri.Kebanyakan penternak ayam di Sabah membuka kilang ternakan ayam disekitar Kota Kinabalu dalam kawasan antara 15-20 kilometer radius.Ada juga penternak di sebelah Tawau dan Lahad Datu yang menyediakan bekalan ayam segar di kawasan Pantai Timur Sabah. Ayam ini semuanya ayam tempatan bukan impot.Ayam ini tidak naik kapal terbang. Yang naik kapal terbang tu bukan ayam ....itu ayam-ayam...Yang itu baru ayam impot daripada Thailand,Filipina,China....kalau ayam-ayam impot ni mahal saya tak heran sebab ayam-ayam ni gebu-gebu semua....yang beli pun orang kaya-raya yang tak kira harga janji baaeekk punya.... Apa yang saya perhatikan ialah Kementerian Perdagangan cawangan Sabah macam tak buat kerja laa....kenapa saya kata begitu ? sebab saya tengok para peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu letak harga ikut suka.Saya sendiri buat tinjauan bukan saja harga ayam dan daging, harga limau kasturi sahaja pun berbeza-beza antara seorang penjual dengan seorang penjual yang lain. Hasil tinjauan saya peniaga yang meja jualannya agak senang di akses oleh pelanggan menjual limau kasturi pada harga rm6.00 sekilo,peniaga yang mejanya agak terlindung sedikit menjual limau kasturi pada harga rm4.00 sekilo,manakala peniaga yang jauh di tengah-tengah pasar dan agak susah di akses oleh pelanggan menjual limau kasturi pada harga rm1.50 sekilo.Jelas sekali tidak ada keseragaman.Malah turun naik harga barang seperti cili merah besar dan cilipadi juga tidak terkawal.Cilipadi contohnya boleh mendadak naik sehingga Rm45.00 sekilo daripada Rm8.00 Pernah sekali saya terkejut dan dalam masa sama merasa geli hati dek kerana gelagat peniaga di Pasar Besar,Kota Kinabalu ini.Saya sedang mencari-cari pisang sabah (pisang nipah) untuk dibuat goreng pisang.Kebiasaannya pisang sabah dijual mengikut biji tetapi seorang hamba Allah ini menjual berdasarkan timbangan....sekilo pisang sabah dia jual pada harga rm2.00.... bulat biji mata saya mendengar jual pisang sabah pakai timbang..? sejak bila...? kalau pisang berangan tu sudah kira lumrah tapi pisang sabah....ish pelik pelik. "kami ikut harga Brunei bah ni kak....kalau di Brunei semua memang pakai timbang,gila betul bah di sana...." Inilah jawapan peniaga tadi bila saya tanya.Brunei pula dia salahkan tapi dia ikut. Bahh...apa lagi pegawai-pegawai kementerian perdagangan (cawangan Sabah khasnya) bila lagi mau turun padang oooppss...turun pasar tinjau harga barang yang semakin menggila tu.Jangan duduk saja dalam opis ber air-con.Lepas tu kasi salah peniaga restoran dan kedai kopi konon-konon suka hati kasi naik harga.Fikir-fikirlah Bos,kami peniaga restoran dan kedai kopi pun END USER juga.Kami beli barang dipasar sudahlah mahal penat-penat lagi kami masak.Kami sudah kasi ADDED VALUE disitu,takkan kami nak jual murah-murah mana ada untung.Sekarang saja pun kami punya SALES MARGIN semakin kecil takkan nak jual BELOW COST pula.Takkanlah orang-orang kerdil macam kami yang tumpang-tumpang cari makan di tepi gantang ni yang kena ABSORB kenaikan harga tu..... Tolong-tolonglah bos...sudahlah kami ini miskin tambah miskin lagi.

18 comments:

SANGURU said...

ini entry blh dicalonkan entry terbaik tahun ini atau paling tidak ini bulan merdeka.
LAMPAU MEEDEKA BAH ORG/AGENSI DI SABAH:
1. Peniaga MERDEKA pasang harga
2. P/kuasa MERDEKA mau kerja betul atau tutup mata
BARANGKALI INILAH ERTI MERDEKA DI KEPALA OTAK MEREKA?
8ABI YG BAWA SELESEMA BABI PUN X SETERUK ORG2 INI.

Umar al-Longobi said...

periuk nasi rakyat perlu dijaga oleh pemimpin melalui khidmat petugas2 mereka. biar sama2 kenyang dan sama2 lapar. kalau boleh biar pemimpin itu menyamar spt org awam dan pergi ronda2 kawasan pasar. itu baru nama pemimpin!

SANGURU said...

alasan kos penerbangan? Bah klu begitu, dlm kes tertentu, misalnya bikinlah kilang minyak sawit di sabah. Tp sy dengar org seberang x benarkan pula. Last2 negeri terbanyak buah sawit, beli minyak lebih tinggi. Mereka MERDEKA buat keputusan.
Saya risau, kalau hal harga gini berlarutan, kita berada d negeri termiskin dgn kos idup tertinggi! Bah, matilah kita...

SANGURU said...

ending ni crita, end users la jd mangsa utama. Moralnya, ender2 ini mestilah kuat dan rajin bersuara mcm SAM? Hehe...gurau tp ini saja cara (tolaklah dulu demonstrasi ala anwar. Hehe) pengguna blh tunjuk the rights of consumer, the power of csumer dll. Bila dikaitkan dgn TEMA MERDEKA pula, kita2 ini gunakanlah HAK MERDEKA utk bersuara, nada kita, budaya kita...

SANGURU said...

sdr umarku,
Ada meh masa dorang menyamar dan meronda? Sy x brapa yakinnnnnn....tp ngam juga klu kita minta. Ngam jg klu PM arahkan yb2/MP2 ada kuasa menyaman, dll.
Paninggg kita: 1barang, 2,3Harga!!
Alamak, terlebihhh sudaaa...

Umar al-Longobi said...

tiada masa sanguru...hehe. tapi kita mau kasi angkat pemimpin yang punya masa. bermula di KM ini. apa mcm sdr. kyro? hehe..

RIDWAN.ct said...

Ini lah yg tidak menyenagkan kita.... Kita kena menjerit kepada yg diatas barulah yg dibawah mengelabah nak cari itu dan ini. sudah kita tersepit habis barulah datang dengan geragji murah dan tumpul utk menyelamatkan kita...... sebut merdeka! merdeka! si penyangak merdeka lagu.... aduhhhhhh

SANGURU said...

ini ridhwan utara.fm ya, bkn ridhwan dlm cerita pasal ayam c kyro ni. Hehe...
Antamm sama dia batman!

kyro said...

Itu baru ayam...banyak lagi tu....kita punya sawit urang punya duit,kita punya petroleum urang lain control diam-diam,bila la kita merasa hasil bumi sendiri ini.

Sanguru,tiada juga pertandingan entry terbaik bah kan tapi kawan2 di luar sana marilah sama-sama kongsi pengalaman membina mudah-mudahan orang2 tertentu yang baca buka mata buka hati.Sampai masa sudah kita nikmati hasil bumi sendiri.

SANGURU said...

sumangat terusss kitaaa...bumi kita punya, hasil siapa punya? Kita punya! (sepatutnya)...

Anonymous said...

anony fr. KK said:
Adussssss dasattt gilerrr nihhh
Wong kk lowong kok?
Angkat rotanmu pak, rotanin mereka. Wah enak ajaaa naik2 harga. Suka2! Brengsekkk

Sulaiman Hanim said...

Salam dan Syukur kehadrat Allah swt...Kerana hari ni membolehkan saya menulis lagi d SAM d bawah artikal Sdra Kyro.Artikal Sdra Kyro memang saya setuju 120% bah.Sebenarnya lama sudah saya nak tulis/komplin surat secara resmi ke Hal ehwal pengguna Negeri tetapi kesuntukan masa,Yah hari ini kebetulan saya nak balik ke Kampong nah on dulu PC saya dan lihat SAM nah saya terlihat tentang artikal Sdra Kyro,Dengan Tajuk harga barang2 yg d jual d Sekitar KK ni memang saya persetujui.Bermula dari Kedai Kopi Pak Din d Sinsuran bersebelahan dengan Restoran Seri Sempelang menjual Ikan bakar ayam laut sebesar/seberat 650 gram dengan harga Rm:28 ringgit seekor (Restoran ini memang d punyai 100% org Asing dan pekerjanya 100% asing)...Memang harga tidak d Pantau dari Hal ehwal pengguna negeri Sabah,D samping itu juga harga Ikan d Pasar Ikan KK (Philippine)dan Sayuran d Pasar KK (Indonesia)mereka senang2 melonjakkan/menaikan harga Ikan dan barang2 sesuka hati mereka tanpa pemantauan dan Penyeliaan yg bagus oleh Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah. D samping itu juga (PATI/Pemagang IMM13) penjualan DVD/VCD porno & Rokok Duty free berlaluasa d sekitar Sinsuran dan Ibu negeri Sabah.Saya hairan kenapa Jabatan2 yg d berikan Peruntukan dan Undang2 penguatkuasaan tidak bertindak secara effisien dan efektif?...Seolah olah mereka ada d belakang sindekit ini dan berkongsi dengan mereka d dalam penjualannya....? Yang menjadi mangsa adalah PENGGUNA dan seolah olah orang asing yg mempermain mainkan harga kepada masyarakat tempatan tanpa ada tinjauan dan penyeliaan oleh pihak berwajib dan bertanggung jawab kepada Rakyat dan pengguna negeri ini....

Little Mike (LM) said...

sdr. Sulaiman Hanim... jika ada sebarang isu yang saudara kira perlukan perhatian dan yang ingin disiarkan, saya selaku editor emel pembaca akan cuba mengetengahkan isu yg saudara bawa mengikut ketetapan SAM. Jika diluluskan oleh panel penapis SAM, artikel akan disiarkan di SAM atas persetujuan saudara juga.

boleh emel sya di little_mike@mailcity.com

pandangan saudara dan isu2 semasa yg saudara bawa amat2 kami hargai di SAM... dan saudara boleh maklumkan saya jika ada emel saudara melalui no hp saya 0192857457

SANGURU said...

sgt setuju dgn sdr sulaiman hanim. Semacam ada dalang disebalik kebebasan dan "KEMERDEKAAN" orang asing. Siapa yang mahu peduli sgt kepentingan kita? Inilah susahnya...

One said...

Kalau begitu kyro, bagus saya piara ayam kampung di kampung saja. Ko ambil setiap 2 minggu sekali ka. Ayam kampung yang makan jagung, cacing n sebagainya... saya bagi ko yang muda saja, nanti kalo yg tua endah laku pula lauk ko. Kalu pekerja ko yang tangkap sendiri boleh less. saya boleh bagi rm4.50/kg. mcm mana? hehehe....

Anonymous said...

[ tu baru ayam...banyak lagi tu....kita punya sawit urang punya duit,kita punya petroleum urang lain control diam-diam,bila la kita merasa hasil bumi sendiri ini]

Sdr..Ada satu cerita, tia tau betu ka tidak....

Ada saturang orang kampung...Besar betul tanah dia, luas lagi tu...banyak pokok buah..Mangkali dia tidak puas sama tu pokok2 buah yang ada, dia pun bepikir2 mau tambah pokok buah di kebun...Tapi, dia teda modal.

Pikir punya pikir, ntah macamana dia terpikir mo jumpa saturang tukang ceti..Pigilah dia meminjam, dengan cagaran tanah dan pokok2 buah yang ada..banyak juga dia pinjam ooo...

Naa...bila sudah dikasih cagar itu tanah, inda sudah bebas si kawan menuai2 buah...Kalau dulu, dia senang2 ambil, senang2 makan, senang2 jual. Sekarang...ambik durian sebijik pun kena bayar..baru harga berlipat2 kali ganda..Semua pasal desakan kemahuan yang patut buli2 lagi dikasih hindar...Tapi apa buli buat, nasi suudah jadi bubur...

Sakit ati ooo...makan buah dari kebun sendiri kena bayarrr...bayar berganda2 lagi tu...

Balsam.

One said...

I2 la 2.... kalo cakap silap sapa...susah juga mau kata.... rasa2nya silap orang A sampai orang Z.

Kalo mau kasi betul...sangat payah tapi x mustahil...

Tapi harus kasi dibetul juga....

Sapa mau jadi Ted Kennedy? ai... betulka saya eja 2 ah..?

SANGURU said...

enrty yg siuk tambah siuukkk bila bnyk komen yg siiiiuuuukkkk2...BUAT SAYA BERFIKIR.