SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 30, 2009

Banglo RM2.8j Diruntuhkan.....

Banglo RM2.8j dirobohkan?? Ini tidak termasuk nilai tanah yang mencecah RM150 per kaki persegi. Jumlah keluasan tanah ini lebih kurang 9 ribu kaki persegi. Maknanya, nilai keseluruhan melebihi RM3 juta. Apa agaknya wang sebanyak itu dapat kita lakukan untuk daerah kelahiran kita? Hmm.. Ini antara gambar yang sempat saya rakam. Sebenarnya rumah ini telah lama siap dibina pada tahun 1999 tetapi tidak pernah diduduki oleh tuan rumah kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Bulan lepas, pemilik baru telah membawa masuk design baru dan rumah ini menurutnya tidak memenuhi citarasa yang diinginkan (tapi saya kira feng sui mempengaruhi jutawan ini untuk membina banglo baru mengikut binaan yang boleh mendatangkan tuah kepada pemiliknya). Katanya mau bina banglo 3 tingkat. Kalau di kampung, jangankan rumah batu, rumah papan yang telah siap tapi dirobohkan kembali atas alasan reka binaan tidak cantik pasti dianggap membuat kerja gila dan menjadi bahan ketawa orang. Di kota, lain pula cara mereka berfikir. Sesiapapun berbangga bercakap tentang wang yang banyak dan boleh melakukan sesuka hati sahaja menurut apa yang diingini dan tidak akan ada sesiapa yang mempertikaikan malah saling berbangga kekayaan yang dimiliki bangsanya. Gambar ini saya rakam menggunakan HP Nokia 5320. P/S: Jumlah wang sebanyak itu mampu membuatkan landskap satu parlimen ceria dengan kemajuan dan pembangunan. Di Kuala Lumpur, individu kaya mengangap nilai jutaan wang ini sekadar satu jumlah yang melambangkan keseronokan peribadi. Bangsa kita, kini dan selamanya jangan ada mentaliti seperti ini. Orang kita kalau sudah mulai merasa nikmat kekayaan, usah lupa untuk mempertahankan kesederhanaan sikap dan cara sambil mensyukuri dengan rendah hati pemberian Yang Maha Kuasa.

8 comments:

SANGURU said...

ades ades ades nar! Nanari! (slang dusun kimaragang utk meluahkan keterkezutan), lampau banyak duit, kemahuan tak terhad, duit pun tak terhad....

SANGURU said...

safety 1st kaitu mike pakai topi. Wajah yang telus buat kerja d lapangan. Tentu mencabar! Teruskan tuan...

Little Mike (LM) said...

ada waktu cabaran turun naik.. jika naik, terpaksa menyelongkar cara. jika turun (rehat dari di cabar 'kerja') pelan2 menyelongkar hikmah...

safety 1st tuan sanguru... dalam keputusan, dalam perancangan, dalam perjalanan.. perlu ada 'safety 1st' juga... perlu ada plan B.. perlu ada cara.. hehe demikian la namanya perjuangan di arena lapangan mana pn

SANGURU said...

izinkan sy ckp momogun sama tn mike:
Aiboo aralom ino...nga apaham dagai e'...

One said...

Rezek dia orang... kalau siapa2 orang kita yang sudah kaya begitu, ingat2 orang pendalaman... buat satu bangunan yang ok sikit ka..

Little Mike (LM) said...

one...
mmg benar itu rezeki mereka. Tidak salah memiliki kekayaan... setuju bila org kita kaya, bantu2 la orang susah... mudah2an pertolongan sebegitu dapat meringankan beban

SANGURU said...

ya...kita perlu melahirkan atau bantu melahirkan org kaya kita, yg blh membantu2 org kita.

Anonymous said...

Jangan2 Dr.Max punya rumah yg dia mau bikin d KL mungkin tu Mike? Almaklumlah pemimpin kita sekarang ni memang g2 lah minda d org kioh...