SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 24, 2009

CARE FOR THE POOR

Sempena bulan Ramadhan ni...
Jika menjamu juadah di KFC, poster ini pasti kelihatan... Di samping menikmati makanan tu, sila2lah menderma dengan membeli notepad ini dengan harga hanya RM2 setiap satu.

16 comments:

One said...

Ya! mari kita menderma!

satu soalan saya: Siapakah penerima derma itu?

Wah! kalau sebahagaiannya pergi ke orang2 KM yang 'hardcore poor' buat belanja sekolah bagus juga ya?

Anonymous said...

inilah bagusnya SAM. Mcm2 entry. Teruskan ya.

SANGURU said...

ya, kdg2 sy terfikir juga...seperti yang ONE maksudkan. Itulah sebab, kita perlu ujudkan dana yg boleh direct bantu org susah d KM. Itulah sebab, tiap tahun sy lebih suka direct kasi zakat kpd org kita yg susah, kebetulan x salah beri kpd mereka. Mereka berhak menerima zakat fitrah. Cuma "rugi la" sb x dpt pelepasan income tax. X kisahlah...

SANGURU said...

tp ok jg bah masukkan derma dlm tabung tu. Kemana pun dan siapapun org susah yg dapat, yg pasti kita dapat pahala. Sama2lah kita masukkan berapa2 yg kita ikhlas.

Tompinai said...

mungkinkah pada masa akan datang nnti SAM akan mengwujudkan tabung khas utk membantu org2 susah di daerah KM? Takut pula nnti ramai lagi yg akan pandang serong dgn SAM..bertambah lagi nnti anti-sam..

Gaaman said...

ngam jga tu tompinai, utk elakkan 'cakap2' anti- SAM, penyata akaun hendaklah telus spya wang msuk dn keluar suma jelas.
kekadang terfikir jga betul2 kah wang derma(tabung2 yg ada di supermarket, station minyak or kdai2) tu sampai kpd sasarannya or sebaliknya, sbb selama ni x pernah ada pengesahan dr mana2 jab/organsasi yg memklumkan kpd publik jumlah wang yg dipungut.

ison said...

Thanks One kerana membuka ruang perbincangan ni.

Hehe... saya pun tak kisah juga duit tu akan sampai kepada siapa. Yang penting kita ikhlas menderma, seberapa yang kita mampu dan mahu.

Tentang tabung SAM tu, memang patutlah diwujudkan tu, dan saya kira itu memang masuk dalam agenda perbincangan semasa perjumpaan nanti.

Bagi saya, tak kisahlah ada orang anti atau uncle terhadap SAM ni. Yang penting, sekali lagi, kita buat kerja dengan ikhlas menurut ukuran iman kita masing2.

Orang yang anti SAM tu pun berhak juga menerima berkat Tuhan. So, sama2lah kita terus buat amal ibadah menurut cara kita masing2.

Renung2kan dan selamat beramal... ;)

SANGURU said...

lulus bilang org2 SAM. Nda payah kita bertangguh buat benda baik spt mana kita x bertangguh bikin SAM ni dulu.

Kami dalam SAM sangat saling percaya. Tak perlu tunngu ada akaun sendiri dsb. Selama ni pun projek SAM jln lancar dgn konsep rukut2. "mirurukut sid kowosian"...

SANGURU said...

SAM boleh dan telah buat rukut2. klu tiap orang SAM rukut2, 1famly miskin boleh senyum sudah. kami dlm SAM pernah hidup sgt susah, org susah x perlu 1juta, 1ringgit pun blh buat mereka ceria wpn seketika. Ayuh SAM kita mulakan. Demi mendapat keredhaanNya...

Tompinai said...

Ba..bila kita mula mirurukut ni..yang penting kita memberi secara ikhlas. Saya lampu hijau saja nii..SAM tetap mantap.

Carl S. Adun said...

Lama sudah beini niat mo join badan-badan kebajikan nie masa waktu di kampus dlu lgi...inda tau knpa inda jadi-jadi...sedih jga tingu gambar budak-budak tu....mungkin klu ada masa mo cari satu badan kebajikan..yala...sudah sampai masa kita beramal....

Carl S. Adun said...

Kota Marudu kita ada Max the iron man, Anita Baranting the iron lady...jadi sepatutnya agenda meng"zero defect"kan hardcore kemiskinan tu jdi agenda utama..uii apa jdi nie....

Gaaman said...

mungkin dah sampai masanya kitaorang harus dan TERPAKSA kisah(ambil tahu)ttg apa yg diberi itu seharusnya sampai kpd penerima tepat. Dgn kata lain 'sistem/kaedah penyampaian' MESTI betul dan tepat. Setuju atau tidak, suka atau tidak, sebenarnya kemiskinan (pembangunan, peluang, dll)yg telah berlaku(msh berlaku) di KM(Sabah keseluruhannya) adalah disebabkan oleh sikap "org kita"(moyang/datuk/nenek/ibubapa) yg TIDAK KISAH(AMBIL TAHU)- mgkn krna buta huruf/tdk berpendidikan.
Tapi yg kitaorang ni??...
apapun syabas kpd SAM kerana mula AMBIL KISAH/PEDULI dgn keadaan sosio ekonomi dan pendidikan di KM.

Little Mike (LM) said...

saya sudah menderma... hehe

One said...

Saya fikir SAM kena ada BANK AKAUN juga. Mungkin ramai orang2 KM yang bekerja di perantauan dan ingin menderma. Bagi orang2 ini salah satu cara yang paling mudah dan menyenangkan adalah menderma secara online (Transfer Fund).

SANGURU said...

ok ONE, SAM cuba atur. Kita d SAM kekalkan jati diri agar orang yakin. Keyakinan itu yg penting. Klu keyakinan dah hilang, abisss cerita. Mudah2an Tuhan berkati...