SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, August 19, 2009

DUN Langkon

Ketua Bahagian UMNO En. Wetrom sedang di wawancara oleh Dj. Aldusuni bersama Dj. Rumput, ketika mencipta sejarah bersiaran 48 jam di Kota Marudu.
ARKIB : 18/08/2009-utusan malaysia Wujudkan semula kerusi DUN Langkon
KUDAT 17 Ogos - UMNO Bahagian Kota Marudu meminta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkon dalam Parlimen Kota Marudu diwujudkan semula bagi membolehkan UMNO memperjuangkan nasib penduduk di kawasan itu. Ketuanya, Wetron @ Mohd. Fikri Bahanda berkata, cadangan itu ditimbulkan bukan bermakna masyarakat di situ diabaikan tetapi kerana Kota Marudu sebuah daerah luas. "UMNO tidak mahu rebut kerusi atau kacau kuota komponen Barisan Nasional (BN) lain, kita mahu hubungan sesama kita kekal sampai bila-bila, tetapi kita juga mahu menyumbang. "Kita harap melalui persempadanan baru yang dicadangkan, UMNO Kota Marudu akan diberi kerusi melalui pengwujudan semula DUN Langkon yang dibatalkan sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kudat dan Kota Marudu yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan di Dewan Tun Mustapha di sini semalam. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Ketua UMNO Kudat, Bolkiah Ismail. Kerusi DUN Langkon sebelum ini dimiliki Parti Bersatu Sabah (PBS) dan dibatalkan setelah persempadanan semula dilakukan iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-9 pada 1995. Fikri berkata, kewujudan semula kerusi DUN Langkon adalah perlu memandangkan Parlimen Kota Marudu hanya mempunyai dua kerusi DUN iaitu Matunggong dan Tandek. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UMNO Kota Marudu berharap daerah itu dibangunkan dengan projek pertanian berskala besar bagi membantu penduduknya. Katanya, rata-rata mereka adalah petani yang masih hidup di bawah paras kemiskinan dan amat memerlukan bantuan kerajaan. Sementara itu, Bolkiah yang juga ADUN Pitas menyeru ahli-ahli UMNO supaya merapatkan barisan dan melupakan perbalahan atau rasa tidak puas hati selepas pemilihan parti baru-baru ini. Jelasnya, jika ahli-ahli UMNO terus bersengketa, perbuatan itu hanya akan merugikan parti sedangkan UMNO perlu bangkit dan memenangi pilihan raya umum akan datang.

3 comments:

SANGURU said...

SAM dah lama perjuangkan ini. Tahniah kerana orang politik pertegaskan lagi. Memang tuan2 lah yang paling layak/wajar memperjuangkannya. Cuma satu permintaan orang NGO ni (saya): kalau dah wujud kawasan itu semula, jangan berebut-rebut. Berikan kepada yang BERHAK atau lebih berhak. Kemudian, bila yang BERHAK sudah dapat - JANGAN SAKITI RAKYAT, KERANA ITU AKAN MENYAKITKANKU. BILA AKU DISAKITI, AKU AKAN BANGUNNNN...(mungkin bersama rakyat?)

Pyan Krista said...

bangkit? kenapa itu bayau, mati sudahkah? atau nalamasan bilang org bukit..

Carl S. Adun said...

yala..klu area/Constituency tu terlalu luas, payah jga YB mo implemenkan agenda pembangunan secara berfokus, contohnya. - the medium scale would be better as the attention would be much more focused.Rasanya baik jga diwujudkan semula Dun Langkon nie...Kongsi2 la kualiti kepimpinan untuk bantu rakyat..butul ba kan...