SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 30, 2009

DUNIA MUNGKIN BERDEPAN VIRUS BARU H1N1

ROM: Pengesanan virus H1N1 dalam ayam belanda di Chile menimbulkan kebimbangan bahawa ladang ternakan ditempat lain di dunia juga boleh dijangkiti virus influenza yang pandemik dan sedang menular sekarang di kalangan manusia, Kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian ( FAO) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin. Menurut satu laporan agensi berita Xinhua di China, FAO berkata pihak berkuasa Chile melaporkan minggu lepas bahawa virus baru H1N1 wujud dalam ayam belanda di dua buah ladang dekat pelabuhan tepi laut, Valparaiso. Virus selesema yang ditemui dalam ternakan itu sama dengan virus pandemik A (H1N1) yang kini sedang menular dikalangan manusia di seluruh dunia, kata agensi PBB yang berpangkalan di Rom itu. Namun demikian, FAO berkata penemuanvirus itu dalam ayam belanda tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kesihatan manusia, dan daging ayam belanda masih dapat dijual secara komersil ekoran pemeriksaan veterinar dan pemprosesan bersih. "Reaksi pihak berkuasa Chile kepada penemuan H1N1 dalam ayam belanda - iaitu laporan kepada organisasi antarabangsa, melaksanakan kuarantin sementera dan keputusan untuk membenarkan agar unggas yang dijangkiti pulih dan bukan membunuhnya - adalah tindakan betul dari segi saintifik," kata Ketua Pegawai Veterinar Sementera FAO, Juan Lubroth. "Apabila unggas yang sakit sudah pulih, pengeluaran dan pemprosesan selamat dapat diteruskan. Ia tidak menimbulkan ancaman kepada rantaian makanan," kata Lubroth. Virus H1N1 sekarang merupakan campuran dari gen-gen manusia, babi dan burung dan terbukti sangat berjangkit tetapi tidak lebih teruk berbanding virus selesema bermusim biasa. Namun demikian, dari segi teori ia mungkin boleh menjadi lebih bahaya jika ia menambah kebisaan dengan bergabung bersama H5N1, lebih dikenali sebagai selesema burung, yang jauh lebih bahaya tetapi lebih sukar untuk menular di kalangan manusia, agensi PBB itu menjelaskan. "Chile tidak ada selesema H5N1. Di Asia Tenggara dimana virus itu menular dengan berleluasa, pengenalan H1N1 dalam masyarakat disana adalah lebih membimbangkan,"kata Lubroth. FAO turut menggesa kerajaan supaya meningkatkan pemantauan kesihatan dikalangan haiwan-haiwan dan memastikan panduan amalan pertanian yang sihat dan baik dipatuhi, termasuk melindungi pekerja ladang jika haiwan sakit dan tidak membenarkan pekerja sakit mendekati haiwan. - Bernama
SUMBER: UtusanBorneo ( 29 Ogos 2009 , Sabtu, m/s 29 ).

6 comments:

Umar al-Longobi said...

moga kita dijauhkan drp wabak ini. selain meningkatkan kecekapan dari segi perubatan, perlu juga bah tingu2 yg di atas? solat hajat ka.. ikut agama masing2lah. yg di masjid, masjid. gereja, gereja. kuil, kuli dll...

NONG said...

saya terbaca dalam satu blog bahawa virus H1N1 ini sebenarnya adalah virus ciptaan.Kalau betul la, teringat saya satu cerita bersiri di tv dulu yang bertajuk MILLENIUM bahawa manusia akan pupus dengan sejenis virus berbahaya dan hanya mereka yang menciptanya saja ada penawarnya..

Semoga TUHAN melindungi kita semua.

One said...

ikut nasihat KKM....
1.Pakai penutup mulut dan hidung
2.Gunakan sabun penyah bakteria
3.Jaga kebersihan
4. Apa lagi tu ah...?

Ada kemungkinan dan x mustahil ada H1N1 baru... kerana virus boleh bermutasi.

Anonymous said...

Ada kemungkinan dan x mustahil ada H1N1 baru... kerana virus boleh bermutasi.

Sdra One,
Betul tu...virus ni pun pintar juga bah kan? Pandai menyamar n bermutasi . Kalau perompak merompak kali pertama, dia guna strategi 1...bisuk2, kalau dia p merompak lagi, takkan dia pakai strategi 1 juga...misti dia mau ganti2 ikut keadaan...Tapi indalah pula dia jadi mutant. Buli panggil mutant kaitu perumpak aa?

Balsam

One said...

i2 perumpak x mutant 2 tapi bijak jahat!

x apa... lawan dgn bijak baik... lama2 yang baik menang juga....

SANGURU said...

one, setuju...lama2 yg baik menang jg...