SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, August 5, 2009

FAHAMI.... LAYAK KAH CUKAI DIKENAKAN DI KM

Cukai Pintu bertujuan untuk memudahkan segala urusan berkenaan dengan cukai perkadaran yang perlu dijelaskan oleh pemilik harta. Cukai yang dimaksudkan termasuklah cukai pintu bagi harta yang berada di dalam kawasan perkadaran (rating area) dan cukai tanah bagi tanah yang berada di luar kawasan perkadaran. Untuk makluman, Bagi kawasan perbandaran sahaja yang boleh dikenakan cukai pintu. Manakala, kawasan luar bandar seperti kampung yang masih belum mempunyai kesempurnaan infrastruktur, tidak termasuk dalam plan pembangunan bandar, rata-rata taraf hidup penduduk masih dibawah paras rm1,000 sebulan adalah tidak layak untuk dikenakan cukai kadaran. Cukai Tanah ialah jumlah wang tertentu yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa di bawah Kanun Tanah Negara. Cukai Taksiran / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman (taman perumahan), perniagaan, perindustrian dan tanah kosong (kawasan bandar). Tiada pihak yang boleh mengenakan atau meluluskan cukai secara tiba-tiba atau mewartakan kawasan cukai secara tiba-tiba disesuatu daerah, jajahan atau wilayah tanpa dibahaskan terlebih dahulu di Dewan Negeri atau Dewan Negara. Kesalahan menyalahgunakan kuasa termaktub dalam seksyen perlembagaan. *cukai tanah di bawah Seksyen 100 Akta Kanun Tanah Negara. Bagi Cukai Taksiran di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

14 comments:

PARCEL C said...

mengikut tilikan patik, mmg tak layak rasanya diadakan cukai di kawasan yg sanguru katakan tu.

tapi, x taulah coz ktorg pun blm smpi km.

umas mato said...

bagi saya, kalau mengikut akta tersebut atau syarat kawasan keluasan perbandaran yg boleh dikenakan cukai pintu. kawasan spt ini tidak wajar, tidak perlu, tidak layak dan tidak munasabah...

sokong Sanguru.

Anonymous said...

kota marudu sudah maju, rasanya wajar dikenakan cukai pintu untuk kawasan yang dikenalpasti bakal membangun pada 20thn akan dtg.

cuba renungkan, tanpa cukai apa pembangunan boleh dibuat di km?

harap semua pembantah yang tidak puashati berhubung perkara ini haruslah tampil dan buktikan ketidak layaknya perkara cukai dikenakan kpd org kg.

sedang d kk dan kl pun kampung2 d kenakan cukai juga bah.

Presint 3 said...

anon... anon...anon... awak faham tak, apa maksud 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'?

kalau gitu.. nmpk sgt awak sokong cukai tu, rasanya awak layak di beri prinsip 'awak ANON DIBELAKANGKAN, DUIT ORG KG awak ANON UTAMAKAN'

it (AG) said...

TERIMA KASIH DAN SYABAS KPD TUAN DINAKAN KERANA MEMBERI SEDIKIT INFO BERGUNA INI SEBAGAI MAKLUMAN KEPADA MEREKA YANG KURANG ARIF DALAM HAL-EHWAL 'AKTA, PERANAN, KUASA DAN KAJIAN'

INFO INI JUGA DIHARAP DAPAT DIJADIKAN 'POINT' KPD PEMBANTAH NANTI 13 OGOS NI.

Umar al-Longobi said...

bagus! info yg ditunggu2.

shariff said...

Ngam... saya dah faham info ni. nampaknya ada yg tidak kena dlm pengurusan pentadbiran MDKM.

Anonymous said...

hapus kan cukai... ayuh semua.... bantah cukai ini...

PUTERI NONG said...

Cukai memang patut dibuat tapi biar kena pada tempatnya...

SANGURU said...

anon yang kemaruk cukai. Dengar sini sejelas2nya:
1. Saya/rakan2 tidak membantah cukai dalam kawasan perumahan area pekan Kota Marudu. Bahkan kerana memahami maksud sdr, antara kami sudah membayar sekitar RM300 setahun kepada majlis.
2. Yang saya/rakan2 bantah ialah cukai di area kampung khususnya di pekan Tandek yang masih daif.
Apakah anon mau suruh orang kampung "collection" duit, kasi dengan majlis untuk membangunkan kota marudu?
Ini kerja sangat zalim! saya ulangi - SANGAT ZALIM!
Dan sekiraya "dana dari orang2 kampung" itu sudah ada misanya, apakah ada jaminan, dan siapakah boleh jamin yang pemberi cukai itu (orang kampung) akan mendapat perkhidmatan standard dari MDKM?
Untuk pengetahuan anon, perkhidmatan MDKM di kawasan perumahan dekat pekan kota marudu hanya pungut sampah dari beberapa tong sampah yang diletak dekat jalan raya! Tidak ada pemungutan sampah dari rumah ke rumah. Itu saja perkhidmatan! mana perkkhidmatan lain sebagaimana yang sepatutnya?
Nah, inilah cerita dan rasionalnya. Jngan kata SANGURU ini hentam keromo, tidak rasional, anti pembangunan dll. SASNGURU ini rasional bahkan mengimpikan pembangunan untuk dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. SANGAT MENGIMPIKAN. SYA ULANGI - SANGGGGATTTT MENGIMMPIIKAN...namun realitinya - KOTA MARUDU DAERAH TERMISKIN DI MALAYSIA...
SEDIH AKU MENJADI RAKYAT MARUDU KALAU BEGINI.

Nota: Ada sesiapa boleh suruh DS Najib baca keluhan sanguru bagi pihak rakyat ini?...

SANGURU said...

alang-alang berforum biar jelas!
Siapa anon yang kata KM sudah maju? Ya, saya tahu ada individu/pihak tertentu yang mahu fakta sebenar diselindungkan. Tapi minta maaf, bukan dengan sanguru anda boleh pakat menyelidungi kebobrokan dan fakta sebenar.

Beberapa tahun lepas, sanguru inilah yang menyelamatkan pelajar di perbukitan agar terus menerima bantuan KWPM. Ceritaya begini: ada pegawai dari atasan, panggil pengetua2/guru-guru besar. Itu pegawai kata, lampau ramai penerima KWAPM dari KM. Seollah-olah lampau ramai miskin! Katanya, ini bercanggah dengan kenyataan menteri...
SAYA TERUS BERDIRI DAN AJUKAN SOALAN SERTA PERNYATAAN:
1. Saya tanya pada peg. tersebut: Tuan, boleh nyatakan kepada kami, siapa menteri itu?... - tiada respon, pegawai hanya senyum-senyum.
2. Kemudian saya beri prnyataan: Kata saya, tuan, data pihak sekolah lebih tepat daripada data sang menteri. Kami yang paling rapat dengan masyarakat, paling nampak realiti di kampung-kampung terpencil, di bukit-bukit...
3. Akhirnya saya tegaskan: Saya bagi pihak semua pegawai yang hadir, mendesak kepada pihak atasan agar mmeneruskan bantuan KWAPM menurut syor sekolah, selagi ada dana...

Dipendekkan cerita, pegawai itu akhirnya buat rumusan: ....jikalau demikian, teruskan saja. Buat kerja sebaik-baiknya.

Tujuan saya cerita kisah lama ini bukan sesekai meminta puji, bahkan untuk mematahkan hujah-hujah sangat rapuh sang anony. Jangan sesekali ada antara kita yang memanipullasikan fakta dan data. Jangan sesekali menganiayai sesama manusia khususnya orang-orang kampung. Jika tidak, bala akan tiba. BALA DAH TIBA SEBENARNYA - ada di sekeliling kita. Fikir-fikirkanlah...

Akhirnya, maafkan saya menulis semua ini dengan cara begini. (Senjata telah lama saya tinggalkan, aku kini baik ke kampungku. Senjataku kini adalah pena/laptop...hehehehe...)

Little Mike (LM) said...

pihak yang berkenaan, jangan lupa mengambil perhatian suara rakyat. Sila-sila la ambil waktu membaca artikel ini. info tambahan kepada yang berkenaan...

Anonymous said...

ANON YG SOKONG CUKAI.KLU TIDAK SILAP MESTI ORANG MDKM ATAU ORANG YANG ADA KEPENTINGAN SAMA ITU CUKAI.BEGINILA, KITA CAKAP PASAL KERETA.ANON MAU BAYAR ROADTAX KA KALAU KERETA BELUM DAPAT?KAU LA PALING BUDUH KLU BAYAR.INI MAU SURUH BAYAR UNTUK PEMBANGUNAN KONON.PADAHAL KG2 YANG KANA CUKAI TIDAK KETENTUAN.MACAM TAHI SAJA KAU SANA.

ANAK TONDIG/TINGKALANON

ming2elly said...

cukai...

kenapa cukai dibuat kepada orang2 kampung yang daif?

tidak ka kesian sama tu aman2 dan inan2 yang susah payah cari duit untuk keluarga, lepas tu kena suru bayar cukai...

diorang p ladang p kebun, p sawah, ada tu mdkm pikir ka? jalan ada yang bagus kena kasi sedia? lampu rumah? air? tanpa sebarang perkhidmatan yang dapat dirasai orang kampung, tiba2 kena suru bayar cukai...

orang kampung la yang undi kerajaan sekarang untuk menang, dan orang kampung yang kena tindas untuk bayar cukai?

ok... bila cukai dibayar la kunun... duit tu p mana? kasi buat projek? kalau kasi buat projek yang macam dewan kg kandawayon, jambatan gantung goruntung, baik tidak payah la, yang untung cuma orang2 yang dapat projek saja, apa tidak untung kalau dapat projek di kasi "ALI BABA" lagi. lepas tu buat kerja CINCAI... kalau begitu saja cara kontraktor buat, baik tidak payah suru orang kampung bayar cukai...

INGAT !!! tanpa sokongan rakyat tidak akan ada kerajaan sekarang...

"RAKYAT DIDAHULUKAN !!! PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !!! "