SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, August 8, 2009

Gangguan Bekalan Elektrik, Kg Mangin Km Kesal

KOTA MARUDU: Gangguan bekalan elektrik yang seringkali berlaku di Kampung Mangin yang berlokasi 15 Kilometer dari Pekan Kota Marudu. Seperti yang dilaporkan oleh salah seorang penduduk, En. Jumin Turipon, gangguan bekalan elektrik seperti selalu terputus bekalan, dan kadangkala bekalan elektrik tersebut tidak kuat. Ini menyukarkan aktiviti seharian mereka, yang mana ada peniaga yang mengalami kerugian, menyukarkan ibubapa yang bersiap menghantar anak-anak kesekolah, dan yang paling sukar dan merugikan, gangguan ini menyebabkan kerosakkan pada peralatan-peralatan elektrik mereka. Tentunya, bagi penduduk disini yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah, merumitkan lagi kehidupan mereka yang sememangnya berpendapatan kecil sahaja. "Semoga masalah ini diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.Gangguan ini telah berakar umbi semenjak wujudnya bekalan ini di kampung saya, bukan juga selalu, tapi seringkali terjadi" Kata En Jumin mengakhiri perbualannya. KusNet/SAM

No comments: