SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 28, 2009

GERAN DIGUNA TINGKAT SISTEM PENYAMPAIAN

ARKIB : 27/08/2009 Sumber: Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 26 Ogos – Kerajaan negeri akan memastikan pemberian geran tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan pemberian geran tersebut yang menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat negeri ini.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang bersetuju memberikan geran tahunan kepada PBT Sabah mulai tahun depan.

“Kerajaan negeri akan memastikan PBT Sabah memanfaatkan sepenuhnya geran tahunan ini dan dibelanjakan dengan cekap untuk faedah rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM62.8 juta setahun dalam bentuk pemberian geran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata, dengan pemberian itu, kerajaan berharap PBT di kedua-dua negeri terbabit dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Kerajaan memutuskan bahawa pemberian geran tahunan kepada PBT yang sebelum ini diberikan kepada PBT di Semenanjung sahaja, dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak mulai 2010,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, pemberian geran tersebut menunjukkan kerajaan pusat amat memahami keperluan PBT di Sabah dan Sarawak.

14 comments:

SANGURU said...

SAM antara aktor di balik tabir. Ekoran paparan keluhan rakyat pasal cukai d kampung, dilemma MDKM yg kurang dana, kelemahan servis MDKM, dll.
Nda percaya? Terserahlah. Kami tak mahu cerita panjang, lebih baik fikir apa lagi yang SAM boleh papar agar ada rahmat baru kita dapat. MDKM, buat yg terbaik kpd KM, jika tidak, SAM akan bisingggg...hehe

Anonymous said...

yakah? Klu betul laaa...maknanya SAM ini bukan SAMseng mcm dicakap2 orang ttentu la? Bagussssss bahhhhhh....

Anonymous said...

oya? Bahhh kaa,,,MDKM, rakyat sudah tau ada peruntukan, servis kena bagus tu gang...itu duit jgn kamurang hambur2 nda katentuan. Laksanakan tugas2 menurut piawaian dan spesifikasi kerja. JANGAN GILA KUTIP CUKAI SAJA!
Meluat rakyat!

Anonymous said...

SAM yg kusayangi, klu itu MDKM masih jg buat perangai lama, kasi siar sama dia ya. Tiada sudah alasan tu dorang. Memang pemalas dan salah guna duit tu klu masih teruk sevis

Anonymous said...

bnyk cerita ttg salah guna kuasa dan urustadbir lemah sy dgr di MDKM dari dulu hingga kehari ni. Gaji kecil tp untung besar bawah meja, dan mcm2 lagi cerita. Perkara ini mesti diaudit bah, disiasat, tak perlu tunggu aduan rasmi dr public. Lantik org berwawasan dan berintegriti terajui dan anggotai MDKM, baru MDKM cemerlang dan bawa rahmat 1KM.

Anonymous said...

ada budget? Uiiinaa bakatawaan la org2 MDKM. Nda kuyakin ada perubahan jika org2 MDKM x buat perubaan sikap, sipat dan tabiat dorang. Percayalah cakapanku.

@baikpunyaanony@

ambaya said...

Bila sudah ada PBT begini, rasanya itu sewa dewan pun perlu dikaji balik tu. Kasi turun sewanya. Kalau ada program besar2an sekarang ni sewanya RM1000 sehari.Sedangkan ini dewan kerajaan ba.Inda patut2 kasi mahal. Kasi downlah sekitar RM500 begitu. Itu Dewan Tokong, persendirian punya pun tidak semahal ini o.. HISAP DARAH betul o MDKM ni.

Lagi satu sewa kalau main bedminton juga wajar di kasi turun. Sekarang ni RM10 satu jam main badminton. Sedangkan dewan goshen dan st.theresa yang persendirian pun RM5 saja 1 jam. HISAP DARAH betul ni MDKM..tapi service punya TERUK. kalau itu astaka padang Kota Marudu kan, ada perayaan pun MDKM tak kasi bersih. Bau kencig ba, sepatutnya mereka cuci dan berus itu lantai. ini kasi biar saja busuk. Tandas dalam dewan tak usah cakaplah.. bule mati berdiri di dalam. Nasib baik setiap kali ada perayaan, muka Datuk Max saja yang merasmi yang sudah lali dengan BAU-BAUAN itu astaka.bayangkan kalau menteri lain yang datang rasmi..

Saya cadangkan untuk masa2 akan datang, terutamanya Pesta Jagung... panggillah menteri lain pula kasi rasmi itu perayaan supaya mereka dapat lihat dengan mata sendiri ini Kota Marudu. Kalau asyik2 Datuk Max yang rajin betul minta wakil sama YB.Anita tu, susahlah..

ambaya said...

PEMBETULAN: bukan tandas dalam dewan saya maksudkan tetapi tandas dalam astaka tu...punya TERUK!

SANGURU said...

amat setuju agar menteri lain dijemput utk promosi KM yg indah dan aman sentosa ini.

Anonymous said...

kita tgk brapa peruntukan yg kena bg bagi daerah kota marudu.lps tu kita minta dorang bg senarai projek pembangunan yg akan dorang laksanakan mengikut peruntukan yg telah diberi oleh kerajaan persekutuan..baru lah kita tau dimana peruntukan tu disalurkan dan perkembangan kemajuan yg dijalankan.mana2 projek yg tdk dpt dilaksanakan,minta sebab kenapa dan masalah yg dihadapi..barulah tdk timbul soal kemana duit tu hilang..pemantauan adalah kaedah paling berkesan utk memastikan kelancaran pembangunan di kota marudu..

maslie.

Anonymous said...

Saya merasakan besar sudah kedudukan C Max tu sebagai Menteri d pusat sana.Kenapa juga kamu tidak minta pertimbangkan kenapa juga AMDKM, MDKM mau punggut cukai sedangkan kebanyakan penduduk KM yg masih lg tertinggal?.Kenapa juga ni? Inilah kekadang pemimpin yg tidak peduli rakyat ni susah juga.Nanti kalau rakyat KM protes Calon anak tempatan hangkang ko Max....Cuma kesihan pada ko org d Marudu bah terlalu selalu kena main2 ja...

SANGURU said...

rakyat di kg ada tanya saya tdi, bilakah muktamad tiada kena cukai. Saya jwb: itu keputusan PBT/MDKM. Setidak2nya sy/SAM sudah berusaha bantu rakyat dan bantu MDKM. Mcm2 dunia ni....bikin paningggg kepalaaa...sepatutnya tugas org lain bah ini utk pening2...

Anonymous said...

suda ada budjet, apa logik paksa org kg bayar cukai? Mulauuuu babanar. Ptuiiiiiii....busouuu

Sulaiman Hanim said...

Kerajaan ni biasanya d jalankan oleh Penjabat awam (Kakitangan Kerajaan)tetapi pembuatan Dasar Pemimpin politik bah, Jadi yg kena hantam duluan ialah Parti Kerajaan pada PRU ke-13. Saya merasakan soal Cukai Perkadaran ni memang senang saja d tuntaskan oleh Pihak AMDKM bah.AMD bah yg bawa perkara ini d mesyuarat bulanan/Penuh Majlis Daerah setiap Daerah bah sama ada SETUJU/TDK SETUJU....Kenapa juga MP/ADUN tidak bercakap kepada AMDKMnya? Kan d orang yg melantik AMD d KM tu...!!!