SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 27, 2009

H1N1 - Horlicks satu Nescafe satu ?

Assalamu alaikum,salam sejahtera salam sahabat salam 1Malaysia 1Marudu, Beberapa hari ini saya sebenarnya tidak begitu sihat malah ketika buat posting tentang pengalaman saya berpuasa dulu-duuulu di Tandek pun saya buat dalam keadaan sakit.Tapi semangat ingin bersama rakan-rakan secara maya di blog istimewa ini memberikan saya kekuatan. Malam selepas saya buat posting itu saya telah ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan dan H1N1 screening.Maklumlah sekarang kalau ada demam selsema sikit semua orang akan pandang sebelah mata sambil berfikir " aiyooo....selsema babi kah?". Memandangkan semua tanda-tanda ada pada saya maka saya fikir eloklah saya ke hospital segara demi mengelakkan jangkitan berterusan kepada anak-anak saya.Tambahan pula saya ini berniaga kedai kopi kalau saya tidak mendapatkan rawatan nanti belarian pula urang ketakutan hehehe.Oh ya saudara Carl S Adun,cafe saya masih di buka cuma sempena ramadhan ini kami berniaga waktu petang saja.Kalau ada masa singgahlah boleh kita sungkai sama-sama. Di QEH telah disediakan 1 kaunter khas untuk mendaftar bagi mendapatkan H1N1 screening.Kaunter ini terletak dibahagian luar wad kecemasan.Saya terus mendaftar disitu.Seorang jururawat yang manis mengisi borang dan bertanya jika saya mempunyai penyakit-penyakit tertentu.Tanpa berselindung saya katakan "O...saya asthmatic,pre-diebetic dan overweight." Yang overweight tu kalau saya tidak sebut pun dia tahu juga sebab saya ni gumuk macam buntal,kalau si Ming mau pancing buntal kota marudu naa..inda payahlah jauh-jauh. Setelah mengisi borang saya diarahkan untuk mendaftar sekali lagi di sebuah kaunter lain kali ini dibahagian dalam wad.Setelah membayar rm1 saya diberikan nombor giliran dan diminta menunggu diruang menunggu.Terdapat 3 zon disitu,zon hijau (non-kritikal) zon kuning (separa kritikal) dan zon merah (kritikal).Saya tidak tahu saya berada di zon mana kerana terlalu sukar untuk membezakan antara zon-zon tersebut kerana ruang terlalu sempit dan semua pesakit berada di ruang yang sama.Hanya daun pintu saja yang di cat dengan warna hijau,kuning dan merah. Didinding tertera carta bagaimana pemeriksaan akan dibuat. Pertama sekali 1st triage dimana pemeriksaan akan di buat oleh seorang pegawai kesihatan. Kedua 2nd triage dimana pemeriksaan akan dibuat oleh seorang doktor dan selepas itu keputusan akan dibuat samada anda akan di discaj,dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut atau terus ke bilik mayat. Addehh...inda la sia mau kalau itu paliiiisss paaalliis sooli gansai na' uzubillah tapi kalau sudah sampai masa apa boleh buat la kan,redha saja lah. Setengah jam saya menunggu akhirnya saya dipanggil untuk 1st triage.Setelah diperiksa saya diberikan 2 biji panadol.Lepas makan ubat saya diminta menunggu semula diruang menunggu. H1N1 screening belum dibuat.Diluar hujan semakin lebat pesakit semakin ramai malah ada yang dibawa dengan ambulans dari Lawas,Sarawak.Tertidur-tidur saya menunggu untuk 2nd triage dan selepas 2 jam barulah saya dipanggil. Saya dipanggil masuk melalui pintu berwarna kuning (zon kuning la tu separa kritikal) TETAPI anehnya bila berada didalam semua pesakit yang masuk melalui pintu merah berada diruang yang sama.Zon kuning dan zon merah hanya dipisahkan oleh meja kerja para doktor.Dan sedihnya lagi doktor yang bertugas malam itu hanya 2 orang.Tidak heranlah kenapa saya dan pesakit lain terpaksa menunggu berjam-jam kerana 2 orang doktor ini terpaksa mengutamakan pesakit-pesakit yang kritikal.Sewaktu sia dirawat terkial-kial bah itu doktor perempuan mencari dia punya salait (Torch Light) bikin suluh sia punya tekak.Begitulah diorang punya sibuk tempat kerja pun sempit.Disanalah peralatan perubatan disanalah segala borang mau di isi di sana lah segala-gala.Adess...bikin gila karaja duktur ini,dia tidak jumpa dia punya salait kana timbun karatas mangkali itu.Tapi inda apalah....nasip kau cantik sia bilang dalam ati.Adedeii.... Malam itu sekitar jam 12 dalam hujan lebat saya pulang tanpa melalui H1N1 screening sambil berfikir.....Apa sudah jadi? adakah ini masalah politik atau masalah kewangan sampai hospital yang suatu ketika dulu begitu gah namanya kini terlalu daif?.....di mana hak rakyat Sabah...apakah sebenarnya kedudukan rakyat Sabah hingga dinafikan hak yang paling basic untuk mendapatkan rawatan kesihatan.Saya tahu kerajaan telah membeli SMC sebagai ganti QEH tapi SMC tidak ada wad kecemasan atau lebih dikenali dikalangan orang sabah sebagai Bilik 17 Emergency Room.Semua kes-kes kecemasan terpaksa dibawa ke Bilik 17 QEH sebelum dihantar ke SMC. Ruang kerja,ruang menunggu di Bilek 17 ini begitu sempit sehingga jika ada pesakit yang diusung dengan stretcher terpaksa diletakkan dimuka pintu masuk utama sebelum masuk melalui pintu merah.Kaunter khas H1N1 screening berada di luar bangunan dan tak ubah seperti warung tepi jalan.Saya melihat pekerja yang bertugas disitu setia menunggu dalam keadaan hujan.Kasihan...... Saya bukan orang politik, saya hanya seorang warga Sabah yang ingin merayu....kalau ada rasa simpati kerajaan kepada orang-orang kerdil seperti kami tolonglah sediakan keperluan asas terutama sekali hospital.Rasanya terlalu janggal melihat sebuah hospital untuk rawatan sahaja yang berdiri gah seperti hotel (SMC) berada jauh dihujung kota dan sebuah Wad Kecemasan (Bilik 17 QEH) yang serba daif berada beberapa kilometer jauh daripadanya.Manakala sebuah lagi hospital untuk kanak-kanak dan wanita pula di tempatkan jauh di pelusuk kota di atas bukit (Hospital Likas).Sayugia diingatkan kedua-dua hospital ini walaupun gah dan kelihatan mewah tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.Pesakit yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital ini terpaksa berjalan kaki antara 1-2 kilometer untuk mendapatkan bas dijalan utama. (fikir-fikirkan lah,orang sakit boleh mati bah jalan kaki jauh-jauh turun bukit naik bukit.....janganlah heran kalau nanti ada yang teberanak disiring jalan,bukan semua orang di Sabah ini ada kereta.Kancil 2nd hand pun mahal bah untuk sesetengah orang disini) Kami undi BN 100% bukan minta gula-gula,tapi kami minta hak kami yang selama ini dinafikan dan kami minta pada orang yang bertanggungjawab.

19 comments:

ison said...

Hehe... Kyro. Satu catatan menarik dan hanya dapat difahami sepenuhnya oleh petugas2 kesihatan macam saya ni yang pernah melalui jerih payah bekerja di hospital.

Saya akui semua catatan Kyro adalah sebuah hakikat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sabah selama ini.

Sebenarnya memang amat memalukan, QEH sebuah hospital yang namanya Hospital Besar di Sabah dan merupakan pusat rujukan semua hospital di seluruh Sabah, tetapi berkeadaan begitu daif sekali dan tidak 'sebesar' namanya.

NONG said...

Adeeees...
punya SENGSARA dan SADIS pengalaman Kak Kyro ini.
itulah kenapa saya jarang pigi hospital kalu sakit.Bilangan Doktor yang bertugas sangat kurang berbanding dengan jumlah pesakit yang terlampau ramai.

Semoga paparan ini mampu di baca dan dilihat oleh pihak berwajib.
Suara kecil namun bermakna besar dari rakyat kerdil..

TAHNIAH atas perkongsian ini Kak Kyro..

Little Mike (LM) said...

sebab itu saya selalu pantas ke klinik persendirian berbanding BERFIKIR ke hospital kerajaan.. maklum la... jangankan untuk mendapatkan rawatan profesional... masa menunggu pun boleh sampai 2-3 jam.. ini pengalaman sya di Hospital UKM cheras...

bukan memandang rendah, tapi saya perlukan rawatan yg SEGERA! yang sekalipun sedang menanggung kesakitan, tapi selesa untuk melalui proses yang rapi dan pantas. Maksudnya, sekalipun ada ketikanya rawatan ke atas pesakit, tapi jarak antara pesakit berikutnya untuk diliran rawatan tidak memakan waktu yg sangat lama...

JMimie said...

Entri yg menarik dan memang bikin panas...soal tunggu menunggu ni sya pun sudah biasa...pernah menunggu dari pagi sampai malam di hospital, akhirnya rawatan yg diberikan biasa2 saja malah mengecewakan...semoga masalah ini dapat diatasi segera. sengsara bah menunggu dalam keadaan sakit!

Anonymous said...

isy..isy..isy...masalah hospital kerajaan ni, saya pikir satu sabah tu ada pengalaman macam Tn. Kyro...memang kesian betul kita ni.

Itulah saya punya beliau bilang, kalau dia pigi rumah sakit, dia tambah sakit...jadik, selalu2 sudah dia punting cek darah dia...akun lagi limpang2 di rumah menahan tu sakit paning2 kalau dtg tu darah tinggi dia...

Balsam.

gundohingkm said...

..hai pengalaman kita sama, bukan ja lambat menunggu, kita rasa seolah dr berkenaan takut kena jangkit pula..

SANGURU said...

harap orang2 besar yang baca ni blog bantu kami orang Sabah. Orang Sabah ni terlalu sabarrrrrr....terlalu daif banding negeri lain. Banyak lagi kes lebih teruk cuma orang kampung pendam sebagai sejarah pahit. Mereka tak tahu cara menyuarakannya. So, bantulah kami ya. Beramal di bln penuh rahmat ni...

SANGURU said...

kes bapa saya dulu, kes batu karang kronik. Hospital daerah x dpt kesan, x ada tindakan sepatutnya. Hanya selepas pemeriksaan biasa d klinik swasta barulah dpt kesan. Kencing darah sudah, tak kan hospital x bkh kesan? Tp syukur, seleps dpt rekomen dr. Angeline, kudat, terus masuk wad d KM dan seterusnya ke HEQ. Kini dah ok. Tq para dr yg terlibat. Sy cuba memahami....terus memahami...

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
SANGURU said...

mungkin begini penjelasannya: servis kelas II kerana prasarana/sumber manusia kelas II. - pesakit kian bertambah, penyakit kian bermacam rasa, sedang yg lain x bnyk berubah. soalan saya : kenapa bah DI SINI asyikkk terukk segala...
SABAH NEGERI DI BAWAH PARAS KEMAJUAN?
Maaf, kalau aku terpaksa mamanasss...

ming2elly said...

cuba kita renungkan... SAMPAI BILA KEADAAN BEGINI DI SABAH ???

SEDANGKAN SABAH YANG BIKIN KASI BANYAK KERUSI PARLIMEN UNTUK MEMBENTUK MALAYSIA !!!

sampai WAWASAN 2020 ???

SONSOGON said...

sia cuma katawa baca entri ini bab yang kana kasi ubat panadol..kalau setakat kana kasi suruh talan panadol inda payah lah sia minta chek..banyak panadol sana kadai si tong guan..hahahah

SANGURU said...

bah, klu ada sebarang pengalaman ngeri ka, pahit ka, manis ka berurusan dgn agensi kerajaan, sama2 kita tulisss...x salah sebab semua agensi kerajaan ada suggestion box dan minta dimaklumbalas. Cuma jgn buat2 cerita. Hehe....dan, ikut gaya penulisan SAM, masam2 manis, tambah ko masam2, tambah ko manissss...

SANGURU said...

balik pd kes KM. Saya fikir dah tiba masanya pesakit luar dirujuk ke klinik kesihatan Tandek. Prasarananya canggih (hanya ada 4 di Msia mcm ni punya KK), fully aircond, ada beratus bangku, ada class, ada doktor, ubat banyak, dll. Usahlah bersesak2 sampai petang di hosp. KM yang bikin sangsara itu. Rugilah org KM x guna kemudahan. Pemimpin pula jgn x sokong syor bernas ini hanya kr dapat tekanan segelintir pihak.

Pelangi said...

memang pengalaman buruk..menunggu di hospital QE untuk mendapat rawatan. saya sendiri pernah menunggu berjam2 lamanya untuk mendapatkan rawatan "KECEMASAN'... dan hampir2 balik rumah sebelum mendapat rawatan sebab sudah tidak dapat menahan kesakitan.. dalam fikiran saya kalau di rumah saya boleh baring dan rehat, mungkin rasa lega sikit...di sini (QE)...duduk berjam2 menahan sakit dan sengsara..tidak pasti bila dipanggil untuk dapat rawatan. saya datang jam 8mlm, sampai lebih jam 12 tengah malam baru dapat rawatan. tapi apa buli buat...

Gaaman said...

tidak menghairankan krna dari mula lagi Sabah telah ditipu..
Pembentukan Malaysia 46 thun lalu, malaya, singapura, sabah dan sarawak seharusnya berkongsi sama rata utk satu kek(nisbah 1:4). Sejak 1965(sbb singapura keluar dari malaysia) nisbah itu sepatutnya 1:3, tetapi apa yg jadi, nisbah itu menjadi 1:14. Bayangkan Sabah disamakn dgn perlis (yg lbh kecil berbanding daerah KM)!!. Ini la nisbah yg digunakan dlm pemberian peruntukan pembangunan utk Sabah, TERMASUKla kemudahan kesihatan...
Fikir-fikir la!!!..

SANGURU said...

Betul gaman. Itulah SEBAB utama mengapa kita mundur. Jangan terlalu salahkan yb/mp kita. Dan kerana itu jugalah para pemimpin sabah kena bersatu. Tambah DUN dan Parlimen. Jangan gaduh pasal siapa yang dapat. Wujdkan dulu. Yang besar kasi kecil. Yang kecil, kecilkan lagi. Perkara ini acap kali sudah saya/SAM kempen.

SANGURU said...

idea d atas sangat mustahil jika pemimpin Sabah bercakaran, msg2 pikir diri dan parti sendiri. Mereka bkn negeriwan sejati. Mereka x fikir jauh ke depan. Klu mereka pejuang sejati, pasti mereka mampu bersatu utk 1Visi. Selagi x bersatu, jgn harap sgt dpt apa yg kita idamkan...

kyro said...

Terima kasih atas respon anda semua.Saya fikir pihak kerajaan perlulah bertindak segera.Disamping memikirkan keselesaan pesakit fikirkan juga keselesaan para doktor yang merawat.Tidak adil bagi para doktor yang berhabis masa dan tenaga serta wang ringgit belajar hingga jadi doktor yg sedia berkhidmat tetapi terpaksa bekerja dalam keadaan yang sama saja sengsara seperti orang sakit.Dan kepada para pemimpin berhentilah mengambil kesempatan dalam kesempitan.Segala-galanya dijadikan projek untuk buat duit sendiri dan kroni-kroni kamu. Berkhidmatlah dengan ikhlas untuk rakyat itulah sebabnya kamu undi kamu.