SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 13, 2009

HARI INI 13 HARIBULAN...

Saya suka angka 13. Tapi ini hari 13 haribulan kurang menyenangkan saya kerana ini hari MDKM panggil saya dan orang-orang kampung lain bagi mendengar bantahan daripada pihak kami berkaitan PERKADARAN CUKAI PINTU & CUKAI TANAH di kampung kami yang diwartakan sebagai kawasan perbandaran MDKM/PITAS... Tapi, syyyyy....orang-orang senasib saya, jangan risau. Memorendum telah siap, dan akan saya serahkan kepada pihak MDKM, manakala salinannya akan saya kemukakan kepada yang berkaitan termasuk ADUN N5 Tandek, Ahli Parlimen P168 Kota Marudu (Datuk Dr. Maximus J. Ongkili) dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Dan, syyyyy....ada juga pihak atasan yang prihatin dengan KEBOBROKAN ini dan sedang berusaha membantu rakyat , walaupun bukan rakyatnya, atas nama prihatin dan kemanusiaan. Hmm, saya harap angka 13 sekali lagi membawa tuah kepada perjuangan kecil ini. Saya bukan mahu menjadi hero, bukan dibuat-buat, saya memang pantang melihat KEBOBROKAN terutama yang melibatkan diri saya, keluarga, bangsa saya, rakyat tetangga saya. Dah lama dah begini. Jangan ada sesiapa yang kata saya berwatak macam politikus pembangkang, bukan menangguk di air keruh, saya sendiri terendam di dalam air keruh itu sebenanya! Kepada pihak atasan (di Putra Jaya) yang prihatin dengan masalah rakyat kecil ini, ayuhhhh...tuan-tuan mempunyai kapasiti untuk membantu. Hari ini jika tuan-tuan tidak menggunakan kuasa/kapasiti itu untuk membela yang teraniaya, kelak esok TUHAN akan menyoal tuan-tuan termasuk saya tentang kuasa dan kerja kita...
INSYAALLAH PERJUANGAN INI AKAN BERJAYA. JIKA GAGAL KERANA SENGAJA DIGAGALKAN, PADA TARIKH ISTIMEWA INI SAYA UMUMKAN: SAYA AKAN MENJADI ORANG YANG LEBIH KERASSSS!

17 comments:

Anonymous said...

kenampakan sudah taring sebenar Sanguru SAM ini..
harap2 ko ikhlaslah dengan cara ko tu.

Mr. Aki Abad 21 said...

ikhlas inda ikhlas itu urusan TUHAN bkan urusan manusia... banyak mausia ckap ' aku ikhlas ' tapi indada siapa tahu 100% tahap ikhlas... indada timbangan, indada panyukat yg btl2 kasi jawapan ketulinan IKHLAS....cakap buli, tulis buli... yg panting BUAT apa saja karaja ba... daripada diam2 , daripada barangan-angan....atau main niat saja.

bahasa indada guna kasi lawa2 kalau isi dia ....

tulunbunou said...

Semoga berjaya PENCINTA RAKYAT....
perjuangan yang tulus pasti diredhai-NYA.

SANGURU said...

hmm, saya kenal bah anony ni. Cuma malas nak layan selama ini. Tukar-tukar saja identiti.
Beginilah anon: saya ikhlas atau tidak, itu urusan saya dengan Tuhan. Kalaupun saya tidak ikhlas, dan perjuangan saya bersama kawan2 dan orang kampung ini berjaya, ia tetap berjaya dan impaknya positif khususnya kepada orang-orang kampung.
FAHAM SANGATKAH ANDA TENTANG HAKIKAT IKHLAS? Sudah bacakah semua kitab tentang ikhlas? Adakah anda seorang wali yang boleh tembus daging tulang hingga ke jiwa saya. Jika anda seorang wali, ingin rasanya berguru dengan saudara.
Maaf, agak keras. Saya sedikit kecewa, kalaupun anda tidak dapat membantu apa-apa, janganlah asyik meragui keikhlasan sesiapa. FULL STOP.

Gaaman said...

Syabas sanguru!.. teruskan perjuangan anda. Usah perduli apa orang kata, yg penting anda melakukannya utk kebaikan rakyat. Ohh yea Sanguru kena relekssss...jgn cepat terasa dan tersinggung, pemimpin mesti tahan lasak! ookkkay tu bos.

TOMPINAI said...

Anonymous said...

kenampakan sudah taring sebenar Sanguru SAM ini..
harap2 ko ikhlaslah dengan cara ko tu.

Anonymous,
Apa lagi yg ko tidak suka dgn sanguru ini? Ko pun mo jadi mcm mereka yg bnyak bercakap tapi tak pandai buat kerja. Beginilah..biarpun ko guna nama samaran ini, ip ko tetap kami dapat kesan dan kami kenal siapa ko. Apa pun tahniah kerana sentiasa menjadi pembaca SAM.

SOMEONE said...

Sayang..mata celik tapi tidak dapat melihat dengan jelas.Tertutup oleh hasad dengki.

TERUSKAN PERJUANGAN Sanguru.
Usah melatah dengan tingkah kecil ini.

Mr. Aki Abad 21 said...

gaman bagus ko punya utak.... macam inilah kita urang mahu, sabar ada noktanya, ada titik akhir, ada had... macam kurita, inda buli d jarum 50km 1 jam saja... ada masa kana takan minyak supaya sampai pigi 100 km 1 jam kalau inda urang mangamuk .... si indada nama ini, macam labi2 kapala dia inda atarana...masa dia patuk mangsa itu lihir capat2 kaluar manyambar mangsa... bila inda, dia punya alim semut inda mati d pijak.... paham kan maksud mr. aki ?

ibarat kita d cubit... 1 x sabar, 2 x tahan, 3 x masi diam ka aaaaa ? ini urang sabar .... kalau pamanas, alamat cubitan pertama c tukang cubit kana balas ....!!! panjahat inda parna sanang ati pada kawan.... tapi kawan suda tantu sanang dengan siapa saja ...PIKIR2 LAH KITA URANG.

lem said...

mungkin c anony ini belum mengalami sendiri situasi yg dihadapi oleh sanguru dan penduduk kampung sebab itu c anony mempersoalkan keikhlasan sanguru.

dan sekiranya anony mengalami situasi itu, adakah anony boleh bertindak berani seperti sanguru? Perlu di ingat, perkara yang susah dilakukan adalah memulakan sesuatu....

saya melihat sdra/i anony hanya mencari-cari keburukan atau perkara-perkara yang boleh dikritik daripada mencari kebaikan (mengusulkan candangan yang berpatutan). sifat ini jika terus disemai dalam hati akan menghasilkan buah kebencian, ego, jeles dan lain2 yang sudah pasti membawa kepada keburukan....tidak memberi apa2 keuntungan untuk diri anony sendiri dan semua orang.

Saya melihat, c anony kalau berurusan dengan masalah hanya ikut2 dari belakang sahaja dan tidak berani bertindak.

NONG said...

Salam sejahtera & Salam Perpaduan..
Lama tidak mengulas.
Saya mahu cakap sikit saja.
Saya kenal,rapat dan TABIK dengan Sanguru bukan kerana beliau adalah ahli keluarga saya tetapi kerana pendirian dan nilai jati diri yang tinggi dalam diri beliau.

Berusaha untuk membantu,memberikan yang terbaik selagi ada kudrat itu adalah Sanguru.

Anda silap jika anda menilai seseorang dengan penilaian cetek.

Aldusuni said...

tanpa nama ...
kenapa tidak tanya diri kita, apa sumbangan kita untuk anak bangsa kita ?

Anonymous said...

Betul itu Aldusuni,

kita buat bersungguh-sungguh apa yang kita boleh buat untuk orang2 kita dengan kedudukan dan kapasiti yang kita ada...

Teruskan Sanguru, seperti yang Sanguru katakan, apa mau dijawab kalau Tuhan tanya nanti apa sudah ko buat dengan kedudukan anda bagi orang2 ini.

Pertanyaan saya: Tuhan pilih buluh juga ka kalau tolong orang? Kalau kita pilih bulu nanti apa pula dia bilang a?...

SANGURU said...

pilih bulu? Apa pilih bulu?. memorendum merangkumi kawasan tandek lama dan langkon. Kawasan pekan dan perumahan mmg saya tak perjuangkan kerana wajar kena cukai. Rumah saya dalam taman pun saya biarkan kena cukai. Saya bantu kawasan kg yg memang x wajar lagi kena cukai. Yg wajar saya diamkan, yg x wajar saya suarakan.

Little Mike (LM) said...

kebetulan sya hendak komen, jumlah komen cukup2 angka 13.. angka kegemaran sanguru katanya.

tidak perlu risau kalau org lain bertanyakan keikhlasan kita. Anda/kita adalah orang pertama yang lebih dekat kepada emosi yang bertunjangkan keikhlasan setiap kali perjuangan diacungkan ke udara... teruskan MANTAP!!

SANGURU said...

sy x marah dikata ttg keikhlasan...sy nak ajar sikit ttg keikhlasan. Kefahaman org ttg keikhlasan agak terhad....sedangkan keikhlasan itu hanya sendiri yg tahu. Ada ketikanya, aku tidak memikirkan ttg pahala dari amal perbuatan...yg penting aku berbuat bkn semata2 kr diriku..."saya suka kerja begini"...

SONSOGON said...

banyak butul bah pakai nama anonymous..ada anon yg buat komen bagus2 mungkin diurang malu2 kasi tunjuk nama samaran..ada pula anon yang buat komen macam celaka..kalau anon ni butul2 manusia dan bukan anjing..kasi tulis bah nama samaran kamurang..

malas suda sya baca komen2 anon yang inda masuk akal

tulunbunou said...

Keikhlasan tidak mungkin dapat dilihat dengan jiwa yang penuh HASAD DENGKI dan mata yang PENUH PERASAAN BENCI..
Sanguru,
TERUSKAN PERJUANGAN!