SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 13, 2009

dulu Hospital Likas, kini Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Photo caption: Liow menurunkan tandatangannya di atas sebuah plak (plaque) sebagai tanda rasminya penamaan semula Hospital Likas kepada Hospial Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
Untuk makluman semua terutama sekali warga Kota Marudu, nama Hospital Likas sudah diubah kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar akan pertukaran nama hospital tersebut kerana signboard Hospital Likas masih lagi terpampang di atas bangunan hospital tersebut. Majlis penamaan semula hospital ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada hari Ahad yang lalu (9 Ogos). Beliau berharap dengan pertukaran nama hospital ini, ia dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam usaha mengurangkan kadar mortaliti (kematian) ibu dan kanak-kanak yang masih tinggi di Sabah. Liow berkata Sabah adalah antara negeri dengan kadar mortaliti kanak-kanak tertinggi, iaitu 10.8 bagi setiap 1,000 kelahiran tahun lepas berbanding kadar purata peringkat kebangsaan sebanyak 6 bagi setiap 1,000 kelahiran. Manakala kadar mortaliti ibu di negeri ini adalah kira-kira 28 bagi setiap 100,000 kelahiran,rendah sedikit daripada kadar purata peringkat kebangsaan sebanyak 30 bagi setiap 100,000 kelahiran. Bagaimanapun, Liow berkata jika mengambil kira pendatang tanpa izin, angkanya mungkin lebih 100 bagi setiap 100, 000 kelahiran kerana kebiasannya mereka (ibu warga asing) tidak membuat pemeriksaan apabila mengalami kompilasi. Liow berkata bahawa beliau difahamkan terdapat kira-kira 40,000 kelahiran setiap tahun di Sabah. Nota1: Harapan kita dengan adanya pengkhususan hospital dalam bidang wanita dan kanak-kanak, maka tahap kesihatan wanita dan kanak-kanak semakin baik dan seterusnya dapat menurunkan kadar mortaliti ibu dan kanak-kanak di Sabah. Nota2: Jika ada orang bertanya tentang lokasi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, tidaklah kita tergaru-garu kepala kerana kita sudah mengetahui jawapannya.

8 comments:

Anonymous said...

Selamat pagi LEM!

Mengikut informasi yang LEM bagi Kadar kematian bayi iaitu 10.8 bagi setiap 1,000 kelahiran tahun lepas, adalah tidak masuk akal menurut pengertian saya.

Apa yang saya faham, tidak mungkin ada 10.8 bayi mati. 10 bayi mati adalah mungkin tetapi 0.8 orang bayi mati tidak mungkin.

Mungkin ada kesilapan menaip dalam artikel ko atau sia yang tidak faham?

hehehe... kita sama2 orang biasa juga bah...

Lem said...

terima kasih anony kerana memberi komen. sebenarnya disini bukan merujuk kepada bilangan bayi...tetapi merujuk kepada kadar (rate). dalam erti kata yang lain..ia merujuk kepada mother mortality rate (kadar kematian ibu) or child mortality rate (kadar kematian bayi)bukannya numbers of child mortality..jika kurang jelas..sila lawat ke blog saya. disana saya ada maklumat lengkap mengenai topik tersebut yang saya sendiri tulis dan sudah kena publised di newspapers. harap kekalutan sudah terjawap.

Lem said...

bagi mendapatkan keterangan yg lebih jelas mengenai kadar kematian kanak-kanak, anony boleh lawat laman web ini http://www.mypositiveparenting.org/articles/bm/v2-08-article01-bm.htm

disana ada jadual mengenai kadar kematian kanak2 selepas satu kajian dibuat pada tahun 2006.

atau sedikit masa saya akan bekalkan formula pengiraan bagi mendapatkan kadar kematian kanak-kanak. Dr ison pasti tahu pasal ini. tq

Little Mike (LM) said...

izinkan saya mencelah, kadar kematian di sini dalam bentuk peratusan dan bukan dalam bentuk jumlah sebagaimana yg anon katakan. sya pn cuba2 jg mo faham ni anon... hehe

Anonymous said...

Lem,

Perkadaran yang digunakan itu kelihatannya per 1000 kelahiran. Jika demikian, 10.8 adalah tidak logik. sepatutnya ia nombor bulat.

Saya fikir ini bukan salah Lem tetapi sumber maklumat Lem.

LM,

Ada kemungkinan perkadarannya adalah %an

lem said...

Mungkin anony ada pendapat sendiri pasal ini. Mungkin sdra/i anony benar...tetapi saya berpendapat bagi mengira kadar kematian kanak-kanak ada formula nya...

untuk mendapat penjelasan lebih lanjut, sila anony masuk laman web ini

http://www.mypositiveparenting.org/articles/bm/v2-08-article01-bm.htm

di sana ada kadar kematian kanak-kanak dari tahun 1985 - 2004 selepas satu kajian yang dibuat pada tahun 2006.

Anony perlu pergi ke laman web di atas (copy and paste) untuk mendapat sedikit gambaran mengenai kadar.

Dalam jadual (di bahagian bawah web tersebut) ada kadar kematian perinatal, kadar kematian neonat, kadar kematian bayi dan kadar kematian kanak-kanak. kesemua angka-angka yang tercatat pada jadual tersebut tidak ada pun angka bulat. Contohnya kadar kematian kanak-kanak pada tahun 1985 ialah 1.4 , 1990 (0.5) dan seterusnya sehingga pada tahun 2004sebanyak 0.4.

dalam laman web tersebut mengatakan seperti ini " Pada tahun 2006, kadar kematian bagi kanak-kanak dibawah lima tahun, termasuk bayi baru lahir, adalah 7.2 bagi setiap seribu kelahiran hidup"

dan sewaktu seisi sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu para wartawan bahawa pada ketika ini kadar kematian kanak-kanak (child mortality rate) adalah sebanyak 10.8 bagi setiap 1,000 kelahiran dan beliau berkata kementeriannya mahu menurunkan kadar itu kepada 6.5 bagi setiap 1,000 kelahiran ....

persoalannya apakah menteri kesihatan ini salah memberi maklumat semasa sidang akhbar dimana pada waktu itu saya juga berada di sana untuk membuat liputan?

Bagi saya pasti mereka ada formula pengiraan kadar kematian kanak-kanak yang mungkin melibatkan rumus (melibatkan bahagi dan kali )dan kadar disini bukanlah bererti jumlah kematian.

Ini hanyalah pandangan saya...mungkin anony ada pandangan sendiri dan ulasan lebih lanjut..

terima kasih.

Lem said...

seperti yang dijanjikan berikut adalah formula mendapatkan kadar kematian kanak-kanak (betulkan saya jika salah)

kadar kematian kanak-kanak = bilangan kematian bayi bahagi (/)jumlah kelahiran bayi dalam tahun yang sama kali (x) 1,000


harap ini dapat membantu sdra/i anony....

mungkin anony ada jawapan tersendiri.tapi saya tetap percaya bahawa kadar (rate) disini bukan jumlah dan ia melibatkan rumus untuk mendapat kadar kematian kanak-kanak (child mortality rate)

Anonymous said...

Maaf Lem, saya agak lewat kembali ke sini. Agak cepat tulisan anda turun kerana banyak tulisan baru muncul..

Dalam perkara ini anda memang benar.
Saya silap.

Saya minta maaf. Teruskan kecemerlangan kerja anda.