SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 24, 2009

IKHLAS: 1 Proses Penulenan Permata!

Ringkasnya, ikhlas itu adalah kita melakukan sesuatu hanya semata-mata keranaNya. Selain keranaNya, ia bukan ikhlas. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Namun yang pasti, mewujudkan ikhlas itu bukan pekerjaan yang mudah seperti anggapan sesetengah orang. Orang-orang arif telah menegaskan sulitnya ikhlas dan beratnya mewujudkan ikhlas itu di dalam jiwa, kecuali orang yang memang dimudahkanNya. Keikhlasan letaknya di dalam hati dan hanya mampu diukur oleh tuan punya hati. Maka nilai keikhlasan tidak boleh diukur oleh individu lain, demikianlah juga sifat minta dipuji/disanjung. Jika diragui keikhlasan seseorang, maka sikap yang benar ialah berbicara dan memperingatkan tentang keikhlasan secara umum, tanpa mengkhususkannya kepada individu terbabit. Justeru, sebagai Permata Bangsa khususnya... keikhlasan itu penting. Ikhlas akan menentukan tulen atau palsunya kepermataan kita. Ikhlas akan menjadi jangka hayat perjuangan kita. Yakni, sampai mana kita boleh bertahan. Dan ikhlas itu juga akan menjadi pembela kita apabila kita dibicarakan di mahkamah akhirat kelak! Di medan mana pun kita berjuang, usahakanlah menjadi mukhlisin. Termasuk dalam industri muzik negara. Jadilah ahli seni yang bukan sahaja boleh menyanyi/berlakon, tapi bisa memukau manusia agar mendekatiNya.

5 comments:

SANGURU said...

anjuran yg sangat baik. IKHLAS: mau buat susah, mau piara sangat susah, mau teruskan paling susah. Tiap kita akan digoda oleh syaitan/iblis agar Keikhlasan kita ternoda. Inilah usaha terakhir iblis merosakkan amal manusia.
demikianlah yg sy dengar2 ceramah...

SANGURU said...

sekadar menyampaikan nasihat dari sumber pertama: ikhlas itu ibarat kain putih bersih. X ikhlas umpama ada kotoran. Mengikhlaskan diri ibarat menyingkirkan kotoran itu. Caranya: istiqfar bnyk2, koreksi diri, betulkan niat, betulkan langkah jika sumbang.

SANGURU said...

lagi perkongsian dari sumber pertama: ikhlas itu mmg tersembunyi namun boleh dibaca dan kdg2 terpancar melalui bicara, gerak geri dan tenungan makrifat. Namun, semua itu hanyalah prasangka, maka jgn kita cepat kata tak ikhlas. Memadailah kita berhati2 dgn sesiapa yg ada tanda2 x ikhlas. Tanda? 1. Mudah kecewa. 2. Mudah mengeluh. 3. Menyebut2 amal (utk tujuan meminta puji) . Allahualam..

Anonymous said...

Baaa...kaaa...Hehehe...kalau saya, malaslah mau susah2 pikir urang itu ikhlas ka, urang ini x ikhlas ka...Bagi saya, manusia tiada hak menghukum tahap ikhlas sesama manusia pasal itu perihal hati... Khalik saja tahu..Makhluk banyak keterbatasan..Takut meleset bacaan...

Balsam.

Umar al-Longobi said...

setiap sstu itu ada tanda2nya. tanda2 itu sebenarnya menyuruh kita berhati2, bukan berprangsangka/berpascasangka. setuju dgn komen semua... :-)