SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 28, 2009

Jadilah Pemimpin Berjiwa Hamba

Jadilah pemimpin berjiwa hamba. Lebih kurang macam begitulah ulasan saya jika ada wartawan yang ingin meminta pandangan daripada saya tentang kepimpinan di Kota Marudu. Jangan keliru, apabila disebut pemimpin... bukan bermakna YB saja. Setiap individu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya. Bermaksud, kita mahu para pemimpin di Kota Marudu bermula individu, ketua keluarga sehinggalah ke tahap YB supaya menjadi pemimpin berjiwa hamba. Pemimpin ini sahaja yang bisa merealisasikan gagasan 1Malaysia. Kena faham apa yang dimaksudkan sebagai "rakyat didahulukan". Jika pemimpin tinggal di rumah banglo, rakyat tinggal di reban ayam... adakah itu rakyat didahulukan! Kalau pemimpin memakai kereta mewah, rakyat dibiarkan berkaki ayam dan dibebani harga bahan api yang tinggi... adakah itu rakyat didahulukan!! Apabila pemimpin ramai yang mati kekenyangan, rakyat mati kebuluran... adakah itu rakyat didahulukan!!!. Fikirkan. Khalifah Umar al-Khattab pernah berpesan, "kenyangkan dulu perut rakyat, sebelum engkau mengenyangkan perutmu!". Inilah makna sebenar pendahuluan terhadap rakyat. Kita berharap dengan terlancarnya gagasan 1Malaysia, pemimpin-pemimpin kita akan mula belajar mendahulukan rakyat. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia atas gagasan yang dinanti-nantikan rakyat itu. Saudara... pemimpin yang berjiwa hamba ini, jika pergi ke tamu Kota Marudu, orang tidak akan tahu bahawa dia itu pemimpin besar. Tapi jika dia sedang memimpin rakyat, orang merasakan bahawa rakyat akan hancur tanpa pemimpin sepertinya. Nak yang lagi hot, sila klik di sini. Selamat bersahur!

30 comments:

Anonymous said...

promosi Revolusi Marudu ka kawan?

Anonymous said...

Wakakakaka....Lebih baik Tekong singkirkan sahaja penulis ini. Bikin semak!- Anony 2

NONG said...

Salam Perpaduan & Salam Kemerdekaan untuk semua pembaca setia SAM.

Terima kasih atas ulasan2 anda semua.

Rasanya Staff SAM semua ini bukan berkurang sebaliknya akan bertambah pada masa2 akan datang.

Mr. Aki Abad 21 said...

ini bukan duni pulitik main singkir2 kawan...kalau d singkir rugi rugi, zaman mahadir main singkir2 ...sikarang apa suda jadi ? pambangkang bagaikan GONIT manyambar beberapa negeri...singkir buli tapi kana pikir 1 juta x untungnya berapa, ruginya berapa ....

Tuan Cobra said...

Memberikan Komen biarlah bertanggung jawab dan Sebelum memberikan ulasan wajiblah berfikiran Positif bah kawan2...Jgn ada jiwa dan perasaan yg rosak dan merosakan.Sayang akal dan fikiran kita yg d anugerahakan oleh Allah jika fikiran banyak yg tidak positif.Kan komen ni juga termasuk cara kita memberikan buah fikiran yg terbaik dan contoh kepada pengabdian dan keperibadian kita kepada semua bangsa d Zaman yg sudah bertamadun ni kan..!!!

Anonymous said...

Menjadi Hamba kepad Rakyat 1...Tetapi kalau Pemimpin sudah menjadi HAMBA dan takut bercakap itu sama saja betul2 menjadi hamba. Itu pun tidak boleh menjadi pemimpin rakyat kerana 100% angguk pun tidak bagus juga sama mcm cara Pemimpin negeri Sabah pada hari ini hanya Angguk2 kepala kepada C Musa Aman.Terlalu takut pada C Musa AMan walhal C Musa Aman ni bapanyapun dari Pakistan bah...Kenapa juga takut sengat ni?

Umar al-Longobi said...

terima kasihlah kpd anony yg mencadangkan agar sy disingkirkan. sy juga insan biasa, kalau ada kesilapan tegurlah sy. sy bersedia menerima teguran dan akan memperbaiki kelemahan dari masa ke masa. cuma, bolehkah kiranya anony beritahu di mana yg silap? agar dapat dijelaskan hujung pangkal ceritanya. tapi kalau anony mau gertak saja, mungkin anony silap orang... hehe!

nota: tq kwn2... :-)

Umar al-Longobi said...

Pemimpin berjiwa hamba tidak sama dgn hamba yg berjiwa hamba. lain tu... "berjiwa hamba" maknanya, merakyat sifat kepimpinannya. :-)

JMimie said...

Yang baik kita ambil, kalau rasa tidak baik, usahlah tambah mengeruhkan keadaan...sayang-menyayangi itu lebih baik drp saling menjatuhkan..

Teruskan perjuangan sdr Umar.

SANGURU said...

insan seperti umar besar gunanya dalam SAM. Ahli2 SAM sekalian, tiada penyingkiran/pemecatan. Teruskan menulis!
Pemimpin mmg perlu merasa dirinya hamba kpd rakyat. Jika tidak, itu bkn pemimpin sejati.

SANGURU said...

idea2 sdr Umar segar wpn keras sedikit tapi masih lembut banding penulis2 lain di blog lain.
Saya x silap mencari penulis yg sesuai untuk SAM.

Anonymous said...

Slmt puasa..pasal pemimpin berjiwa hamba ni,susah jg dipraktikkan pd zaman yg semakin moden..lagi bagus istilah pemimpin berjiwa hamba tu kita kasi ganti dgn istilah pemimpin berjiwa rakyat..baru nmpk mcm sedap utk didgr dan lebih merujuk kpd pemimpin yg perihatin terhadap masalah rakyat.baru lah 1malaysia dapat dicapai..bahaya tu kalau ada pemimpin yg berjiwa hamba..takut nnt kena pijak2 kepalanya bukan sj dari pemimpin lain tetapi juga dari rakyat jelata.. Saya bknnya tdk setuju dgn apa yg dibicarakan oleh Umar al-longobi,malah saya ucap tahniah kpdnya sb dpt memberikan kata2 iktibar dan pedoman kpd pemimpin pd masa kini.cuma istilah tu bgs kita tukar kpd yg lebih baik dan afdal..

P/S..Kita semua adalah pemimpin.jadilah pemimpin yg berwibawa dan bukannya pemimpin yg dibawah-bawah..

Anonymous said...

Salam sejahtera dan tahniah buat keluarga SAM..

Setiap komen2 saudara/i menunjukkan arus pemikiran moderate ke arah kemajuan dan integerasi nasional yang mantap. Mencapai aras tertinggi dalam sesuatu hieraki perlu ada gain and lose,mencapai permuafakatan juga perlu identifikasi perpecahan.

Dengan semua itu,suatu masa akan lahir pemimpin yang benar2 berwibawa dan berkemampuan untuk membawa revolusi, buat kita yang majoriti populasi tetapi kuasa minoriti di Sabah ini.

Teruskan perjuangan saudara Njoy..kemanisan berjuang apabila wujud halangan.

Anonymous said...

Macamana pun...saya setuju entri sdra Umar. "Pemimpin berjiwa hamba...", saya rasa maksud hamba yang diutarakan di sini bukannya hamba yang dipijak2 bah anony...kekekek...nakal kalo itu...

Kalau kita kasi luas2 sikit fikiran, pemimpin berjiwa hamba yang dimaksudkan itu ngammm merujuk kepada; 1. Jiwa semulajadi manusia@makhluk@ hamba kepadaNya...Naah...kalau sudah berjiwa hamba, susah sudah mau menyimpang2 karaja bilang urang...bis bila sudah rasa2 mau 'keluar tanduk' buat khianat trussss ingat balik yang kita ni hambaNya...jadik, mau men'dajal' pun tidak jadi pasal ada lagi yang Maha Besar laaagi bos dari yang bos2@pemimpin2 ni...jadi, mau tidak mau, terpaksa buat kerja betul2...

susah2 saja bilang si Filix..Nanti September dia datang Bandau. Apapun istilahnya...yang penting cara kita bepikir...apaitu...kasih buang semak2 pikiran bilang urang...Hehe..

Salam ceria untuk Anony2..
saya, Balsam.

One said...

SAM, apa perkembangan/kemajuan projek kerajaan '1kampung 1industri'? adakah ia benar2 berjaya di KM?

Saya fikir kalau kerajaan benar2 serius membantu penduduk KM dari segi ekonomi ada 2 perkara asas yang kerajaan harus mulai beri perhatian secara serius:

1. Memperbaiki infrastruktur asas(tidak perlulah dicerita panjang lebar)
2. Menjayakan secara serius program '1kampung 1industri'(juga tidak perlulah dicerita panjang lebar)

Mungkinkah kerajaan kita ini seperti 'hangat-hangat tahi ayam'?. Kalau saya bertanya setakat manakah program '1kampung 1industri' berjaya menjana pendapatan orang kampung dan meningkatkan aliran tunai di KM yang seterusnya mengeluarkan penduduk miskin tegar daripada ketegaran kemiskinan? Harap SAM tolong bagi jawapan. Kamu ada di sana, saya ada di sini, jadi kamu lebih tahu.

Apabila kerajaan memulainya, kerajaan harus menyudahinya dengan baik. Janganlah mengajar rakyat memulai sesuatu tetapi berhenti setengah jalan.

One said...

saya mau memperbetulkan ayat saya yang ini:

"Kalau saya bertanya setakat manakah program '1kampung 1industri' berjaya menjana pendapatan orang kampung dan meningkatkan aliran tunai di KM yang seterusnya mengeluarkan penduduk miskin tegar daripada ketegaran kemiskinan? Harap SAM tolong bagi jawapan. Kamu ada di sana, saya ada di sini, jadi kamu lebih tahu."

Pembetulan:

"Saya ingin bertanya setakat manakah program '1kampung 1industri' berjaya menjana pendapatan orang kampung dan meningkatkan aliran tunai di KM yang seterusnya mengeluarkan penduduk miskin tegar daripada ketegaran kemiskinan? Harap SAM dapat memberi info. Saya di si..ni jauh2 ini tidak tau perkembangan di sana"

Tuan Cobra said...

Makanya saya komen tadi tu kalo komen tu bagus2 bah. Mcm Tulisan C Umar tu ok bah untuk kita2 pengamar bloger....Nda ada saya nampak yg salah...

SANGURU said...

pemimpin berjiwa hamba. Mmg sukar ditemui dlm sistem politik/parti. Entry yg bagus, setidak2nya mengingatkan kita semula ttg konsep kepimpinan sejati. Khalifah umar abd aziz misalnya, adalah pemimpin berjiwa hamba spt yg sdr umar maksudkan...ingin rasanya dipimpin org spt itu...apakah akan ada utk kita?

SANGURU said...

pemimpin berjiwa rakyat pun kira memadailah. Paling tidak - pemimpin ingat rakyat. Ingat siapa dia, siapa angkat dia, siapa dia banding insan2 lbh istimewa yg x jd pemimpin. Pemimpin yg ingat diri, insyaAllah ingat rakyat, insyaAllah juga ingat Tuhan...kalau kita dapat yg ini pun dah kira beruntung. Bkn senang org mcm ni tembus jd pemimpin via sistem parti/politik...hampir mustahil melainkan dgn kehendakNya...

SANGURU said...

pemimpin spt Nik Aziz, Pak Lah...wpn ada jg yg kritik tapi rata2 dianggap pemimpin luar biasa. Dihormati kawan dn lawan. Pemimpin mcm mereka umpama bintang kejora yg jarang2 muncul...kepada semua pemimpin, parti apapun, contohilah mereka, atau contohilah pemimpin lebih agung yg tercatat dlm sejarah dunia.

Mr. Aki Abad 21 said...

pemimpin berjiwa hamba - antara ciri2nya; dia hanya takut pada ALLAH,cinta pada ALLAH n RASUL lebi dari yg lain.

sipat2ny; inda takut sama2 makhluk, kasi sayangnya pd urang lebi dari dirinya, pemurah, parangainya dan sikapnya d sukai semua urang, pikirannya tulus tanpa campur aduk yg karut2, takutnya pada naraka bukan alang2, rindu pada suruga malabi-labi pasal surga adalah tampat abadi....cukuplah ini mr.aki bagi tau... kalau mau tau lagi kamu buli cari guru tauhid dan tasaup kasi urai ini barang....

Mr. Aki Abad 21 said...

pemimpin berjiwa hamba - antara ciri2nya; dia hanya takut pada ALLAH,cinta pada ALLAH n RASUL lebi dari yg lain.

sipat2ny; inda takut sama2 makhluk, kasi sayangnya pd urang lebi dari dirinya, pemurah, parangainya dan sikapnya d sukai semua urang, pikirannya tulus tanpa campur aduk yg karut2, takutnya pada naraka bukan alang2, rindu pada suruga malabi-labi pasal surga adalah tampat abadi....cukuplah ini mr.aki bagi tau... kalau mau tau lagi kamu buli cari guru tauhid dan tasaup kasi urai ini barang....

SANGURU said...

sy menjangka perubahan besar akan berlaku pru-13, tapi saya tidak menjangka akan berlaku impak besar seperti yg kita2 ini harapkan. Why? Sekadar peeubahan parti pemerintah, tidak menjanjikan perubahan jika pemimpin 2x5 saja. Percayalah. So, harap sgt BN dan PR carilah pemimpin yg bagus. Kelak negarabangsa ini cemerlang, sejahtera.

Umar al-Longobi said...

1. tq kpd sanguru. inilah antara kekuatan SAM. mempunyai seorang ketua yg prihatin dan adil kpd anak2 buah di bwh seliaan/didikannya. bukan mengampu, tapi fakta.

2. sebenarnya pengulas semua lebih bijak drp penulis, hehe. tq atas ulasan2 yg membina dan ada yg bantu memberikan jawaban yg lebih jelas ttg "berjiwa hamba". sikit tambahan, asas perhambaan pertama yg terdapat di dlm "berjiwa hamba" adalah tidak lain menjadi hamba kpd-NYA. kalau seseorg itu sudah berjaya menjadi hamba-NYA, automatik dia seorang manusia yg hebat dan akan menjadi pemimpin yg agung. kedua, menjadi 'hamba kpd rakyat'. yg dimaksudkan di sini adl, kita mengamalkan bbrpa sifat hamba itu di dlm berbakti kpd rakyat. spt rendah diri, kuat berkhidmat, mendulukan rakyat, kasih sayang, menghormati dll. bukan menjadi kuli kpd rakyat.

3. memang sukar mencari pemimpin spt itu, betul. sekurang2nya artikel ringkas + ulasan kwn2 ini boleh dijadikan panduan dan penanda aras, pemimpin yg bagaimana kita perlukan. kalau tidak sama 100% pun, marilah kita pilih pemimpin yang paling hampir. biarpun terpaksa memilih pemimpin yg paling kurang jahatnya dari kalangan pemimpin2 yg jahat.

bersama kita menyelamatkan Marudu!

Umar al-Longobi said...

oh... hampir lupa jwb ttg komen anon bhw sy promosi REVOLUSI MARUDU di sini. ya, saya mengaku... sy x hipokrit. sy promosi pun tidaklah keterlaluan bah kan, haha. cuma bbrpa perkataan saja drp beratus perkataan artikel yg sy tuliskan.

dan, yg paling penting sy bukan promosi Umar al-Longobi. yg sy promosi adalah Kota Marudu. kalau tidak percaya jemputlah ke sana. kpd anon2 yg berkemampuan... Marudu memerlukan byk blog bersekutu. SAM adalah induknya. carilah mana2 sendi yg masih lemah dan perjuangkan. mungkin boleh buat blog khusus tentang pelancongan di KM. yg lain mungkin dlm bidang kebudayaan. dll...

kewujudan blog2 bersekutu (kecil) itu bukan utk menyaingi SAM atau sesiapa. tapi sebagai pelengkap dan saling menguatkan di antara satu sama lain. :-)

SANGURU said...

hmm, kita buat saja asalkan benda baik. Baik permulaan, pertengahan dan penghujungan...

Anonymous said...

ok boss tapi jangan jadi pemimpin berjiwa hamba. Asyik yes..yes...yes...hak sabah pun tergadai. Maruah nta kemana. Masa depan galap gelita. Hampir semua pemimpIn BEEND sabah jiwanya hamba. Ada yg jd hamba duit, hamba jawatan, hamba KL, dll...
SAVE SABAH,
LONG LIFE MSIA

Anonymous said...

Saya benar2 terpakailah dengan pendangan Sanguru ni... "Baik permulaan, pertengahan dan penghujungannya"...Itulah ciri2 Kepimpinan pemimpin yg kita cari..Bukan yang hanya pandai mengata dan mengumpul harta saja tau dia...Mengumpul harta mengumpul juga tetapi janganlah sampai macam C Musa Aman tu.CM kita ni mengumpul harta betul dia.D dalam kesempatan dia benar2 d pergunakan bah...Sedih juga saya bila memikirkan Pemimpin yg sebagini.BN d Sabah kalah bukan kerana BN tu tetapi kerana dia dan kuncu2 dia.ADUN dan MP d Sabah ni hampir 80% kuncu2/macai2 dia semuanya.....Sudahlah d Malaya BN/UMNO ni teruk dia lagi d Sabah ni bikin teruk....PRU ke-13 nanti mcm mana BN tidak boleh kalah...Astagafirullah Musa2 nda pandai Aman2 kita d rusahkan d orang ni.

SANGURU said...

hmm, sepanjang sy memblog, bila sy mengkritik, saya kritik secara umum, sy x sebut direct nama org/pemimpin kr sy x punya bukti. Hehe. Namun bila sy memuji, saya buat secara umum dan khusus. Misalnya, saya puji nik aziz, pak lah, dll.
(Sy x paksa pula sdr/i anony ikut style ini. Hehehe...)

Anonymous said...

Ini kenyataannya bah Sanguru..C 1Malaysia,C Musman ni Sama juga ngan Max kamu tu bah...Tanpa bukti sekalipun saya tau n dengar bah apa org kata !!! Kalau mau bukti tengok ja pada PRU ke-13 nanti....1Malaysia adalah pemimpin terakhir dari R.A.H.M.A.N...Ingat tu Faktanya hampir dekat dah...!!!