SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 31, 2009

Jangan Lupa 3.

Malam ke-sepuluh Ramadhan: Allah Ta’ala mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ikhlas serta mengikut tertibnya.
Dunia politik abad ini melakar sejarah apabila parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, sekali gus menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso. Inilah catatan terkini politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad. Lantas, pelbagai teori dan andaian dibuat oleh peminat pentas politik melalui media elektronik termasuk TV, akhbar ,majalah dan blog. Kesemuanya menceritakan tentang sebab musabab kekalahan sebuah kerajaan yang telah menerajui negara Jepun selama 54 tahun yang kemudiannya tersungkur di hujung jari rakyat. Ternyata kuasa rakyat adalah mustajab dan punya super power mengubah sesuatu yang difikirkan mustahil. Mungkinkah perubahan ini bakal menjadi suatu ingatan kepada para politikus bahawa mereka harus bersedia dan berhadapan dengan fenomena ini yang kemungkinan akan menular ke seluruh dunia. Apapun keadaannya, teori bukan lagi dianggap sebagai pencatur terbaik pada sesuatu perkara di dunia ini, apa lagi wang ringgit, martabat, empayar politik dan juga kuasa. Negara Jepun sebuah negara maju serta antara kuasa penentu ekonomi dunia memberi gambaran bahawa faktor2 bersifat keduniaan semata2 bukanlah pencatur handalan menawan hati2 manusia. Kita wajar jadikannya sebagai iktibar dan cermin agar para politikus menyarung pakaian jenama ‘ jiwa hamba’. Sifat berjiwa hamba bukanlah seperti yang difikirkan kebanyakan kita bahkan sebelum ini telah disinonimkan sebagai pak turut, mudah dicucuk hidung, angguk-angguk, main yes tuan, penakut, membuntut, tidak pandai dan yang lebih teruk lagi, berjiwa hamba dipandang sebagai pencacai tanpa maruah. Berjiwa hamba menurut ahli tasauf adalah kelompok manusia yang kebergantungan jiwa dan raganya ( zahir dan batinnya ) hanya pada Tuhan-Nya. Cintanya juga hanya pada Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Pentas dunia baginya hanya sebagai pentas ujian menuju akhirat. Lebih dari itu, mereka merupakan abid ( ahli ibadah ) pada malamnya tetapi singa di siang hari. Singa dimaksudkan bukanlah singa liar, tapi mengambil sifat berani singa sebagai raja hutan. Penjiwa hamba, tidak takut dengan perkara-perkara bersifat dunia bahkan mereka turut disifatkan sebagai Ahlul-Haq atau orang-orang soleh yang jiwanya dekat dengan Tuhan. Persoalannya, wujudkah lagi orang2 seperti ini ? Ke mana kita cari mereka ? Jawabnya, mereka ini pasti ada dan cara mencari adalah dengan melihat sifat-sifat seperti dikhabarkan. Namun, mencari mereka bukan semudah yang kita fikirkan kerana mereka ini tidak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Bacalah sejarah Uwais al-Qarni, seorang wali ALLAH dalam sejarah Islam. Kalau kita tidak menjadi wali ALLAH cukuplah kita menjadi pengikut mereka yang berjuang dan menurut langkah-langkah perjuangan mereka. Ingatlah, iman tidak dapat diwariskan daripada seorang ayah kepada anaknya. Untuk mencari iman, setiap individu kena usaha sendiri. ALDUSUNI

5 comments:

SANGURU said...

cetusan minda yg tajam. Sy dan DJ Tompinai baca blog d rahaya cafe. Teruskan tn.

SANGURU said...

tsunami politik d jepun ini seharusnya jadi peringatan awal kpd negara lain...

mka said...

Jiwa Hamba ada sebenarnya, namum kebangkitannya telah ditimbuni oleh daun2 yg gugur dari sebatang pokok yg hidup subur di halaman duniawi. Amat licik agar kehadiran Jiwa Hamba dapat dihapuskan sama sekali. Namun sampai bila daun yg gugur menimbuni Jiwa Hamba ini? esok, semalam, di sana? yg pasti kebenaran akan abadi.

Umar al-Longobi said...

sy percaya tsunami politik dari negara mthri terbit itu akan merebak ke nusantara... lalu, ia akan bertukar kpd misteri. apapun sbg rakyat, kita mau pemimpin yg berjiwa hamba. klu ada pemimpin berjiwa raja cuba2 naik di KM, kita tolak!, tolakk!! dan tolakkk!!! dia. syabas al-dusuni! dusun berbangga ada anak dusun sptmu...:-)

SANGURU said...

AKU JADI KELU
(sajak khas untul al-dusuni)

mengapa jemariku tidak selincah semalam takala menghasilkan puisi persembahan untuk sekalian rakan, apakah telah berlalu detik ilham dan kocak rindu di danau kalbu, atau aku menjadi semakin kerdil di hadapan kebesaranmu?

aku jadi kelu
bila dulu engkau katakan
aku insan terbaik pernah kau temui
aku benar-benar kelu.