SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, August 19, 2009

"Jangan Lupa": Satu Resensi

Mereka yang telah banyak bekerja untuk memajukan SAM dan rakyat khususnya di Sabah Utara memang wajar diberikan penghargaan, walaupun tidak diminta. Nama-nama itu tidak lain, seperti Ketua Pengarang Sanguru, sdr. Al-Dusuni, Dr. Nellson, sdr. Tompinai dan sdri. Nong. Termasuk sdr. Illie yg merupakan Admin SAM dan beberapa orang lagi yang tidak sempat disebutkan namanya. Saya secara jujur, merasa bangga dengan semangat juang mereka. Kita mengharapkan agar ia akan berterusan. Kami di perantauan ini hanya mampu memberikan sokongan, hehe. Kalau ada kelapangan, akan menulis sesuatu. Ya... biarpun akan dikatakan orang sebagai seorang yang hanya pandai berteori/bercakap. Mungkin tidak lebih daripada itu. Sebab itu sajalah kapasiti yang kami ada sekarang. Memang kita pasti akan terhidu seolah-olah berlaku penyisihan. Tapi, kita haruslah memandang semua ini dari sudut positif. Saya fikir, niat entri sdr. Al-Dusuni ini adalah baik. Beliau mahu kita tetap tawadhu` (merendah diri) walau telah menggapai kejayaan demi kejayaan. Beliau juga ingin agar segala penghargaan/pujian itu dapat dikongsikan kepada semua yang telah sama-sama menyumbang samada secara langsung atau tidak. Apapun, kepada orang-orang muda yang baru berjinak-jinak dalam dunia perjuangan.. usahlah rasa tersisih. Teruskan berjuang dengan apa yang kamu ada. Kamu akan tetap dihargai dan diperlukan. Situasi di Kota Marudu sekarang, amat memerlukan ramai pejuang. Lagi ramai lagi bagus. Berbeza dengan di Kelantan. Di sini pejuang yang memerlukan Kelantan. Siapa pejuang yang lemah, akan tertinggal/ditinggalkan di belakang! Sebab, di sini terlalu ramai pejuang yang hebat-hebat.
Ingatlah, perjuangan ini tidak akan berlangsung sekiranya hanya dilakukan seorang diri. Perjuangan umpama seekor burung helang. Ada kepala, badan, sayap, kaki dan kukunya. Setiap bahagian memainkan peranan yang sama-sama penting dan mesti bergerak seiringan. Sebagai kepala tidak boleh memadang rendah kepada kukunya, kerana tanpa kuku helang itu akan mati kerana mengalami kesukaran mencari makanan. Sebagai kuku juga mestilah menghormati kepalanya, kerana tanpa kepala masakan burung itu bisa hidup.
Save Marudu!

16 comments:

SANGURU said...

cantik itu pokok. Pokok itu sudah besar. dulu pokok itu cuma benih. bila pokok itu sudah berbuah?
magsabarrr...

SANGURU said...

cantik itu padang hijau. kecantikan itu akan rosak jika ada ilalang tumbuh. Fikirkan!

SANGURU said...

Pondok buruk dekat pokok itu perlu perhatian. Kasihan penghuni2nya. Jangan leka memungut buah-buah yang berguguran pada pohon dekat itu pondok. FIKIRKAN!

SANGURU said...

Pelangikah yang ada di langit itu? Jika pelangi, kena selalu ingat: DUNIA INI BAK PELANGI. CANTIKKKK MEMANG TAPI AMAT SEMENTARA. fikirkan!

SANGURU said...

Binatangkah di bawah pokok itu? jika ia binatang, halau binatang itu! Manusia/penghuni pondok itu yang sepatutnya memakan buah-buah berguguran dari pokok (SAM) itu. SEKALI LAGI FIKIRKAN!

SANGURU said...

SAVE SAM!!!

Anonymous said...

Pengorbanan anda semua sangat di hargai.

Teruskan!

Pyan Krista said...

...salam untuk Sabahan...Maruduian...
teruskan perjuangan...

BANGGA AKU PADA SAM.

ison said...

Ahli2 SAM, sila masuk pejabat. ;)

Anonymous said...

walaupun diluar SAM, tetap bagi sokongan...

teruskan perjuangan kalian..

Umar al-Longobi said...

Marilah kita fikirkan. Jangan sampai kita ditempelak sebagai kaum yang, "adakah kamu tidak berfikir?". :-)

SAVE SAM!
SAM TATAP NO. 1!
SAM POWER!

ming2elly said...

SAM TETAP SAM !

Ayuh kita teruskan mara ke hadapan...

jika padang rumput yang menghijau itu dibiarkan, pasti tumbuh lalang menutupinya...

padang yang menhijau itu harus ditanam dengan pokok dan disuburi dengan air dan baja yang baik... rumah yang usang itu harus diperbaiki lagi...

jika padang rumput itu dijaga... mungkin di masa hadapan, ianya akan dipenuhi dengan pokok2 yang subur dengan buah-buahan dan rumah yang usang itu mungkin akan bertukar menjadi rumah yang tegap & cantik !

SANGURU said...

ades ming, lengkap betul klu itu. Hehehe

Anonymous said...

Penggorbanan yg amat besar adalah satu perjuangan yg bererti buat Bangsa,Negeri,Negara pada stua hari nanti...Oleh yg sedemikian Kita mengangkat dan memertabatkan Bangsa,negeri dan negara kita dengan menyokong sepenuh penuhnya 1MALAYSIA yg bukan menjahanamkan Intitusi kewarganegaraan kita khasnya buat Annak2 Melayu,Bumiputera d negeri Sabah yg tercinta....Hapuskanlah Pengeluaran Maykad Malaysia dan Surat Beranak kepada Pendatang2 Asing dari Philipine,Indonesia,Pakistan dan India melalui pintu pengeluaran d Negeri Sabah ini.....Demi GENERASI mu d Negeri dan Negara Malaysia tercinta ini.

Umar al-Longobi said...

Ming, buli2 ayat kau. Tekeluar sudah tu sisik tapuk, hehe. Benar adanya...

Anon,

Ya, sememangnya IC merupakan isu yang besar dan pernah mendapat perhatian drp pemimpin2 Sabah sebelum ini. Tapi nampaknya, usaha itu masih bagai mencurah air ke daun keladi. Jadi, kita ingin menyeru kpd mereka yg memegang kuasa. Atasilah masalah ini segera! Jangan sampai cucu dan cicit kita menjadi pengemis di bumi sendiri.

Carl S. Adun said...

yup...kita memerlukan pejuang yang tulen, komited & ihklas....saya benyak berkenalan dengan rakan2 dari Kelantan semasa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya - Kolej Kediaman Kedua misalannya yg terkenal dengan gerakan reformasi, fundementalist, sekularist etc...those were the days...he...he