SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 17, 2009

Jangan Lupa

Perkara paling jelas setelah sekian waktu berada di antara SAM dan UTARA fm adalah pertambahan ilmu dan sahabat. Maka, saya katakan pada sahabat-sahabat UTARA bahawa, kita di UTARA bakal membentuk satu keluarga yang sifatnya makin membiak dan akan terus membiak sehingga membentuk satu keluarga besar. Lalu, jangan kita lupa asal usul kita. Ingat bahawa, UTARA dilahirkan oleh ibu dan bapa UTARA yang bermohorkan kemiskinan. Semua kita tahu tentang ini. Kekayaan UTARA hanyalah komitmen dan setiakawan setiap nafas dan nadi yang berdenyut di dalamnya.

Pengalaman dan jerih payah yang pernah dilalui individu-individu yang memulai, menengahi dan melonjaki UTARA seperti adanya kini, wajar dilihat sebagai suatu hadiah dan dijadikan sebagai batu asas. Kerana itu adalah antara pengalaman yang menjadikan UTARA matang saban hari.

Sesekali marilah kita lihat ke belakang, bukan untuk berundur, tapi untuk kita ukur nikmat yang tidak pernah putus Dia berikan kepada kita. Rasakah kita, sedarkah kita, dan bersyukurkah kita, akan nikmat yang diberikan olehNYa?

Kemudian, datang pujian dan penghargaan... Ingat, setiap kita wajar menerima pujian dan penghargaan mengikut kedudukan, hatta mereka yang berada di luar sana. Sekalipun mereka tidak pernah muncul dan tidak pernah kita kenal raut wajahnya, namun mereka ada hak menerima penghargaan dan pujian.

Justeru, saya ingatkan diri saya dan sesiapa yang pelupa dan selalu lupa agar, bahagi-bahagilah, kongsi-kongsilah pujian dan penghargaan itu kepada semua agar setiap kita di UTARA berasa dihargai dan disayangi. Ingatlah juga yang kasih sayang itu kunci persaudaraan.

Ingatan tulus dari seorang yang disaluti sejarah kemiskinan,

Aldusuni

14 comments:

SANGURU said...

semoga nur SAM dan sinar utara.fm kekal terang dan jelas. kekalkan frekuensi...

Mr. Aki Abad 21 said...

mr. aki tinguk dari luar sja .....apa kesudahan

SOMEONE said...

Adusuni...
saya tidak faham la posting kau ni.
macam marah pun ada..macam tida puas hati pun ada.
Saya selaku pembaca setia SAM macam lain2 rasa bila ada posting begini dari staff SAM sendiri.
Cuba ka kau kasi terang maksud kata2 kau ni.terasa ba tu staff SAM yang lain saya rasa2..

Anonymous said...

mungkin c Aldusuni mau minta di angkat baini.Cakap tak mau nama,hakikatnya sekarang sakit hati bila tiada orang puji..maksudnya buat kerja tidak ikhlas..

Aldusuni said...

kamu baca banyak kali bah ...suara hati dalam saya. kalau dapat jumpa saya dan kita bincang2 pasal tulisan saya ini, boleh kan ?

Aldusuni said...

Setuju seperti apa yang diutarakan oleh tuan Aldusuni. Mesejnya sangat jelas dan jangan sesekali kita mudah alpa dengan apa yang telah dikecapi sekarang. Pujian yang datang mencurah-curah ini juga adalah hasil komitmen dan sokongan rakan-rakan pendengar kita samaada yang berada dekat atau jauh dari kita. Jarak bukanlah pengukur kepada semangat perpaduan dan setiakawan yang patut diterapkan dalam diri setiap rakan-rakan demi untuk kebaikan bersama.

Tanpa adanya sokongan dari mereka, UTARA.FM tidak akan melangkah sehingga ke peringkat ini. Kami di KUSnet amat menyedari hakikat itu dan kami menyeru kepada rakan-rakan semua jangan samasekali merasa terasing dengan apa yang telah kita kecapi sekarang kerana di depan kita masih banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi atas sokongan rakan-rakan semua.

Salam dari durian buat semua..

( lihat ulasan mereka atas tulisan saya di http://utarasabah.net/ )

SANGURU said...

buat macam biasaaaa bahhh...kan "utara.fm : macam biasa juga bahhhh..."
INGAT INI. SELAGI KITA INGAT, INSYALLAH BOLEH MAJUUU...

TERUSKAN!

Anonymous said...

saya sudah baca banyak kali. memang ada yang tak betullll. macam2 saja kau ni al dusuni. mat kecohhhh...

Aldusuni said...

tanpa nama; kou hanya membaca kulitnya tdk pada isinya...lalu yang BETUL kou nampak tidak BETUL atau kabur2 kou lihat....

Anonymous said...

betul tu kalau gentelmen kasi tahu bah siapa nama tu dapat berkenalan dengan lebih jelas lagi. jan hentam tapuk2 ja..

fadzlie said...

Tn Anonymous - Bagi saya, tidak salah mengutarakan pendapat. tapi biarlah dengan cara yang betul. Bukan ikut suka saja. Kita masih terdidik dengan adat kesopanan serta budi bahasa.Kalau pun memang jiwa mu itu merdeka jangan pula akhlak mu binasa.

SANGURU said...

pembaca mendambakan berita, info, isu yg menarik dan bermakna, bukan benda remeh temeh dan berbalas komen yang buang masa pembaca. Tutuplah perkara ini. usah risau, benda baik oleh orang baik, mendapat PUJIAN TUHAN, para Malaikat dan makhluk2Nya termasuk manusia.

Aldusuni said...

anda yg budiman... sila masuk http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ( fikiran, sikap, bahasa, jiwa , perjuangan dan sebagainya ada dalam blog saya. baca dari pos pertam saya hingga akhir, lpas itu... bagi ulasan mendalam tulisan saya yg bertajuk' jangan lupa ' jangan baca kulitnya sahja....siapapun anda, minta maaf !!! menghukum biar adil, tegur biar beradab... siapa2 yang tdk puas hati sila jumpa saya...kita hurai habis2an 'tulisan saya ' d mana silapnya, d mana kerosakannya... sya tulis itu kerana saya tahu asal usul saya.

hati saya tergerak tulis 'jangan lupa' kerana saya lupa, kerana saya pelupa...anda juga pelupa macam saya...akhir sekali, jika sekiranya anda jujur mencari kebenaran hubungai saya 0195399476 kita jumpa bincang secara terbuka.. jangan baca kulit sahaja apa yang saya tulis.....sya akan bagi tahu anda kenapa sya tulis pekara yang anda tidak suka ....

Gaaman said...

Ok ba sdr al-dusuni, si anon tu merupakan salah sorang sahabat Utara Fm/Kusnet, SAM(dan sdr sdiri) yg sentiasa mengikuti perkembangan terkini Utara Fm/SAM. Walau pun kali ini dia tak faham esok2 faham la dia tu. Tapi saya yakin dia pasti terpesona dgn hasil LENSA sdr, cantik, menarik dan ada ummhhh!! tak ada beza dgn jurugambar profesional..syabas!!