SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 25, 2009

KASI "UP" MEMORIAL ORANG KITA...

Lensa Minda al Dusuni mendorong saya menulis. Memang cantik dan hebat memorial untuk "penjajah" di Kundasang, di putatan, di Labuan dan lainnya. Kononnya mereka hero sedangkan semua bani penjajah 2x5 saja. Yang sengsara dan terjajah dulu adalah nenek moyang kita. Menyedihkan, memorial untuk pejuang anak watan masih daif bahkan ada yang tiada. Sudah tiba masanya pejuang anak watan misalnya Mat Salleh, Sharif Osman, Sagunting, Kulindod, Mboh Ali, Pak Musa, dll diabadikan dan ditonjolkan agar generasi merdeka tahu dan bangga. Memorial sedia ada wajar "diup grade". Selain memperkasa patriotisme, boleh juga mengamit pelancong termasuk yang pernah menjajah kita...

4 comments:

Gaaman said...

yang amat memilukan, bilamana ungkapan "MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!" dilaung-laungkan sejak 46 thn lalu, tapi hakikatnya masih tetap terjajah(dijajah). Adakah bumi Sabah ini tidak mampu melahirkan pemimpin mantap dan berkualiti, sehinggakan semua keputusan MESTI dirujuk dan DIPUTUSKAN oleh 'dorang'??..

Panaitan Boy said...

alaa.. sebenarnya Sabah ni masih dijajah ba. Urang bilang keluar mulut harimau masuk mulut buayo!!. kesiann..

Anonymous said...

Perlu ada pejuang baru kemerdekaan(minda) yg berani bersuara dan tidak takut!!!.. usah macam kerbau dicucuk hidung - pak turut!

SANGURU said...

sebut pasal kerbau, sesekali ikut rasmi kerbau: biar tunduk asal mananduk.
Alamak bosss....ini falsafah sy belajar di kem seribudaya dulu2....