SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, August 1, 2009

Kemalangan di Kg.Timbang, Kota Belud

GAMBAR KEMALANGAN
31hb. Julai 2009 (Jumaat). Sekitar jam 6.45pm semasa saya dan suami didalam perjalanan balik ke Kota Marudu, kami telah menyaksikan sebuah kemalangan jalanraya yang melibatkan kereta D-Max (dari arah KK-KM), Lori (dari arah KM-KK) dan sebuah motorsikal (arah KM-KK). Kemalangan ini terjadi apabila lori dari arah bertentangan secara tiba-tiba memasuki simpang sebelah kanan (kiri dari KK-KM). Motorsikal yang mengekori lori berkenaan pula terperesok di tayar belakang lori (penunggang selamat). Selepas memastikan keadaan selamat saya dan suami bergegas turun memberikan bantuan. Kereta D-max dipandu oleh seorang guru yang mengajar di SMK.Langkon dengan seorang penumpang iaitu isteri beliau yang sarat mengandung 7bulan dan berkerja sebagai Pembantu Tadbir. Sementara pemandu lori dan penunggang motorsikal berkenaan adalah penduduk Kampung Timbang. Kemalangan ini tidak melibatkan kemalangan jiwa. 999 telah dihubungi dan ibu mengandung tersebut telah dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan.

4 comments:

Umar al-Longobi said...

Syukur, semuanya selamat.

Anonymous said...

hello..saya orang timbang...kereta lori tu...pakcik saya tu...nama dia montuduk bin belugu....ada lagi kah gambar yg kau ambil...boleh kau kirim di email saya...matboypower@yahoo.com...

waktu itu..pakcik saya memandu mabuk..bah...kaki dia cedera bersama bini dia...tapi tak lah teruk sangat..

Tulunbunou said...

Umar, syukur la semua selamat..

Anon,
ooo... pak cik ko pula.. bahaya o dia memandu. kami di belakang D-max tu. Saya rasa pun macam dia mabuk masa tu tapi nda la jg sa cakap sbap nda berapa pasti...1 keping gambar ja dapat sa ambil coz hp full memory. Penunggang motor ok ka?


Kepada semua pengguna jalan raya, elakkan memandu didalam keadaan mabuk. selain membahayakan diri sendiri turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Anonymous said...

astaga...tkejut sia oooo...abg bapa sia ba c montuduk 2....dia 2 mmng mcm 2..mbuk ja spnjang masa....susa mau ckpla dia 2 mcmna...suma org d kg pn knal dia 2..