SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 20, 2009

KEMALANGAN DI SELEKOH TINGKALANON

KG. TINGKALANON, TANDK, KOTA MARUDU: Satu kemalangan melibatkan dua orang guru wanita SMK Tandek berlaku pada 19 Ogos lepas sekitar jam 12 tengahari di selekoh 'S" Kg. Tingkalanon. Kereta yang dipandu oleh guru wanita tersebut gagal dikawal mungkin ekoran keadaan jalan yang bengkok itu lalu menjunam di dalam parit. Kedua guru tersebut cuma cedera ringan. Kawasan ini memang berbahaya dan ditakuti oleh para pengguna. Oleh yang demikian, setiap pemandu hendaklah berhati-hati sepenuhnya terutama pemandu baru yang tidak mahir melalui selekoh 'S" ini. Nota: Inilah selekoh bahaya yang pernah SAM tegur beberapa bulan lepas. Selekoh tersebut sepatutnya lurus (menurut plan asal JKR) namun atas sebab-sebab tertentu ia akhirnya dibina menurut jajaran baru mengikut jalan kampung sedia ada. Inilah akibatnya...mungkinkah lebih ramai mangsa keadaan ini? Apakah setiap kali ada kemalangan maka faktor kenderaan dan faktor pemandu sahaja dijadikan penyebabnya? Apakah faktor jalan yang tidak ikut standard tidak dijadikan faaktor utama? SAM HANYA MELAPORKAN. PEMBACA BUAT PERTIMBANGAN. - SAM

5 comments:

Anonymous said...

bagus u all saman bah klu ada kemalangan sebab itu jalan sepatutnya lurus?
apa cerita suda tu kes bengkang bengkok? sudah lurus kaaitu?

SANGURU said...

jalan yang tidak selamat perangkap maut kpd pengguna.

SANGURU said...

sebut pasal jalan d keselamatan, tq banyak kpd pihak yang telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya selepas entry tentang keselamatan jalan disiar dalam SAM. ada beberapa kawasan di KM yang telah dipasang kawalan had laju warna kuning2 tu. (apa nama, nta la...)

Anonymous said...

kontrator yang tak berkoliti btl2 menyusahkan org.macam mana projak boleh lulus pd hal x ikut plan?

Anonymous said...

"selekoh merbahaya(s)..siapa yang harus dipersalahkan..pihak JKR ataupun penduduk kg?"persoalan yang selalu bermain di fikiran setiap pemandu ketika melewati jalan ini...keluhan mereka sesekali resah dan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Walau apa pun,kepada semua pengguna yang melalui kawasan ini,pandu cermat dan ingatlah orang yang tersayang.Anda pasti akan selamat.