SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, August 19, 2009

KEMBARA JALUR GEMILANG DAERAH KOTA MARUDU

Sebanyak 50 buah boat telah dinaiki untuk kembara jalur gemilang dari Kg.Tanjung Batu menuju ke Salaping.
Makan tengahari di Dewan Komuniti Kota Marudu
bersama semua kontinjen
( YB.Puan Anita & Pegawai Daerah menaikkan bendera di destinasi terakhir di Kg.Tanjung Batu)
( YB.Anita & Pegawai Daerah bersama Pengetua SMK.Tandek )
( YB.Puan Anita Baranting sedang menandatangani buku lawatan SMK.Tandek )
( Destinasi : SMK.Tandek )
( Destinasi Kg.Morion)
(Destinasi: Kg.Masolog )
(Destinasi : Kg.Damai )
Kota Marudu, hari ini 19 OGOS 2009 ( RABU), Kembara Jalur Gemilang telah diadakan sempena dengan Bulan Kemerdekaan Ke - 52 bagi tahun 2009 ini.
Turut bersama2 dalam Kembara Jalur Gemilang ini ialah YB.Puan Anita Baranting ADUN N.5 Tandek, Tuan Pegawai Daerah Kota Marudu (Puan Luvita Koisun),Ketua2 Jabatan, kakitangan2 Awam, ahli2 parti setiap komponen BN dan tidak kurang juga orang ramai yang turut mengambil bahagian dalam kembara ini.
Sebanyak 5 destinasi yang telah dituju, antaranya ialah Kg.Damai, Kg.Masolog, Kg. Morion, SMK.Tandek dan Kg.Tanjung Batu di mana kesemua destinasi ini telah diadakan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku diiringi dengan menaikkan bendera Sabah dan jalur gemilang kita.
Destinasi ke 6 ialah Salaping di mana semua kontinjen yang menyertai kembara ini telah menaiki bot merentasi laut menuju ke Salaping.Dan dianggarkan kira2 50 buah bot telah bergerak dalam Kembara Jalur Gemilang di Laut.
Saya percaya program2 seumpama ini wajib diteruskan untuk tahun2 akan datang bagi membakar semangat juang masyarakat kita untuk mencintai negara Malaysia tercinta.
TAHNIAH kepada YB.Puan Anita Baranting dan Tuan Pegawai Daerah juga semua pihak yang bersama2 menjayakan Program Kembara Jalur Gemilang ini.Semoga usaha seumpama ini tidak akan berakhir setakat di sini saja tetapi juga pada tahun2 akan datang.

6 comments:

Sulaiman Hanim said...

Kibar Jalur gemilang kibar juga...Anak Cucu/cicit kita WAJIB d pertahankan juga...Tidak ada guna mengibar jalur gemilang setiap tahun puncak hari memperingati kemerdekaan kita yg ke 46 tahu (Buat Sabah/Sarawak)52 tahun buat Semenanjung Malaysia. Setiap hari HAK kita selaku anak Merdeka semakin terhakis d sebabkan kebuasan pemimpin Negeri dan Negara kita sendiri,Pengeluaran dan Penganugerahan Maykad Malaysia yg berlaluasa kepada warga asing dari Negara Philipine,Indonesia,
Pakistan dan India yg sepatutnya Pemimpin dan orang2 yg bertanggung jawab tidak semestinya MENGANUGERAHKANnya kepada pendatang2 ini.....Dengan adanya IT alat penghubung d antara kita boleh sahaja kita menggunakannya untuk berpesan dan memperingatkan keseluruh Warga Malaysia yg berada d negara ini suapaya berhati hati dengan PENGHIANATAN dan KEHANCURAN yg d catuskan oleh pihak2 yg tidak bertanggung jawab kepada Negara dan Rakyat negara Malaysia ini..... D harap generasi muda Zaman ini benar2 BERSATU demi Negara Malaysia... AMIN !!!

SANGURU said...

tahniah DJ Nong, liputan/laporan yang bagus,: ada tertib, mudah difahami, gambar yg lengkap d setiap setiap lokasi, dan ada penerangan yg ringkas tp tepat. Pemberitaan yang boleh dijadikan model SAM.

SANGURU said...

mr. Sulaiman, alangkah bagus klu: 1hasrat: kedaulatan dipertahankan, masa depan diutamakan...
Mampukah kita sandarkan harapan dengan semua pilihan yang ada? Semoga Tuhan melindungi negara ini.

Umar al-Longobi said...

Bagus, satu pemberitaan yg baik sekali. Tahniah kpd semua yg terlibat di dlm mejayakan prorgam ini (termasuk pembacuh kopi VVIP, hehe). Diharapkan roh kemerdekaan itu meresap ke dalam diri mereka dan rakyat yg melihat.

Anonymous said...

Pembancuh kopi ka saudara Umar?
Tapi dibayar juga ba katering ni.bukan free kalaupun untuk vvip. Semua orang yang terlibat berpeluang merasa makanan dan minuman yang sama.

Umar al-Longobi said...

ngamlah kalau mcm tu anon. sy tidak mempersoalkan ttg mkn/mnum mereka. sy cuma mahu sampaikan ucapan tahniah kpd org2 di sebalik tabir, walaupun kita nampak peranan mereka kecil.

sama spt kes mencapai kemerdekaan negara. pemimpin2 besar diagung2kan. kenapa pakcik/makcik yg menjual air di tepi jln semasa pengisytiharan merdeka itu tidak dihargai? hehe...