SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 17, 2009

Kota Marudu Kekurangan GULA ?

Setiap hari kita selalu mendengar isu terbaru yang diperkatakan oleh seluruh rakyat malaysia. Namun begitu, terdapat satu isu yang sering kali menjadi perbualan hangat di rumah, kedai kopi atau di tempat terbuka (Awam). Antara isu tersebut ialah, GULA. setiap kali menjelangnya perayaan isu GULA sering menarik perhatian. Sebagai contoh di daerah Kota Marudu/Pitas, masalah untuk mendapatkan GULA amat sukar pada masakini. Justeru, tidak hairanlah jika terdapat ramai dikalangan pengguna kurang senang dengan situasi masa kini. Ini terbukti apabila pengguna sering merungut semasa mengunjungi kedai-kedai di kawasan Kota Marudu. Oleh yang demikian, esok (18 Ogos 2009 - selasa ) merupakan hari gembira buat semua Warga Sabah amnya dan Kota Marudu/Pitas khasnya, kerana terdapat 300 tan GULA telah tiba dari semananjung. Dan aggihan GULA tersebut akan dibuat dalam minggu ini. SYABAS KERAJAAN NEGERI.

8 comments:

Anonymous said...

sia rasa2 lah, dorg tapuk baitu gula. macamana boleh habis?

Anonymous said...

Bukan tapuk bah..Banyak bah sudah rakyat Malaysia ni.Ko fikirlah sendiri kita d negeri Sabah ni semenjak tahun 1980an berapa juta orang sudah warga asing yg d berikan Maykad Malaysia melalui negeri Sabah ini? Anda mau tahu berapa juta melebihi 2.5 juta dah d keluarkan kawan.Jangan lama baru nak sedar akan "HAK" kita selaku rakyat Malaysia ni.Ada lagi ura2 mengatakan mulai sekarang 3.5 juta lagi Maykad Malysia akan d keluarkan menerusi negeri Sabah gara2 Tsunami Politik yang melanda Semenanjung Malaysia. PTI @ Wargasing yg akan d berikan maykad Malaysia adalah dari negara Philipine,Indonesia,Pakistan,India mungkin ada juga Warga daripada Negara China yg akan d berikan Maykad Malaysia ni....Apakah kita selaku Warga tempatan dan Bumiputera d negeri Sabah ini merestui akan hakikat pemberian maykad ini?....Hanya yg boleh menjadi penyelamat Negara kita adalah Pemimpin2 UMNO sahaja. Kalau Pemimpin UMNO tidak ada perancangan mengeluarkan Maykad ini syukur Alhamdulilah lah. Kerana sudah banyak Maykad yg d berikan tu.Henti2kan lah untuk MENGADAI HAK Warganegara ini...Wahai Pemimpin UMNO jika Gula pun sudah susah nak bagi makan apa lagi jika d berikan Maykad tu terlalu banyak nanti.Pasti kita seolah olah 'MENYUSUKAN KERA D HUTAN, SEDANGKAN ANAK SENDIRI KEHABISAN GULA".....he he he fikir2kan lah...

Anonymous said...

Jika benar cerita anda ini... saya benar2 tidak suka.

SANGURU said...

jika benar...TUHAN SAJALAH YANG SAYA BOLEH HARAPKAN DAN PERCAYA SEPENUHNYA.
.Tuhan, kiranya ini satu bala, berilah tempoh,
Jika ini cobaan, berilah kesabaran
Jika ini perubahan, semoga yg benar mendapat kemenangan.

PEMUDA said...

betul..betul..
kalau gula ni pula.. asal perayaan mmg slalu habis...
apa ada org politik makan ka tu gula?
BINAWE BETUIII..

Pelangi said...

kurangkan gula :)
baik juga untuk kesihatan...
jangan pula nanti bila gula sudah ada..berabis pula guna gula :)

Sulaiman Hanim said...

Anonymous said...
Jika benar cerita anda ini... saya benar2 tidak suka.

August 17, 2009 10:03 PM

Selaku Rakyat Negara ini apakah perjalanan dan pendengaran anda tidak sejauh dan kurang jelas? Lihat mana2 Pasar Ikan d Negeri Sabah ini Siapa yang kebanyakan menjual ikan? D seluruh negeri Sabah ini siapa yg banyak menjual Sayur2an dan Kueh muih....? Apakah anda tidak terasa d dalam negeri kita ini Kehadiran orang2 Pendatang2 dari Indonesia,Philipine,
Pakistan dan India ini? Saya amat sedihlah sekiranya anda tidak mengetahui apa yg berlaku d dalam negeri Sabah semenjak tahun 1980an lagi? Hampir 2.5 - 3 juta rakyat asing d anugarehkan Maykad Malaysia kesemuanya Pendatang yg saya sebutkan d atas...Apa pengharapan anda kepada Pemimpin UMNO? Merekalah yg memberikan Maykad Malaysia ketika menjatuhkan Kerajaan PBS pada tahun 1994 dulu. Hanya PBS sahaja yg berani menjerit dan mengutuk tindakan pengeluaran Maykad yang juga Penghianatan kepada Melayu dan Bumiputera negara Malaysaia. Tetapi sekarang PBS sudah berada d dalam Komponen BN pemimpin2 PBS sudah mendapatkan kedudukan dan Pangkat yg bagus2 mereka sudah tidak berani menyuarakan pendapat dan pendangan lagi...Kerana bagi Pemimpin PBS kedudukan dan pengkat adalah lebih penting dari menyelamatkan Negeri dan Negara Malaysia walaupun Slogan PBS masih "MEMBELA RAKYAT DAN NEGERI SABAH"....Tidak ada Komponen BN d negeri Sabah ini yg berani menyuarakan Pendangan dan kebimbangan terhadap penganugerahan Maykad Malaysia dan Surat beranak Malaysia lagi...Saya berharap hanya Generasi muda sahaja yg akan bengkit dan bangun untuk menegakkan Keadilan dan Kebenaran ini......Seandainya pun generasi muda belum terasa persaingan untuk mendapatkan Wang dan kerja dengan pendatang yg sudah pun d berikan Maykad ini..!!!

Anonymous said...

betull---betulll..