SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 21, 2009

Lintas Langsung Sambutan Kemerdekaan SMK Tandek

SAM sekali lagi melakukan satu lagi anjakan baru apabila salah seorang penulis SAM Sdr. Tompinai yang juga Dj Utara.FM dimaklumkan satu acara sambutan kemerdekaan diadakan di SMK Tandek dan terus bergegas ke sana bersama Dj Nong yang kemudian bergambung dengan Dj Batman yang menunggu di Tandek dan terus membuat lintas langsung majlis kemerdekaan. Ini antara beberapa senario yang berlaku sepanjang lintas langsung utara.fm
Cikgu Androd (Sanguru) bersama En. Philip Mairon, Puan Sailim Gaban ditemuramah mengimbas kembali peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan di daerah Kota Marudu dan khasnya Tandek.
Sebahagian guru dan pelajar yang hadir dalam majlis forum kemerdekaan bertemakan Jiwa Merdeka'Gerai' Utara.FM mendapat perhatian para guru dan pelajar
Tuan Pengetua SMK Tandek En Keng Chuan Seng sedang 'on air' dan menyampaikan amanat pendek kepada pendengar-pendengar utara.fm kepentingannya menghargai sejarah kemerdekaan
Pegawai RELA, Kapten Dominic Gorotom, antara pejuang Tandek jug berkesempatan ditemuramah. Beliau mengajak belia tidak mudah terjebak dengan tipu daya anasir negara
Salah seorang pelajar sekolah Tandek juga sempat memberikan pandangannya mengenai apakah itu kemerdekaan. Menurutnya, merdeka bukan sahaja ertinya pembebasan daripada penjajah tapi juga masyarakat harus juga memiliki minda yang merdeka yang tidak terikut-ikut dengan acuan barat.
Penolong Kanan Pentadbiran dan kurikulum SMK TANDEK, Cikgu Androd@Sanguru sempat menDJ sebentar sambil juga mengajak para pendengar supaya merenung sejarah kemerdekaan dan perjuangan serta bersama-sama mempertahankan institusi kenegaraan melalui penghayatan sebenar apa itu jiwa yang merdeka.
Cikgu Robert antara guru yang sempat ditemuramah.
Penyelia Petang SMK Tandek, Alexson Makantal juga turut ditemubual.
Sesi korek maklumat bersama SANGURU. Heheh...
Bersiap sedia ke udara.. hehehAntara dj-dj Utara.Fm yang sempat hadir. Dj Tom, Dj Batman, Dj LM, Dj Nong (ambil gambar dia tu. Sori Dj Nong.. inda nampak muka di sini.)
Nota: En Philip Mairon merupakan veteran perang Dunia ke-II bersama isterinya Pn. Sailim Gaban bersama-sama dengan Cikgu Androd Sadian, Sejarawan, Penyelidik Pendidikan Awal Di KM berkongsi dengan pelajar melalui forum Jiwa Merdeka. Menurut Cikgu Androd, Tandek merupakan lokasi sekolah terawal yang diusahakan oleh NC Jamari Hj Jalil pada tahun 1932 dan diluluskan pada tahun 1935. Sekolah berkenaan dibina pada tahun 1936 dan mula beroperasi pada tahun 1937. Guru besar pertama ialah En, Bulangan Timbul berasal daripada Papar. Rekod perkhidmatan Guru Besar paling lama dipegang oleh Cikgu Hj Jalil selama 25 tahun. SAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Merdeka!Merdeka!Merdeka!. Sama-sama kita menghayati nilai kemerdekaan dan melakukan anjakan persepsi melalui pembebasan minda dalam mengharungi survival bangsa yang kian dihimpit keangkuhan moraliti dan globalisasi.

8 comments:

ambaya said...

TAHNIAH SMK.TANDEK atas pelancaran dan sambutan kemerdekaan ini.

Umar al-Longobi said...

Tahniah kpd SMK Tandek,krew SAM & Utara.FM dan semua yg terlibat.

Apb melihat gambar2 yg dipaparkan, teringat pula kenangan 10 tahun lalu. Hehe...

Nota: LM, cutikah? Ehem2.. palan2 kioboh. :-)

SANGURU said...

LM yg berambut pendek, kelihatan lbh macho dan pasti lebih bermotivasi jengok kampung, dll. Bagusss bahhh

SONSOGON said...

TAHNIAH kepada warga2 SMK Tandek kerana berjaya mengendalikan program ini..bagaimana kalau program seperti ini diadakan di kampung2? sudah tentu dapat memberi kesedaran kepada warga2 kampung bagaimana pentingnya sambutan kemerdekaan..kerana selama beberapa waktu ini sya lihat tidak ada pun perasaan gembira dikalangan warga kampung apabila tiba bulan kemerdekaan mungkin mereka tidak berapa ambil peduli dan apabila program kemerdekaan diadakan disetiap kampung..sya pasti semangat kemerdekaan itu akan menebal dalam jiwa.

Harap2 ada ahli SAM yang membuat program kemerdekaan ini di kampung2 yang terpencil.

SOMEONE said...

Kampung Salimandut adalah antara kampung yang saban tahun melaksanakan program ini hasil kerjasama semua jawatankuasa dalam kampung.
Harap semua kampung dapat melaksanakan program penghayatan kemerdekaan ini.Jadikan sebagai satu keWAJIBAN setiap tahun macam sambut Pesta Kaamatan.

TOMPINAI said...

Sekiranya ada kg2 yg mengadakan program kemerdekaan boleh menghubungi SAM, supaya program itu dapat disiarkan dalam SAM. Selain itu, kalau sekiranya, kawasan itu ada capaian internet dgn menggunakan brodband, Unit siaran UtaraFM bole hadir sama.

SANGURU said...

SAM d Utara.FM media alternatif rakyat. Percuma dan mudah.

Carl S. Adun said...

waaa..tuan alexon penyelia petang sudah aa.congrate...he's my mate in form six last time