SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 4, 2009

MAJLIS DAERAH PANGGIL PENDENGARAN BANTAHAN

(Surat Jemputan MDKM)
KOTA MARUDU, 4.8.2009: Majlis Daerah Kota Marudu melalui surat bertarikh 21 Julai 2009 telah menghubungi para pembantah yang membantah penilaian hartanah di dalam kawasan perkadaran Majis Daerah Kota Marudu/Pitas. Saya salah seorang penduduk kampung yang menerima surat tersebut kerana saya juga telah mengisi borang bantahan (dengan bayaran RM5 bagi setiap item bantahan) berkaitan percukaian di kampung. Untuk makluman pembaca budiman, saya kini tinggal di Taman Perumahan berhampiran pekan Kota Marudu dan tidak ada membuat bantahan bagi kes cukai MDKM di kawasan taman perumahan kerana bersikap rasional bahawasanya kawasan taman perumahan dalam pekan memang wajar dikenakan cukai....NAMUN KALAU KES ORANG KAMPUNG, SAYA MEMANG BANTAH! (Saya tidak mahu orang-orang kampung, kena main-main...PANTANG SAYA!)
Jika berdasarkan kepada bunyi surat dan maksud surat pihak MDKM ini, yang dibincang hanya kadar cukai atau nilaian yang dibuat oleh pihak syarikat swasta yang dilantik oleh pihak kerajaan/MDKM. Sedangkan isunya sekarang di kampung-kampung bukannya berapa kena cukai tetapi "MENGAPA KENA CUKAI SEDANGKAN BELUM PATUT DICUKAI". Saya pernah bercerita perkara ini dengan sahabat kita, Tuan Pegawai Daerah. Menurut beliau, MDKM baru diperingkat pernilaian. Saya kata, tidak, pihak MDKM sudah pun mengeluarkan notis tuntutan cukai tertunggak!
Sekali lagi bagi pihak rakyat yang merasa ada yang tidak kena, kami ingin menegaskan, sebagaimana yang telah saya tegaskan dalam siaran Utara.FM baru-baru ini (1 Ogos 2009); PENDUDUK KAMPUNG BUKAN TAK MAU BAYAR CUKAI TAPI BELUM TIBA MASANYA DAN TIDAK KENA TEMPATNYA. APA YANG ORANG KAMPUNG DAPAT? APA YANG MAJLIS SUDAH BERI? INI BUKAN KOTA KINABALU. KALAU DI KK, MEMANG LOGIKLAH. INI KAMPUNG! SAYA ULANGI AGAR KALIAN BOLEH "SAVE DALAM MEMORY" - INI KAMPUNG YANG MUNDUR. ORANG KAMPUNG YANG PERLU MENGEMUKAKAN NOTIS TUNTUTAN JANJI-JANJI PEMBANGUNAN!!!... Nota: Saya berharap sangat agar rakan-rakan saya di JPM/pihak yang berkenaan membaca , memahami dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya. Jika ada menteri yang tidak faham kedudukan kes ini, sila datang ke Tandek, Kota Marudu, Sabah lihat kampung-kampung yang terlibat dalam percukaian. Wajar atau tidak dibebani dengan cukai yang belum tiba masanya? SILA MAMPIR KE KAMPUNG SAYA! Hmm, saya pun hairan...siapa agaknya yang memandai-mandai memasukkan kampung-kampung mundur itu dalam kawasan perbandaran...

44 comments:

Little Mike (LM) said...

memang tidak patut! selagi kampung2 mundur, mau bagi apa?

Anonymous said...

iya kan...siapa agaknya yang kasi masuk itu kampung2. mulau-ulau punya karaja. malas buat karaja tapi rajin buat karaja mulau-ulau. ptuiiiii...

Anonymous said...

mmg hangat itu cerita cukai di sana saya dengar. Bantah jangan tak bantah. Mana pemimpin punya suara?

from KK with love.

Syen said...

mamang tidak patut tuan.. klau dia dah bagi cukup kemudahan untuk rakyat bulih ini apa pun dia tidak bagi tapi mau kutip pulak..

Anonymous said...

zalim namanya tu...PM kata "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Kerajaan tempatan pula "cukai didahulukan, kerja dikemudiankan".
Harap usaha sanguru ini dapat membela rakyat.

SANGURU said...

Saya akan cuba memandu orang kampung termasuk diri saya untuk mengajukan bantahan secara berhemah melalui memorendum yang akan diserahkan pada 13 ogos ini. Bantuan rakan2 amat diperlukan untuk menemui rakyat yang bakal dikenakan cukai...

Gaaman said...

SAM(NGO berkaitan) boleh menganjur/mengatur satu majlis/sesi taklimat kepada penduduk kampung terlibat(pastikan ramai2 datang)dan jemput Pegawai Daerah(dan pegawai kerajaan berkaitan)utk menjelaskan 'rancangan' MDKM ini. Melalui program seumpama ini, Orang Kampung bolehlah dengar dari mulut DO sendiri ttg isu ini.

SANGURU said...

Gaman, suruh kami ngo yang atur program pula? Adesss...suruh lah bah orang yang kutip RM5 setiap satu bantahan dari kami (purata seorang pembantah hari tu mengemukakan 2 bantahan = RM10, ada yang lebih). Saya ada minta tn DO tanya pihak berkaitan berapa duit bantahan rakyat yang dorang dapat kutip dengan begitu mudah sekali hari tu. Pakailah duit tu untuk buat apa yg sdr gaman syorkan...

SANGURU said...

sangat menyedihkan, kampung yang belum membangun dimasukkan dalam kawasan perbandaran, agar dengan itu maka pihak majlis berkuasa mengutip cukai!
sangat menyedihkan....sangat mengecewakan.
Bila orang tanya kenapa pungut hasil, jawapan yang diberi ialah kerana sudah masuk dalam kawasan perbandaran!
Perbandaran apa?! mengappa kampung yang mundur dan jahil jadi mangsa? kerana orang mundur dan jahil memang mudah dijadikan mangsa?
alahaiiii....
Harap disiasat:
1. Sejak bila kawasan kampung ini diwartakan.
2. Siapakah ahli-ahli majlis yang meluluskan pewartaan?
3. Atas alasan apa?
4 Siapakah syarikat yang telah dilantik sekarang? siapa yang melantik?

Anonymous said...

nar! mulauuu karaja dino tongo tulun MDKM dino...mogobul kumaraja, arajin minta cukaiii....awasi dot posutan!

Anonymous said...

Meting PBS Bhg ada bincang pasal perkara ini. Pun nda setuju.

Gaaman said...

Sanguru,
Mana2 la samada NGO anjur atau NGO desak PBT/MDKM utk anjur perjumpaan tersebut.. Apa2 masalah rakyat yg SENGAJA tdk diperdulikan/diperhatikan oleh pihak berwajib, merupakan kesempatan bagi NGO utk memainkan peranannya. Dgn kata lain berfungsi sebagai 'penghubung' antara pihak berwajib dengan orang kampung.

Pyan Krista said...

RINGKAS SAJA DARIPADA SAYA ANAK MARUDU YANG DAH LAMA MERANTAU: DAHULUKAN RAKYAT. JGN AMBIL KESEMPATAN KELEMAHAN RAKYAT.

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau pandapat mr. aki sanang saja .... kasi pungut itu tahi2 karabau dan anjing d kawasan tandik sampai ke kampoung2 baru ngam bayar cukai ...

Anonymous said...

dan kasi itu taik2 kerbau sapi sama org2 yg mau sgt duit. Gila! Mulau! Sialan!

Anonymous said...

oiii pihak atasan tau kah perkara ini. Korang turun padang bah. Tengok itu kg2. Kamurang tingu pula mutu prkhidmatan mdkm. Jgn asyik pungut cukai. Ptuiiiiiiii!

SANGURU said...

insyaAllah sy akan hadir jemputan itu. Saya x akan cakap banyak. Saya hanya akan serahkan bantahan rakyat, ingat, saya hadir sebagai ngo. Salinan memorandum akan saya beri kpd pihak2 yg berkenaan. Ini masanya utk org biasa bersuara.
DS Najib, dengarkan suara ini. Suara yang ikhlas utk rakyat. Rakyat didahulukan!!!

Umar al-Longobi said...

Sanguru dan rakan2 di KM, teruskan usaha kalian. kpd yg berkenaan, HENTIKAN SEGALA KEKARUTAN ITU! Sebahagian besar kamu pernah susah. Jgn lupa asal-usulmu...

PARCEL C said...

tuan sanguru, saya simpati dengan keadaan penduduk kg d daerah tuan. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti sangat bentuk surat dan cukai dikenakan oleh PBT. Mungkin tuan boleh ajukan kepada tuan dinakan berhubung perkara ini. Ini kerana, hal seperti ini boleh dikenakan tatatertib terhadap ahli2 MDKM.

saya harap tuan dinakan dapat membaca note ini.

PRESINT 3 said...

Sangat menyedihkan perkara sebegini tuan, saya juga turut simpati dgn keadaan sebegini. Wal hal Daerah Kota Marudu merupakan daerah ke-5 termundur di Malaysia, boleh dikatakan top 5.

Kalau kita imbas tentang PBT setiap Parlimen, DO perlu campur tangan hal sebegini. Adun dan MP juga perlu turun padang.

boleh tuan terangkan apa kerja MP dan Adun di Daerah Kota Marudu setiap hari dalam sebulan?

Putrajaya said...

Setiap MP dan ADUN mempunyai Indeks KPI dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Jadi, apa mereka buat?

naik gaji MP dan ADUN merupakan bonus yang boleh dikira sebagai satu sejarah d malaysia. Namun, tahukah mereka darimana dan duit siapa diberikan kepada mereka?

tuan sanguru, saya rasa ada baiknya kalau tuan dinakan dapat maklumat terperinci berhubung isu ini untuk kami membantu.

Wisma Putra said...

1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diuatamakan merupakan konsep pembaharuan untuk malaysia. Disusuli KPI dan NKRA untuk semua penjawat Awam serta PBT.

tuan sanguru,
saya setuju jika isu ini diambil perhatian serius. pastikan semua tindakan telah dibuat dan ajukan susulan kepada tuan dinakan sebagai langkah akhir.

tahniah SAM kerana mendapat perhatian lagi dalam isu ini.

Presint 11 said...

wah.. petang2 ni ramai juga org2 PTJ buka SAM iyer? mmmm... saya pun mcm mereka juga.. mmg terkejut isu mcm ni diutarakan Sanguru. tahniah SAM.

namun, apa tindakan selanjutnya dibuat oleh sanguru dan ahli SAM berhubung isu ini? dah inform tuan dinakan ker? mungkin dia blm buka SAM lagi.

bagi saya, buat aduan kat biro pengaduan awam JPM kat Sabah tu. pas tu inform semua maklumat kat tuan dinakan.

syabas tuan sanguru, syabas SAM...

Parcel B said...

tahniah sanguru...
kami sedang memerhatikan situasi isu ini dari masa ke semasa...

rasanya memorandum tu kurang dipersetujui jika dihantar kpd mana2 pihak, namun gunakan dahulu ruang dengan menjemput menteri sabah yg bertanggungjawab dlm hal ini untuk berbincang dgn myt KM.

Banyak saluran boleh digunakan selain menghantar memorandum tsb.
rasanya, kalau ada tuan dinakan, dia lebih arif langkah2 sebegini.

Anonymous said...

TAHNIAH SAM...

Syabas dgn memaparkan isu ini. tindakan boleh diambil kpd PBT KM, namun pastikan semua dokumen lengkap.

SANGURU said...

parcel, surat di atas cuma panggilan utk pihak MDKM mendengar bantahan ttg penilaian yang dibuat oleh syarikat yg dilantik. Yg pasti, jika tidak dibantah maka pihak majlis akan kuatkuasakan cukai pintu dan cukai tanah. Yg rakyat geram, layakkah org kampung bayar cukai mcm org bandar? Alasan majlis, kg2 tsebut dah masuk area perbandran.

SANGURU said...

baru2 ini pihak mdkm keluarkan taksiran cukai yang dianggap tinggi oleh org kg. Nak bantah kena bayar. Itu satu hal. Yg rakyat x gembira ialah pasal membayar cukai. Bayar utk perkhidmatan yg tidak ada. kalau perkara ini dibiarkan maka penduduk kg termasuk saya akan diperbodoh2kan begitu saja. Bodohlah kalau berdiam diri. Ingat semua org d kg tu bodohkah?

ison said...

Logiknya memang tak patut pungut cukai kalau tiada kerja dan kemudahan yang disediakan kepada penghuni sesebuah penempatan. Saya menyokong bantahan orang2 kampung.

Saya pun orang kampung di kawasan Tandek juga. Susah senang orang kampung saya sudah alami sendiri.

Nampak sangat arahan tidak mahu dipertikaikan. Orang kampung membantah pun dikenakan 'cukai' bantahan juga. Harap2 perkara ini akan dapat diselesaikan dengan cara 'rakyat didahulukan'. Cukai kemudianlah, bila rakyat dan kawasan dah dimajukan dan PBT betul2 buat kerja mereka. TK.

SANGURU said...

rakyat mahu cukai itu d tangguh dulu. Laksana selepas kampung2 tu upgrade. 2. Nilaiam cukai d taksir dgn tepat. 3. Di kawasan taman perumahan yang sudah bayar cukai, sila beri perkhidmatan ikut standard. Kami x mau dgr alasan kurang pekerja la, jentera rosaklah, dll.

Anonymous said...

sokong ngo tolong rakyat

Umar al-Longobi said...

waduh, waduh... panas isu ini. sy ulangi sekali lagi, kpd yg berkenaan jangan PEKAKKAN telinga dan BUTAKAN mata berhadapan dgn keluhan bloggers dan pengulas. lagipun, sayang idea2 bernas drp bloggers dipandang sepi. sy percaya, 1 hari 'kamu' akan terdesak utk mengemis khidmat bloggers Marudu. Save Marudu!

SANGURU said...

TK semua pengulas. Ulasan tuan/puan banyak membantu. Harap isu ini selesai dengan baik. Setiap masalah ada penyelesaiannya melainkan kalau ""masalah itu bukan masalah", maksud saya, umpama soalan fizik, kalau soalan tidak betul/lengkap memang prof. pun x jumpa jawapan. Dalam kes cukai MDKM di kampung2 ini, fakta2/persoalan berikut perlu diketahui/dijawab:
1. Sejak bila kg2 ini diwartakan sebagai kawasan perbandaran?
2. Siapa yang mengusulkan?
3. Apa motif sebenar?
4. Mengapa sekarang mau kuatkuasa?
5. Siapa syarikat dilantik, dan siapa yang lantik?
6. Untuk kes di dalam pekan/taman perumahan (yang saya tiada halangan untuk bersetuju), mengapa minta cukai pada kadar penuh sedangkan perkhidmatan amat buruk?

Sekali lagi, terima kasih.
Jika ada yang terluka, maafkan saya kerana bercakap benar dan terus terang. Biarlah satu,dua jiwa terluka, dari ribuan jiwa raga merana (org2 kg...).

Umar al-Longobi said...

kalaulah Adam Smith masih hidup... sudah pasti dia akan memperbetulkan sistem ekonomi kapitalis yg dipeloporinya. 1 sistem yg memberhalakan "keuntungan" semata2dan seringkali berlaku penindasan terhadap golongan miskin.

SAVE MARUDU!

SANGURU said...

InsyaAllah dengan bantuan semua pihak yang sayang rakyat dan fikir risiko jangka panjang, isu ini akan selesai dengan aman dan muhibbah. MDKM (today) x salah sepenuhnya. Saya mendapat maklumat bahawa pihak atasan yang minta MDKM (today) pungut cukai kerana dikatakan kawasan kampung-kampung ini sudah diwartakan sebagai area town sejak 80-an.

80-an? Lagi lah teruk! ketika itu saya masih remaja. Jalan dari pekan Kota Marudu ke Tandek masih aspal. Rumah kami masih atap nipah. Tak pernah nampak pili paip (sekarang pun masih belum ada di kampung).

Atasan (today) pun tak salah sepenuhnya juga, sebab mereka mengeluarkan arahan mengikut plan. Salah siapakah semua ini?

INILAH YANG DIKATAKAN: "PENYAKIT" YANG DIWARISKAN. PEWARIS (MDKM TODAY DAN PBT TODAY YANG JADI PENING).

Syor saya mudah: usai semula yang kusut. Kalau PPSMI (peringkat nasional) boleh dirombak, mengapa kes kecil macam ni tidak boleh?

Ayuh, YB & MP, sama2 kita tangani/selesaikan masalah ini. MDKM dan PBT hari ini, saya memahami dilema tuan2/puan2. Mari kita selesaikan permasalahan ini. SAYANGI RAKYAT. DIKALLANGAN MEREKA , MUNGKIN KELUARGA ANDA JUGA...

DINAKAN said...

tahniah tuan sanguru...

tq semua rakan2...

saya tgh wat pemerhatian dahulu. apapun, kita tgk dulu 13 ogos ni.

lem said...

pendapatan berganda hasil daripada cukai dan bayaran borang bantahan

tetapi....

kesusahan berganda bagi orang kampung kerana terpaksa bayar cukai dan duit RM5

Apa guna bayar cukai jika kawasan-kawasan yang terlibat dalam percukaian masih mundur?

Moga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Pastikan ada "win-win situation" !

SANGURU said...

Saya simpati jg dgn MDKM. Miskin dan kurang pekerja, namun bukan begini caranya mencari dana untuk KM ni. Ada cara lebih praktikkk...

salah satu caranya? - KEKUATAN SUARA! Percaya atau tidak, paparan isu ini juga sallah satu cara itu. Mudah2an selepas ini MDKM akan dapat dana tambahan. So, kpd MDKM, usahlah berprasangka negatif kepada saya ya. Saya pencinta KM ni. Amat mencintai termasuk jua rakyatnya...JANGAN KITA SAKITI RAKYAT. KITA JUA RAKYAT...

Anang said...

Kita sama2 rakyat di KM....ya, jgn kita melukai hati rakyat...

Sanguru...pengalaman saya selama beberapa waktu dalam kehidupan ( adeeesss....) saya inda pernah lah mendengar rintihan orang kampung yang dikenakan cukai....apa yg selalu saya dengar rintihan perkhidmatan yg memang kurang memuaskan....Saya amat hairan dgn MDKM sebab sudalah perkhidmatannya tiada grade....(kelas bawahan) tidak lulus kepujian apa lagi kelas satu. Sudah pandai minta cukai....apa punya MDKM.

Klu nak dapatkan dana kreatif lah sikit BOS (MDKM), yg engkau kerjakan rakyat (orang kampung)buat apa, tapi cuba lah.....Sekali lagi saya katakan CUBALAH........kami (org kampung) tatap SUMINTOR....biasa makan ubi kayu bah ni

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

SANGURU said...

okay, untuk tatapan orang-orang yang jauh, saya akan usahakan post gambar suasana kampung yang sudah diwartakan termasuk dalam kawasan perbandaran.

Kita sama-sama tengok nanti, wajar atau TIDAK WAJAR...

InsyaAllah...

YAJOR said...

susah mau cakap prestasi MDKM kita ni..
satu contoh yang jelas lagi sewa itu dewan.Kalau buat apa saja program RM1000 sewa dia.
Kalau mau main badmintin, RM10 satu jam. kalau court di dalam memuaskan OK..tapi ini, kalau macam kami yang sudah round sabah main badminton ni, tiada kaki ba itu dewan KM tu...
SEWA ja mahal..

SANGURU said...

nah, itu pun salah satu sebab mengapa org tensen mo bayarrr cukaiii...

SANGURU said...

Nang (anang),
saya sengaja tidak fokus perkhidmatan MDKM di kawasan pekan KM termasuk di taman perumahan kami. Memang bikin panas hati.

Yang saya fokus skg ni - rencana/rancangan nak kutip cukai di kampung2 kita, dgn alasan sudah masuk dalam "town area" konon. Mana ngam begitu. Org KL pun kata tak ngammmm...

YAJOR said...

jangan dulu cakap di kampung2 ba..sedangkan lampu di sepanjang jalan utama di pekan ni pun tidak menyala semua ba macam yang mula2 itu lampu dipasang..
Kalau di jalan utama depan SMK.Kota Marudu la, punya gelap..susah mau nampak simpang masuk..silap2 boleh eksiden o.
sebelum mau mengenakan sebarang cukai, kasi seimbang dulu sama status pekan Km ni.
kalau sampah pun tidak larat kutip, bagus diam2..

SANGURU said...

yajor, betul tu. Tk kr turut simpati pd rakyat termasuk diri kita ini. Harap kerajaan bantu MDKM ni...kasilah peruntukan lebih sikit. Kasian MDKM terpaksa minta tolong org kampung ....adedehdeh...para pemimpin pula, aktiflah sikit. Jgn segan2 mengaku miskin...mmg pn KM miskin. Klu perlu bantuan ngo2 d rakyat, anytime blh tolong bahhhh...