SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 21, 2009

MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA

Saudara rakan penulis SAM, rakan pengunjung setia SAM dan pengulas yang budiman. Salam kemerdekaan untuk semua. Kepada saudara yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1430 Hijrah. Semoga ibadah puasa kalian kali ini membuka lembaran baru berserta pandangan yang baru. Salam 1Malaysia kepada semua warga Malaysia. Meski difikirkan sulit, namun jika diusahakan dengan hati yang murni nescaya ia pasti dapat dicapai. Kami di SAM mungkin gambaran kecil 1Malaysia, namun masih luas ruang untuk kami usahakan agar 1Malaysia itu benar-benar tertanam disanubari kami. Demikian juga harapan SAM kepada semua. Saya tertarik dengan entry rakan-rakan SAM kebelakangan ini. Tidak ketinggalan kerjasama antara SAM dan KUSNET. Laporan aktiviti yang telah berlaku di Kota Marudu dan khusus di Pekan Tandek turut membuatkan saya di kejauhan ini terharu dan sebak kerana gembira dengan perkara baik yang sedang berlaku di sekitar Kota Marudu. Terima kasih para pemimpin Kota Marudu kerana mula menerima dengan hati terbuka akan kewujudan SAM. Walaupun ada setengah artikel itu mungkin terlebih "cili api", dan jika itu berlaku, saya percaya SAM juga terbuka dengan teguran kalian. Kita sama-sama berpijak di bumi dan di bawah matahari yang sama. Matlamat kita sama, memajukan sosio ekonomi, taraf hidup rakyat, budaya dan tamadun yang unggul di Kota Marudu menerusi kapasiti masing-masing. Oleh itu, wajarlah bagi semua pihak untuk tidak pantas melatah, melainkan marilah merungkai kekusutan yang membelengu kawasan Kota Marudu dalam kemiskinan. Peruntukan pembangunan untuk kawasan Kota Marudu hendaklah ditadbirurus dengan penuh integriti. Rakyat sekarang bukan mahu ditabur wang tunai. Rakyat sekarang mahu peruntukan itu diguna untuk memudahkan mereka mengubah usahanya menjadi wang tunai. Atas kapasiti sebagai media alternatif di Kota Marudu, keupayaan SAM cuma mengetengahkan. Jika ada idea yang baik, para pengunjung yang bijaksana tiada masalah untuk menjelmakan idea itu untuk kemajuan bersama. Selamat memajukan Kota Marudu. Jumpa lagi.

19 comments:

NONG said...

Melayu ko beno bo Bro..hehee
saya tertarik dengan entry bro ni.
Kewujudan SAM kini mula dipandang positif oleh masyarakat kita terutama para pemimpin kita di KM ini.

SAM berdiri atas kapasiti yang tiada berat sebelah.SAM adalah saluran utama untuk kita salurkan segala maklumat berkaitan KM untuk tatapan semua warga Malaysia dengan harapan melalui perkongsian maya ini kita dapat memberikan mereka sajian info yang jelas dan nyata tentang realiti sebenar KM.

Saya berharap kita semua akan terus wajar dan terus bersatu padu walau dalam apa keadaan sekalipun..

SALAM PERPADUAN, SALAM KEMERDEKAAN

Tuan Cobra said...

Salam buat SAM dan Nong yg mengomen tulisan oleh Mogoron. Saya ingin sedikit komen berkenaan dengan Part yg Sdri Nong sebut d akhir ayat yg dia tulis.

"Saya berharap kita semua akan terus wajar dan terus bersatupadu
walau dalam apa keadaan sekalipun"

"Terus Wajar" itu WAJIBlah kita ikut dan pertahankan dan "terus bersatupadu walau dalam apa keadaan sekalipun" itu saya kurang bersetuju kerana FENOMENA yg sedang berlaku dari tahun 1980an dulu hinggalah kehari ini kita WAJIB tentang habis2an. FENOMENA Penganugerahan dan Pemberian Maykad Malaysia kepada PATI @ Pendatang Asing Tanpa Izin dari Indonesia,Philipine,Pakistan dan India itu saya tolak biarlah kepenghujung Nyawa saya.Seandainya mereka sudah melebihi dari 35 tahun d negeri Sabah dan mengetahui sudah Adat resam penduduk d negeri ini itu tidak menjadi permasalaahan yg besar.Tetapi pada hari dan detik ini Pihak2 tertentu yg menjadi Penghianat kepada Tanah air kita,Melayu dan Bumiputera d negeri/Negara ini PATI yang baru saja sampai d Negara ini baru 3 bulan sudahpun d Anugarehkan Maykad Malaysia....D mana "HAK" kita mau bersuara kepada Kepimpinan Kerajaan dan Pemimpin2 tertentu d dalam BN. Nasib ada Blog kita bolehlah memperingati sesama sendiri dan untuk renungan kepada Generasi akan datang untuk anak2,Cucu2,dan Cicit2 kita d kemudian hari....Seandainya Pemberian Maykad Malaysia ini berlaluasa tanpa henti maka yang binasa adalah Generasi negara ini.Lihat apa yg sudah berlaku pada hari ini? Pemberian Kad Pengenalan Biru pada tahun 1980an...Pendatang ini telah bekerja d jabatan2 kerajaan dan swasta d negeri Sabah ada sudah yang menjadi MP.ADUN d negeri Sabah...Bukankah Penduduk negeri ini bersaing dengan mereka? Saya berharap anda d sana berfikirlah secara yg Positif demi Negeri/Negara tercinta Malaysia....

Mogoron said...

Tuan Cobra, ha ha ha, sebagaimana namanya, tuan telah mengeluarkan bisa yang sangat berharga.

Kepada orang kebanyakan, bisa cobra itu amat ditakuti, bagaimanapun di zaman ini, bisa cobra boleh diolah menjadi penawar yang mujarab.

Kiranya pihak yang berkenaan dapat menyelami, mengerti dan bertindak dengan telus apabila terbaca keluhan Tuan Cobra yang pada hemat saya adalah antara kegelisahan rakyat Sabah.

Terima kasih atas kesudian Tuan Cobra berkongsi bisa dalam ruangan ini.

Nong, begitulah maksud Tuan Cobra sebenarnya.

NONG said...

Tuan Cobra said...
Salam buat SAM dan Nong yg mengomen tulisan oleh Mogoron. Saya ingin sedikit komen berkenaan dengan Part yg Sdri Nong sebut d akhir ayat yg dia tulis.

"Saya berharap kita semua akan terus wajar dan terus bersatupadu
walau dalam apa keadaan sekalipun"

"Terus Wajar" itu WAJIBlah kita ikut dan pertahankan dan "terus bersatupadu walau dalam apa keadaan sekalipun" itu saya kurang bersetuju kerana FENOMENA yg sedang berlaku dari tahun 1980an dulu hinggalah kehari ini kita WAJIB tentang habis2an. FENOMENA Penganugerahan dan Pemberian Maykad Malaysia kepada PATI @ Pendatang Asing Tanpa Izin dari Indonesia,Philipine,Pakistan dan India itu saya tolak biarlah kepenghujung Nyawa saya.Seandainya mereka sudah melebihi dari 35 tahun d negeri Sabah dan mengetahui sudah Adat resam penduduk d negeri ini itu tidak menjadi permasalaahan yg besar.Tetapi pada hari dan detik ini Pihak2 tertentu yg menjadi Penghianat kepada Tanah air kita,Melayu dan Bumiputera d negeri/Negara ini PATI yang baru saja sampai d Negara ini baru 3 bulan sudahpun d Anugarehkan Maykad Malaysia....D mana "HAK" kita mau bersuara kepada Kepimpinan Kerajaan dan Pemimpin2 tertentu d dalam BN. Nasib ada Blog kita bolehlah memperingati sesama sendiri dan untuk renungan kepada Generasi akan datang untuk anak2,Cucu2,dan Cicit2 kita d kemudian hari....Seandainya Pemberian Maykad Malaysia ini berlaluasa tanpa henti maka yang binasa adalah Generasi negara ini.Lihat apa yg sudah berlaku pada hari ini? Pemberian Kad Pengenalan Biru pada tahun 1980an...Pendatang ini telah bekerja d jabatan2 kerajaan dan swasta d negeri Sabah ada sudah yang menjadi MP.ADUN d negeri Sabah...Bukankah Penduduk negeri ini bersaing dengan mereka? Saya berharap anda d sana berfikirlah secara yg Positif demi Negeri/Negara tercinta Malaysia....

August 21, 2009 9:28 PM
______________________________

Terima Kasih atas respon Tuan Cobra.
Beginilah,saya bukan menidakkan sesuatu perkara itu apatah lagi cuba mempertikaikan kata2 Tuan itu tapi bagi saya,sesuatu perkara yang saya 'kurang jelas' saya elakkan untuk cakap.
Saya tiada kapasiti untuk memperkatakan isu yang Tuan kemukakan di sini kerana ini melibatkan undang2.Namun sebagai rakyat biasa yang cintakan negara & negeri, saya amat kesal dengan hal itu..kalau Tuan ada bukti jelas, sila bawa hal ini ke muka pengadilan atas kapasiti Tuan sebagai Lawyer berdasarkan profile tuan yang saya lihat.
Rakyat pasti akan bersuara jika kena pada tempatnya..

SALAM PERPADUAN...

Gaaman said...

Kewujudan SAM memang tlh dirasai dan mula menampakkan impaknya. Tiupan semangat kemerdekaan minda masyarakat KM mampu dilakukan oleh SAM/Utara Fm. Harap2 la SAM boleh menghebahkan sekerap mungkin (dan berterusan)agar warga Malaysia di Sabah utk membeli(apa tah lg skg ni ada pasar ramadhan) kuih pisang goreng, rokok, sayur2 dan barangan lain dari 'org kita'. Rasionalnya membantu menyemarakkan dan menyubur sikap usahawan di kalangan 'org kita/tempatan'..
Kalau bukan kita, siapa lgi yg membantu???..

NONG said...

Brother Mogoron..
Ya..saya setuju dengan kata2 Tuan Cobra tu tapi untuk memberikan komen tentang isu itu sebenarnya saya tidak mampu.Bukan tidak mampu untuk meluncurkan kata2 tapi saya kena berhati2 dengan sesuatu yang saya 'kurang jelas.Sikap berhati2 itu sangat perlu terutama bila membicarakan sesuatu yang melibatkan semua pihak..
Namun sebagai rakyat Sabah yang cintakan negeri sendiri, saya memang kesal dengan isu tersebut.

TAHNIAH Tuan Cobra atas kelantangan mengetengahkan isu ini.Insan2 seperti Tuan inilah yang kita perlukan untuk mengemukakan isu2 yang tidak wajar.

Umar al-Longobi said...

Rasa mcm dibuai2 membaca tulisan Mr. Mog ini, hehe. Ayat power! Kupasan isu juga mantap. Hebat, hebat...

Bagi saya simple, sy mahu MEDIA yg MERDEKA. Diharapkan agar `kemerdekaan`nya itu dipertahankan. Hanya media yg merdeka yg mampu membela rakyat. :-)

ison said...

Hehe... saya sukalah dengan tuan Cobra kita ni. Kalaulah para pemimpin di Sabah khususnya dan Malaysia amnya seperti Cobra, nescaya lambakan pendatang asing yang menerima MyKad dapat dibendung sejak awal lagi. Teruskan perjuangan tuan cobra. ;)

SAM terus mara.

SANGURU said...

susah bah tuan cobra. Sbg lawyer (?), tuan barangkali ada baca kes N? Likas, KK. Sy ada study hampir semua dokumen kes tu utk tesis sains politik yg sy buat berkaitan penglibatan PTI dlm politik sabah. JPN akui ada individu buat projek IC, not faderal project, ini permainan yg hanya boleh dihentikan oleh para pemain terlibat... Siapa blh beri kad merah?...susahhhh...

SONSOGON said...

sya tertarik untuk membuat komen apabila membaca ulasan tuan cobra@ular tedung..beliau mengatakan pemberian mykad kepada PTI berleluasa sehingga ada diantara PTI ini yang telah bekerja dgn kerajaan/swasta dan ada yang telah menjadi ADUN/MP..ini sudah terlampau serius dan sebagai seorang peguam sudah tentu tuan cobra mempunyai bukti2 yang kukuh dan tidak mungkin tuan cobra membuat sebarang kenyataan tanpa usul periksa..persoalannya siapakah pendatang PATI itu yang berjaya menjadi ADUN/MP dinegeri Sabah? dan sudah tentunya ADUN/MP ini adalah daripada komponen BN kan?

Mustahil kalau ADUN/MP dari pembangkang kerana mereka hanya ada 1 kerusi DUN dan 1 kerusi MP dinegeri Sabah.Selebihnya daripada komponen BN (UMNO,PBS,UPKO & LDP) termasuk wakil bebas SAPP.

Mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan? mengapa ketika penamaan calon dulu tidak ada yang buat protes sekiranya ada bukti calon tersebut adalah PATI?

Sya rasa ini adalah 1 kes yang serius apabila ada PATI yang berjaya menjadi ADUN/MP.

Sya mencabar tuan cobra supaya mendedahkan nama ADUN/MP yang berasal dari PATI tersebut bersama-sama dengan parti yang diwakili.

Kepada orang2 SAM berhati-hatilah dengan komen2 seperti ini kerana ia akan menjurumuskan blog anda sebagai tempat untuk meluahkan perasaan bagi mereka2 yang kecewa dengan kerajaan..kalau dibiarkan berleluasa sya pasti 1 hari nanti blog SAM akan disenarai hitamkan sebagai blog penghasut..apa2 pun sya hanya memberi pandangan..penulis2 SAM bukan calang2 orangnya dan sya pasti anda dalam SAM sudah tahu bagaimna menangani komen2 seperti ini.

ming2elly said...

" KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA "

inilah masalahnya, jika padang rumput yang tumbuh segar menghijau, tiba2 ada lalang menumbuhi di kawasannya...

sebelum lalang merajai kawasan rumput yang segar, lalang harus dimatikan agar padang yang menghijau dapat dikekalkan !!!

NONG said...

Salam kawan2..
itu sebab kenapa saya tidak mahu mengulas lanjut tentang isu yang sitanyakan oleh Tuan Cobra kepada saya kerana saya sendiri tidak jelas akan perkara ini.Seperti yang saudara Sonsogon katakan, kita harus berhati2 bila meluncurkan kata2 atau komen atau sebarang kenyataan kerana jika kita tiada 'BUKTI" jelas, silap haribulan kita akan masuk lubang.
Jadi biar mereka yang lebih pakar dan berpengalaman serta berpengetahuan berkenaan isu ini yang mengupasnya.

SALAM PERPADUAN

Gaaman said...

Cerita IC palsu(or IC asli tpi surat beranak palsu) ini cerita lama la, masuk telinga kiri kelur tlinga kanan bgi pemimpin 'Putra Jaya'. Pada hal, saban waktu ada sja yg didpati bersalah pasl IC paslu ni oleh Mahkamah. Tpi apa 'KL(trmsuk la JPN/SPR)' bilang?. tak da tu, tipu semua!!.
'Dorang' puji lgi Sabah sbb kadar kelahiran yg SANGAT tinggi dan pendudukpn dah mengalahkan Sarawak. Fikir, fikir dan fikirkan dari mana datang suma tu??..
Nak salahkan sapa????..
entah2 kitaorang pun ada jga beli kuih pisang, rokok, sayur, barangan elektrik/perabut or tgok gusti dari gerai/kedai PATI ni!!!..

TOMPINAI said...

PERHATIAN KEPADA PARA PENGULAS, SETIAP ULASAN ATAU KOMEN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.ANDA BEBAS MEMBUAT SEBARANG KOMEN/ULASAN SELAGI IA TIDAK MENYENTUH MANA2 PERKARA YANG BOLEH MENIMBULKAN PERKARA SENSITIF. BIARLAH KOMEN/ULASAN ITU SESUATU YANG MEMBINA. SAM HANYA MEMAPARKANNYA.

SANGURU said...

SAM hanya bertanggungjawab terhadap entry dan komen ahli2 SAM. Komen dari ahli bukan SAM adalah tanggungjawab pengulas sendiri. SAM tidak akan bertanggungjawab terhadap ulasan tak diundang yang mengutarakan apa2 perkara yang dianggap salah disisi apa2 jua peraturan/akta.

Tuan Cobra said...

Salam Ramadhan semuanya...Masing2 cara kita menyampaikan rasa ketidak puasaan hati kita meluahkan kekesalan yg tidak terhingga. Kerana ada d antara kita mungkin Takut menegakkan kebenaran gara2 kedudukan,Jawatan dan sebagainya. Itu memang lumrah d Dunia ini.Saya berharap komen saya dari atas yg d bahas bukanlah satu komen yg membinasakan sesiapapun juga, sama ada membinasakan negeri,negara serta peduduk Melayu dan bumiputera d negara Malaysia ini.Itu hanya buat teman2 dan saudara/saudari saya yg sayangkan Institusi Kewarganegaraan kita...Kerana Pemberian dan Penganugerahan Maykad Malaysia dan Surat beranak kepada PATi @ Pendatang Asing Tanpa Izin ini saya fikirkan adalah satu2nya Penghianatan yg tidak boleh d ampunkan dan d maafkan oleh cucu/cicit kita d kemudian hari.Hanya Pemimpin Parti UMNO/BN d seluruh Malaysia sahaja yg bisa menghentikan perkara ini dengan berkesan dan BERSUARA d mana juga Perhimpunan dengan pemimpin2 Pusat...Selagi kita masih mempunyai perasaan Sayang kita kepada Negeri/Negara Malaysia yg tercinta ini dan sebelum "NASI MENJADI BUBUR" dan "PREVENTION IS BETTER THAN CURE".....Walaupun pengeluaran Maykad Malaysia sudah banyak d keluarkan..."DAGANG TAK USAH D TANAKKAN, KERA D HUTAN TAK USAH D SUSU KAN"....Saya berharap kepada Anak Watan Negeri Sabah & Sdra/Sdri berfikirlah secara POSITIF yg mungkin d dalam perkara yg AMAT2 SERIUS ini....Demi MASA DAPAN YG TERCINTA...Wassalam.

Sulaiman Hanim said...

Saya amat menyokong pendapat T.Cobra tu,Kehadiran dan kedatangan Rakyat dari negara seperti Indonesia,Pakistan,
Philippine dan India kita alu2kan biarpun setiap hari beribu orang, ini adalah untuk kebaikan ekonomi Negara kita juga,tetapi Pihak berkuasa dan pihak2 tertentu janganlah sampai senang2 nak memberikan Maykad Malaysia dan Surat beranak kepada mereka.Kerana Penganugerahan dan pemberian Maykad/Surat beranak adalah satu jalan penyelesaian yg SALAH untuk Keberhasilan d dalam menengani permasalahan Politik d negeri/negara ini....Banyak cara untuk menyelesaikan kemalut tsunami politik d negara ini.Bersama samalah kita mempertahankan hak kita selaku Warganegara Malaysia....Masa dapan negeri/negara kita adalah tanggung jawab kita bersama.Oleh yg sedemikian Blogger2 kitalah harapan Rakyat yg Daif dan masih lagi d tekuk kemisikinan...

Anonymous said...

tiap2 ari bergaduh pasal PTI sj..ni masalah mmg sdh lama.sya pun tdk tau bila sb sya bkn pakar sejarah..tp klu tuan2 mau tau buktinya buleh tuan2 dpt.. caranya mudah sj..klu ada pakistan jual kain di kampung tuan2,minta dia tunjuk ic dia..mesti tuan2 takazut sb ic dia tu ic biru..patut ic merah la kan(pddk tetap)..cuba tuan2 tgk tarikh pengeluaran kad tu... mesti tuan2 tau zaman pemerintahan siapa..bkn menuduh ya...sori..............

Sulaiman Hanim said...

Philippine dan Indonesia d perbatasan negara kita saja...Tetapi Pakistan dan India ini jauh sengat bah tempatnya datang.Kenapa mereka cepat memperolihi mykad? Sedangkan rakyat negeri Sabah ni Contoh terdakat d Pulau Banggi pun ada lagi yg belum punya Mykad...he he he he he.Lucukan kemana hala tuju Pemimpin kita d negeri/negara Malaysia ni...seolah olah tidak ada jalan lain untuk kekuatan Politik mereka. Yg teraniayaya adalah Penduduk tempatan kita yg masih jauh ketinggalan d Pedalaman sana....Kita selaku Rakyat yg sudah memasuki era IT ini yg bertanggung jawab d atas Kesalahan yg d buat oleh Pemimpin2 kita yg terdahulu....Sayangi lah negeri/negara kita ini.Demi anak cucu/cicit kita.