SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 14, 2009

MENGAPA PEKAN KM BERGELAP?...

Terdahulu, saya tegaskan, saya bukan anti cukai. Saya pembayar cukai! Saya cuma tidak setuju, kawasan kampung dikenakan cukai buat masa ini. Jelas? Okay, berbalik tajuk diatas, cuba tanya SESB mengapa lampu2 jalan dalam pekan KM tidak menyala? Kemana perginya hasil kutipan cukai? Tanyakan kepada warga taman perumahan, kemudahan apakah yang mereka dapat selepas membayar cukai? Lalu bayangkan, apa nasib orang kampung selepas kena cukai...

2 comments:

Anonymous said...

Saya fikir perkara ini memang tidak patut didiamkan sehinggakan pihak sebelah makan hati.

sebagai orang diluar SAM, saya berpendapat SAM layak menjadi wakil penduduk daerah ini berbincang dengan MDKM tentang ketidak puashatian penduduk terhadap perkadaran cukai yang dikenakan oleh MDKM.

MDKM tidak seharusnya mengambil pendekatan berpegang teguh kepada dasar dan prinsipnya sehingga membebankan penduduk dan menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan penduduk.

MDKM patut mengambil pendekatan konsep 'menang-menang' dan 'memberi dan menerima'.

MDKM sepatutnya diingati dan disanjung oleh penduduk kerana jasa khidmatnya kepada penduduk dan bukannya diumpat-umpat kerana ketidak puashatian yang berasas.

MDKM sepatutnya berjiwa rakyat dan mesra rakyat/penduduk sebagai cerminan sikap kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan kita.

Tidak ada orang yang tidak mau membayar cukai jika ianya memang patut.

Janganlah MDKM anggap penduduk daerah ini seperti kerbau dicucuk hidung. Jika sesuatu dipersoalkan dan dibantah pasti ada sebab munasabahnya

orang kampung said...

Tahniah kepada warga SAM kerana berani tampil memperjuangkan nasib orang-orang kampung. Kenapa MDKM terlalu gelojoh mengenakan cukai di kawasan kampung belum sepatutnya dikenakan cukai? Cubalah lawat kampung tersebut...apa saja yang MDKM telah sediakan di sana? Kenapa penjual rokok haram masih bermaharajalela di pekan Kota Marudu? Kenapa tak selesaikan dulu masalah itu?