SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 31, 2009

MERDEKA: ILUSI ATAU REALITI

Negara kita merayakan sambutan kemerdekaan kali ke 52. Sambutan pada tahun ini tidak seperti tahun yang sudah kerana beberapa sebab antaranya bulan puasa dan juga H1N1. Walaubagaimana pun, kemeriahan masih jelas kelihatan. Merdeka..ilusi atau realiti, terutama sekali bagi rakyat di Sabah. Kenapa dan mengapa?. Banyak aspek yang kita, rakyat Malaysia masih lagi terikat dengan cara lama. Seolah-olah kita tidak mempunyai orang bijak pandai. Segala kata putus harus ditanya dulu sedang keputusan adalah untuk disebelah sini. Kemunculan kita di pesada nasional seakan-akan di ragui ataupun cuba dinafikan. Kasihan melihat anak-anak muda kita yang berbakat dalam bidang nyanyian, yang hilang begitu saja walaupun mendapat tempat dalam sesuatu pertandingan. Bila orang kita berpeluang untuk mendapat tempat yang baik dalam sesuatu pekerjaan, tidak dipandang malah diperlekehkan. Teruk sangatkah kita ini sebagai orang Sabah. Apakah benar oramg-orang kita hanya layak kerja dikilang2. Saya percaya ramai antara kita yang mengalami pertanyaan yang agak menyedihkan semasa berada disemenanjung. Sebab itu timbul persoalan ini, kemerdekaan yang kita perolehi realiti atau hanya ilusi. Salam Merdeka

11 comments:

SANGURU said...

klu ada asas menyatakannya ILUSI, maka ianya bukan ILUSI. Klu ada yg kata ia merdeka, ya kita memang uda MERDEKA, dan ia jua bukan ILUSI.
ALHAMDULILAH DGN APA YG ADA.
DIRGAHAYU MALAYSIA

SANGURU said...

Kita sudah merdeka, cuma...kita masih ketinggalan kr kita baru melangkah dan berjalan, sdgkan sahabat2 kita sudah lama berlepas dan berlari. Kita harus mencontohi bagaimana mereka berlari...
SALAM 1MALAYSIA...

Anonymous said...

salah orang sabah. Salah pemimpin sabah. Orang sabah salah pilih pemimpin. Pemimpin salah bawa halatuju rakyat dan negeri.
RASAIN LOHHH...

Tompinai said...

Ya tuan sanguru, semaunya kita seiring dengan sahabat kita ini namun apakan daya bila kita sering saja tidak dipandang. Fizikalnya kita merdeka tapi emosinya masih lagi belum merdeka. Masih lagi ditakuk lama...Salam

jiwamerdeka said...

waduh! anony, pantas benar ya memberi komenter..dalam situasi ini, semua orang harus dipersalahkan sebabnya yang kuat membuli yang lemah, lantas yang dibuli terusan dibuli..hihi..maka itu, pemikiran mereka harus berubah, usaha harus dipertingkatkan untuk memerdekakan jiwa itu. Pantas ya gitu...

SANGURU said...

yaaa...sepantasnya gitu mas. Mindanya perlu dirobahin dulu kemudian jiwanya lalu tindaknya juga akan ikutan berubah sihhh..

Rantong said...

Kerajaan banyak sediakn peluang memajukan bumiputra. Masalahnya adalah rakyat itu sendiri. So, kita jangan salahkan kerajaan. Rakyat perlu disedarkan akan peluang2 yang ada.
_____________________
View Profile: Rantong™

Umar al-Longobi said...

kerajaan & rakyat harus memainkan peranan masing2. peranan kerajaan antaranya merangka dasar dan melaksanakannya dengan menggunakan wang rakyat. rakyat pula mestilah memberikan kerjasama. kerajaan tidak salah tapi si pelaksana itu. kesilapan/kecuaian merancang, kerja asal2an dan kurangnya integriti menyebabkan rakyat menjadi mangsa, imej kerjaan tercemar. pembahagian khazanah negara yg adil kpd semua negeri juga harus dititik berarkan.

"Rakyat didahulukan, kerajaan dipertahan"

Saya Anak Malaysia said...

ya mmng diakui banyak yang kerjaan sedia untuk membantu semua rakyat tapi adakah semua dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Nak kata rakyat yang tidak pandai rebut peluang, tidak juga. Malah ramai yg mencuba nasib tapi gagal kerana kurangnya sokongan yang berterusan. Adakalanya, peratusan untuk siapa yang mendapatkan ditentukan tapi siapa yang dapat. Semua harus bertanggungjawab, rakyat dan juga pemimpin serta yang berkenan. Rakyat mengharapkan agar permasalahan mereka diringankan namun ada kalangan pemimpin yang 'asal buat saja'. Jadi terkantoi2. Pemahaman, pengetahuan dan sokongan itu mesti berterusan. Keperihatinan itu mesti diberikan kepada semua, pemantauan mesti diperhebatkan untuk memastikan setiap perancangan itu sampai kepada rakyat.

SANGURU said...

teruskan perkongsian pendapat.

ambaya said...

pendek kata segala ini bermula dari diri sendiri.Kalau kita mahu, pastikan kita rebut peluang sebaiknya.jangan hangat2 tahi ayam..
tapi apa yang saya perhatikan, orang2 kita ni terlalu cepat putus asa dan yang paling sadis kuat logopon. ada peluang sikit,sudah lumogop.Ketara betul bangsa yang tidak mau maju. Siapa yang mau pandang dan mau tolong orang2 yang sebegini?