SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 11, 2009

Merdeka Itu Apa?

Kalau kita jadikan buku teks sekolah sebagai rujukan, pasti kita akan menjumpai definisi merdeka. Iaitu lebih kurang, "Penjajah pergi dan anak tempatan akan mengambil alih tampuk pemerintahan. Selepas itu, negara akan bebas menentukan halatujunya sendiri." Persoalannya, bagaimana kalau wujud keadaan di mana kepimpinan anak tempatan itu lebih zalim daripada kepimpinan penjajah? Adakah itu masih dikatakan merdeka? Menarik untuk difikirkan.
Sebenarnya, perkataan merdeka berasal daripada Bahasa Sanskrit, "mahardika". Perkataan ini terdiri daripada dua kata dasar iaitu maha dan ardika. Maha bererti besar, sedangkan ardika bererti jiwa. Jadi, perkataan merdeka mengandung makna jiwa besar. Orang yang memiliki jiwa besar ialah, orang yang HANYA TAKUT KEPADA TUHAN dan bukan kepada makhlukNya.
Justeru, kemerdekaan itu sepatutnya merupakan satu perjuangan untuk mengajak manusia daripada saling menyembah sesama makhluk kepada menyembah hanya kepadaNya yang Maha Esa! Apabila berlaku semua ini, yang hak akan ditegakkan dan yang bobrok akan bersama diruntuhkan. Lantas, akan lahirlah sebuah negara yang aman dan makmur. Salam kemerdekaan!

3 comments:

TIMADANG said...

thank you buat post ini..

saya suka post yang mempersoalkan kemerdekaan ini walaupun suda agak lama tetapi masih tetap 'BARU' sedangkan di negara lain suda tidak memikirkan soal kemerdekaan lagi.mereka suda hidup aman dan sentosa,bebasla maknanya pasal tidak banyak isu dan himpitan politik tentang kemerdekaan.

tiada (orang political)
tidak banyak sangat 'FANATIK' kepada sesuatu suda mereka bisa halangi bermula daripada persefahaman sesama kaum dan sebagainya..

tetapi saya melihat disini suda tidak dapat di nafikan lagi,memang nyata soal kemerdekaan ini tetap baru berhubung dengan isu2 semasa.
jadi apakah isu yang lalu akan di ulang-ulang? :)..


sama seperti isu yang lalu tertulis di website ini www.sabahanblog.com

''SEJARAH PERLU DIPERBETUL''

Umar al-Longobi said...

Terima kasih Timadang atas komen sesedap buah madang yg sedang masak ranum. Welcome to SAM. Ya, fakta sejarah kemerdekaan negara kita harus diteliti semula agar beberapa kesilapan yg mungkin tidak disedari itu boleh diperbetulkan. Dan, sebagai sebuah negara yg bebas & berdaulat semua saki baki penjajahan mesti disirnakan. Termasuk racun sekularisme!

SANGURU said...

ulasan dari 2 insan yg pastinya berjiwa merdeka atau ingin memaknakan kemerdekaan. Bagussss....segar dan menyegarkan.
AYUHHHH, MERDEKAAAA.....