SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 25, 2009

MEREKA SAYANG KERAJAAN...

Rahaya cafe, KM: seperti biasa saya lepak di cefe mendengar cakap2 para sahabat dan orang awam. Banyak isu terutama keputusan permatang pasir. Hampir semua menjangka keputusan namun mereka sebenarnya sedih dan risau dengan teori domino. Ini menunjukkan mereka sayang kerajaan. Sekilas pandang, cakap mereka macam pro pembangkang, namun mereka bukan pembangkang. Suara mereka begitu kerana ada kepincangan yang mereka nampak untuk ditegur?

19 comments:

gundohing km said...

.. rakyat diSM sekarang tidak kira Melayu,cina dan India rata-rata sokong pakatan, hanya diSabah dan Sarawak ja yang masih mudah digula-gulakan oleh pemimpin ....,bila agaknya bangsa kita sedar.

ambaya said...

saya sebenarnnya kalau boleh tidak mahu mengulas tapi kadang2 tanggapan negatif sesetengah pihak harus diperbetulkan sekali sekala..

Kiranya kita tahu apa 'misi' PR. dan segela yang terwujudkan sekarang adalah disebabkan oleh sikap PAS, PR di negara kita..jangan kita lupa..

Gaaman said...

sampai bilakah org Sabah terus selesa dgn pemberian 'gula-gula'?!..sedangkan kitaorang BERHAK mendapatkan jalanraya kelas pertama, bekalan elektrik yg x putus2, peluang pekerjaan(borneonisasi), pendidikan dan banyak lagi.

SANGURU said...

Maju kita/Malaysia setakat ini memang inisiatif kerajaan. Dan memang tanggungjawab siapapun kerajaan mengadakan inisiatif/program/Rncangan/dll.

Mundurnya Sabah, khususnya KM pula bukanlah kerana kerajaan/BN melainkan para pemimpin. Mau tidak mahu, saya/kita kena cakap terang:
1. Pemimpin BN sabah bukan tidak kualiti/potensi namun mereka tidak berupaya menonjolkan diri akibat kelemahan diri mereka sendiri yang membolehkan pihak persekutuan/BN "mengontrol" mereka atau tiada respek kepada pemimpin kita.
2. Pemimpin BN Sabah hampirnya semua yang "termakan budi" orang KL. UMNO sabah misalnya, yang kini jadi "tuan" , dulunya tiada kuasa namun percaturan tahun 90an membolehkan mereka dapat kuasa. - orang yang termakan budi memang hilang merdeka. Pemimpin PBS kini pula adalah pemimpin yang hilang taring dan bisa kerana terhutang budi dan akur dengan tuan besar. Inilah akibat keluar BN.
3. UMNO pusat/BN pusat bukan zalim cuma orang/pemimpin Sabah yang buka ruang untuk dicucuk hidung/hilang merdekadiri.

Oleh sebab BN bukan teruk sangat sebaliknya pemimpin2 Sabah yang buat silap, MAKA: BEREHATLAH, atau DIREHATKAN dengan cara halus/kasar. Inilah sebenarnya sebab mengapa Pakatan Rakyat mendapat sokongan di semenanjung. Mereka meluat dengan pemimpin UMNO/MCA/MIC/dll (BN). Besar kepala, tidak dengan teguran, terus gila duniawi.
Kes di Sabah kemungkinan besar akan jadi begitu dan inilah yang memberi motivasi cukup besar untuk individu tertentu menjadi orang kuat PR dengan harapan? - apa lagi kalau bukan kuasa? Ya, mereka mungkin bakal menjadi kerajaan baru ini negeri, namun apakah ada jaminan semua jadi baik dan benar-benar menguntungkan ini negeri dan rakyatnya? Alangkah sedihnya mlihat para pemimpin pembangkang Sabah sudah mengira detik untuk ditabalkan oleh kita/rakyat! Inilah namanya - ambil kesempatan dari kesempitan rakyat kecil. Inikah politik?

Pada saya - kalau kita anggap sakit orang Sabah/ini negeri akibat "penyakit" mestilah dahulu selidiki apa penyakit itu. Selagi tidak, setakat pertukaran PARTI pemerintah, tidak cukup membawa PERUBAHAN untuk sabah.

Setuju atau tidak, saya tetap tegaskan: CARI NEGERIWAN YANG BOLEH GALAS CABARAN DAN HARAPAN UNTUK SABAH. Tidak kisahlah dalam parti mana. Alangkah baik kalau BN/PR dapat membariskan NEGERIWAN yang sejati untuk perubahan ini rakyat dan negeriku. Inilah pandangan saya bukan sebagai orang politik (saya orang biasa yang prihatin tentang politik dan bukan pula buta tentang politik).

TUHAN, BERI KAMI SATU ERA DIMANA KAMI BUKAN SETAKAT BEBAS TAPI BENAR-BENAR MERDEKA, DAN JUA MAJU. BERI KAMI BARISAN TERAJU KEPIMPINAN YANG GEMILANG DALAM SEJARAH NEGERI KAMI. DAN UBAHKAN JIWA DAN PERSEPSI MEREKA DI SEBERANG SANA AGAR MEREKA TIDAK LAGI MEMANDANG KAMI SEBELAH MATA BAHKAN DENGAN RASA SALING HORMAT DAN SALINGUNA. RUNGKAIKAN SEGALA KEKUSUTAN ANTARA KAMI DAN MEREKA YANG DISEBABKAN OLEH PARA PEMIMPIN SEBELUM INI. SESUNGGUHNYA KAMI INGIN MENJADI 1MALAYSIA YANG SEBENAR SEBAGAIMANA YANG SEPATUTNYA TERMETERI PADA 16 SEPTEMBER 1963...AMIN...

kututup dengan : SABAHAN HARUS BERUBAH. MAKSUDKU, BUKAN SEMATA-MATA BUANG BN, AMBIL PR...lebih dari itu. Lebih jauh dari itu, dan lebih berat dari itu...

BB Admin said...

Sanguru kata2 anda memang tidak ada 1 pun yg saya reject, Memang benar belaka kata2 anda tu...Pintar juga Sanguru ni menulis ayat yg KOW bah...Pentasanlah ko jadi Pengerusi Gabungan NGO Sabah..Aku benar2 setuju dgn kata2 Sanguru d atas tdi tu. Cuma sekarang yg perlunya kita ROBAH dan REFORM Pemuda/Pemudi UMNO/BN khasnya blogers2 ni harus berani tampil untuk mengkritik Kerajaan. Tidak semestinya kritik itu kita menyokong PR atau Pembangkang.D samping itu juga Pemimpin dan Kepimpinan d negara ini juga janganlah takut akan Koreksi yg d lontarkan oleh pihak2 tertentu...Saya merasakan Kepimpinan Najib dan Anwar memang kepimpinan yg tidak takut d koreksi oleh rakyat jika d bandingkan Musa Aman d negeri Sabah.

Anonymous said...

Apa mau takut tukar kerajaan. Kalau kerajaan sekarang (BN) gagal dalam membela nasib rakyat.. Pentingkan diri sendiri (BN).. Kita pilih yang lain.. Sekarang kita hanya ada PR.. Kita pilih saja lah PR.. Kalau PR gagal kita tukar lagi lah.. Sia bagi satu contoh melalui cerita..

Kalau kita ada gelas.. Anjing kencing dalam gelas kita.. Kalau kita cuci pun gelas itu tetap kita tidak mau pakai lagi tu gelas kan.. Saya umpamakan gelas itu BN.. Tidak mau pakai lagi lah.. Kita tukar tukar dan tukar.. Tukar pigi PR..

Anonymous said...

Saya Mengaku Saya Penyokong PR.. Satu saja saya mau tanya BN..
ADAKAH RAKYAT SABAH SEKARANG TERBELA??????

HIDUP PAKATAN RAKYAT.. BeEnd pasti kecundang..

Anonymous said...

Saya Orang ranau..

Mana sudah tu jalan raya yang si Pak Lah bentangkan dalam bajet tahun dulu.. Pak Lah janji buat jalan Kota Marudu ke Ranau.. mana tu jalan wahai yb yb BN.. Kamu Makan ka tu peruntukan..

Musa Aman berenti kau..

Anonymous said...

Saya Sokong Pakatan Rakyat.. Hidup Rakyat sabah..

Kita Hancurkan BN>>>> Babi Negara

Anonymous said...

Satu saja bah saya mau tunggu tunggu ni.. bila la ada orang wakil rakyat Sabah ni mati.. Saya mau gasak sama tu BN... PR Never Walk Alone...

Anonymous said...

Firs of all, tahniah kepada SAM..

saya merupakan seorang yang merantau di malaya sekarang..

Saya sokong kalau RAKYAT SABAH tukar kerajaan PRU13 nanti.. Kita Pilih Pakatan Rakyat.. Hancurkan Barisan Nasional yang banyak makan rasuah terutama si MUSA AMAN...

Anonymous said...

hai SAM,

Saya tidak suka kebanyakan yb yb sabah ni terutama dari BN.. persoalan saya??

1) Kenapa yb yb dan mp mp sabah tidak fight untuk menaikkan rolty minyak dari persekutuan?? Anwar janji dia kasi naik bah... tidak apa kita try..

2) Kenapa jalan2 raya di sabah teruk2?? Sia tingu di semananjung belum belubang lagi tu jalan diorang sudah kasi aspal balik..

3) Kenapa sabah ramai orang miskin?? Sebab kegagalan BN menjalankan projek2 pembangunan.. Apa lagi kita tukar lah bah pigi PR..

4) Kenapa rakyat sabah di anak tirikan dalam kenaikan pangkat perkhidmatan awam.. Buduh kah orang sabah ni?? Mana yb yb tidak mau fight ni masalah??

Kita Lompat2 ramai ramai pigi PAKATAN RAKYAT...

SANGURU said...

ramai yang memahami dan prihatin luahan rasa anony terutama saya. Syukurlah ada gelora kesedaran SEMALAYSIA. Mudah2an konsep 1Malaysia berjaya dalam era kita. Bukan mudah bawa kesejahteraan. Saya masih boleh memaafkan seadanya dgn syarat mereka yang anony maksudkan itu IKHLAS BERUBAH:..
MARI KITA BERUBAH. BAIKI YANG PINCANG. WAHAI BN, MASIH ADA WAKTU....

Anonymous said...

He eh he eh he...Sanguru pun rupa2nya peminat PR yah..Tetapi Komentarnya tidak bisa d luahkan secara terang2an....hanya boleh d luahkan d dalam hati saja d sebabakan kedudukan Sanguru tidak berani berterus terang mau bicara...Saya berharap kepada pemimpin pelepis WAJIBlah berani dan tampil membuat perubahan. Jangan sahaja dari Jabatan Pendidikan kerana Pengarah Pendidikan ni mcm Sensitif orgnya..Tidak boleh d komen akan Jabatan d bawahnya, Kalau anda seorang Pendidik dan bikin komen d dalam Koran ataupun d Internet pasti orang2 yg mengampu Pengarah PNS akan d melapor kepadanya untuk d ambil tidakan Disiplin....Hati2 kalau anda seorg pendidik yg berkerja d bawah pengarah JPNS. Kerana PDNS tidak mau d koreksi kesalahan Kakitangannya dan dirinya...JPNS pun bermain Politik rupa2nya yah...!!!

SANGURU said...

anonymous silap, memahami suara hati orang x semestinya sealiran dengan orang itu, maka saya bkn seperti yang tuan fikirkan.
Apa yg kawan kita anony luah tu ada benarnya dan saya/SAM akan ajukan kpd pihak kerajaan utk ambil tindakan.
P/s : sy dan pengarah ok. Datuk kenal siapa guru inovatif sabah.

SANGURU said...

utk makluman, tahun 2004 orang kuat BN komplen nama saya ke KPM sebagai anti kerajaan konon. Zalim orang itu. Bukankah saya sayang rakyat dan bantu kerajaan?. Inilah dia pemimpin karut marut. Tuhan adil, KPM x akui fitnah mereka. Saya kian maju dlm kerjaya, dlm NGO,dll. Orang karut itu akan lingkup... CAHAYA BARU AKAN TIMBUL. Insyaallah...

SANGURU said...

bkn puji diri, sy lbh berani terus terang dan banyak buat kerja bela rakyat banding org BN dan org PR di KM ini. Bkn kr politik tp kr jiwa semulajadi.
Bila sy buat begini, ada org BN kata saya sokong pembangkang, dan pembangkang pula kata saya pro mereka. Minta maaf tuan2, kedua2nya tidak tepat. Sy buat kr sy enjoy nak buat. Hehehe...

Umar al-Longobi said...

hehe, panas ruang komen ni. kan bagus kalau setiap entri ada perbahasan spt ini. penulis pun tambah bersemangat menulis.

asas yg kita kena pegang adalah, JANGAN SAMAKAN KERAJAAN MALAYSIA dgn PARTI PEMERINTAH. kalau kita faham perkara ini, barulah boleh berbahas panjang lebar.

ya, sy tau kebanyakan kita menyamakan kedua2 ini.haha... itu namanya kita dah termakan `gula2` politik. cuba kritik BN depan org kampung. dgn pantas mereka akan tegur kita, "....hei! jgn lawan kerajaan. kerjaan yg kasi gaji kamu. bagi kamu kerja. bla...bala". sy rasa bukan org kg saja yg mcm itu. profesor yg beminda kg pun 2x5 juga.

jadi, asingkan 2 perkara ini. antara sebab sy minta kita beza/asingkan adl, kebanyakan org politik ini terjebak dlm lembah kekotoran. kita tidak mahu kekotoran ini mencemarkan imej kerajaan!

kesimpulan: jgn cakap org yang mengkritik BN atau PR (kalau dah jadi kerajaan) sebagai lawan kerajaan. i love Kerajaan Malaysia! :-)

SANGURU said...

bila sy renung2, tenung2, fikir2....LULUS. Semua komentator entry ni BERJIWA RAKYAT: CUMA CARA BERBEZA, PARTI JG MUNGKIN BERBEZA?.
X JD MASALAH BERBEZA, YG PENTING ADA BENDA MESTI BERSATU/KONGSI2: KEJAYAAN DAN KEGAGALAN...