SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 3, 2009

MUTAKHIR: H1N1 MENULAR KE KOTA MARUDU?

KOTA MARUDU, SABAH, 3 OGOS: SMK KOTA MARUDU II ditutup sementara waktu untuk melaksanakan prosedur menangani wabak H1N1. Maklumat rasmi dan terperinci mengenai perkara ini belum dapat disahkan. Beberapa sekolah sekitar KM , khususnya SMK Tandek (dimana saya menjadi penolong kanan pentadbiran) turut mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengarahkan beberapa orang pelajar membuat pemeriksaan kesihatan. Ini berikutan program pengakap yang diadakan di SMK Kota Marudu II pada 31 Julai-2 Ogos baru ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari sekolah berhampiran.Untuk makluman program tersebut turut dihadiri oleh perwakilan pengakap daripada Kota Marudu, Kudat, Pitas dan Ranau. Sama-samalah kita berwaspada dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Marillah sama-sama berdoa agar kita semua terselamat daripada wabak tak diundang ini.

4 comments:

anna said...

salam 1Malaysia...
sy pun ada dgr tu kabar pagi td kununnya ada 10 student H1N1 positif.tp nda kompomlah, tau2 lah urg kita ni suka sebar kabar2 angin gini

DINAKAN said...

aiiiikkkk... ba, jaga2 saja kitorg sanguru takut nnt merebak pula H1N1 tu p kg-kg.

Little Mike (LM) said...

mula-mula berpuluh ribu kilometer geografi asalnya kita bercakap mengenai H1N1. Tiba-tiba menjengah di kampung sendiri tidak sampai 4 bulan. alahai dunia.... semakin tua dan manusia semakin leka

SANGURU said...

inilah susah. kalau wabak/bala dah datang, semua boleh kena, tak kira orang baik2 atau sebaliknya. Kalau menurut kitab, bala seumpama ini akibat tindakan orang2 baik/berkesedaran/ berkeupayaan yang MEMBIARKAN kebobrokan/maksiat/kejahatan/kezaliman/ dll...