SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 23, 2009

PATI ADA IC? - JANGAN KELUARKAN KENYATAAN TIDAK TEPAT...

Sering kali ada tangkapan dan dakwaan terhadap PTI yang ada IC/Mykad. Bila disiasat, IC palsu dan guna IC orang lain. IC palsu bermaksud ada sindiket, guna IC orang mungkin dicuri, dibeli dari orang atau tercicir. Setakat yang saya tahu/pernah kaji, kerajaan tidak pernah menaja pengeluaran IC kepada PATI! Jangan ada yang cuba mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah atau hasutan kerana ini sangat serius dan boleh mengundang ketidakstabilan dalam negara. Bahkan beberapa pegawai JPN yang terlibat sindiket IC telah dihukum. Siasatan dan pembenterasan memang perlu diaktifkan bagi mengelak PTI menyusup dan mempengaruhi politik

18 comments:

SANGURU said...

cadangan:
1. Halang sindiket IC palsu
2. Halang PTI ada IC jadi ahli mana2 parti
3. Jangan bantu PTI dapat surat beranak atau IC
4. Kenakan hukuman ISA kpd sesiapa yg terlibat langsung atau x langsung dlm perkara 1-3. Mereka ini sangat bahaya dan amat membahayakan negara.

Anonymous said...

setuju sanguru..,jngan biar org asing bermaharajarela dinegara kita.

Anonymous said...

PTI..?kategori apa yg dinamakan PTI? PTI maksudnya individu yg berada d negara yg bkn negara asalnya.. ada yg pakai ic palsu,dicuri,dibeli dan mcm2 lg..masalah skrg ni mcm halaka atau pakistan yg jual2 kain dpt ic? klu pun jd pemastautin tetap,tak kan dpt ic biru..patut dpt ic merah la kan.. mana2 warga asing yg ingin memohon pddk tetap ini tdk perlulah di kasi lulus..ramai jg sdh rakyat sabah ni..

Anonymous said...

hehehehe...D mana ada kemahuan d situ ada jalan...Cuba kira dan hitung Rakyat Asli negeri Sabah ini. Pada tahun 1960an dulu Penduduk Negeri Sarawak lebih banyak dari penduduk negeri Sabah. D mana kah datangnya penduduk 100% ganda penduduk negeri Sabah ini? Apakah semua penduduk beranak termasuk yg lelaki? Hancurlah negeri/negara kita jika Rakyat tidak sedar akan perkara yg merbahaya ini berlaku...Fenomena ini memang banyak sendikitnya. Harap2 Pemimpin BN yg berkuasa d negara ini tidak ada yg terlibat d dalam Pengianatan pengaluaran mykad terhadap Rakyat negara ini.

Sulaiman Hanim said...

Kalau IC Palsu pasti tidak boleh d daftarkan sebagai pengundi negeri/negara Malaysia.Kalau nak tau d mana Kampong2 Sahabat PTI ni tidak lain tidak bukan tempatnya d Pantai Timurlah.Sandakan,
Semporna,L.Datu,Tawau dan Kunak.D Pulau Banggi pun jangan juga d lupakan. Susah juga nak cakap kalau ISA d gunakan untuk menangkap org2 yg tdk bertanggung jawab ni.Pernah 1 hari dulu saya berbaris no 3 d kountar JPN d KK.Untuk mendapatkan pangganti Surat beranak saya yg hilang. Tiba2barisan kami org tmptn ni d over take oleh 6 org Pakistan yg sembil mengibar kibarkan Mykad d dapan muka mereka, Hati saya bertambah panas bila melihat prilaku Pakistani ni.Dan saya menjerit menanyakan kepada Pegawai d Kauntar JPN d mana mereka memperolihi mykad Malaysia tu. Pegawai tersebut mengatakan yg mengeluarkan adalah D Putera Jaya KL.Apa yg mau d katakan? Siapa yg menjadi Penghianat kepada Rakyat negeri/negara Malaysia ni?

Umar al-Longobi said...

sy setuju dgn cadangan sanguru. harap ada penyelesaian tuntas!

Anang said...

Saya setuju dgn cadangan sanguru....tapi ada baiknya saya tambah sedikit lagi:-

1. Jangan berurus niaga dengan PTI/PATI ini(jangan beli barangan mereka walaupun murah).

2. Tugas kita melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita melihat PTI/PATI yang memiliki dokumen spt IC yg diragui.

3. Jangan bersekongkol/subahat/agen dengan PTI/PATI utk kahwinkan dengan orang tempatan.....laporkan kpd pihak berwajib.

4. Jangan cepat simpati dengan PTI/PATI....keraskan jiwa utk anak bangsa kita.

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

Anonymous said...

Kebanyakan org Melayu/Muslim kita ni cakap, Nda apalah tu mereka pun orang Islam juga...Kalau kesemua org Islam dari seluruh Dunia datang ke Negeri/Negara Malaysia ni pun jadi permasalahaan yg sengat2 besar juga lah kawan...Jangn sampai menunggu perut PTI/PATI ni berbulu d negeri/negara ini baru kita sedar....Pemimpin Semenanjung pun cakap kepada pemimpin UMNO negeri ini pun sama. "Mereka ni orang Islam lah, kita kasih maykad saja nda apa2 bah"....Pemimpin negeri ini pun terdiam.Kerana Bapa Datuk Musa Aman pun dari Pakistan bah....

One said...

Wujudkan satu Biro/Jabatan/Bahagian khusus (apa saja anda panggil itu) khusus dalam SAM untuk menangani masalah PATI dalam kawasan KM dan bekerjasama dengan agensi2 yang berkaitan.

PATI said...

Kenapa juga kami selalu dihina sedemikian rupa? sedangkan tanpa kami perekonomian negeri Sabah tidak sebagus mana hari ini kalo kami tidak ada d negeri ini.Ibu/bapa Kami datang ke Sabah pada tahun 1980an dulu mereka pakai Paspor bah ada Jaminan d kerajaan. Kenapa juga pihak BN mengeluarkan Kad Bunga raya kepada ibu/bapa kami d suruh mengundi Umno? Adakah ibu/bapa kami yg bersalah sampai kehari ini? Sama2lah kita bersatu demi Bn dan umno.Umno/Bn tidak akan bisa kalah kerana banyak lagi pendatang yg mau d kasih mykad malaysia baa..

Anonymous said...

Saya amat tertarik hati dengan amanat dan pesanan Sanguru.Makanya pemuda n pemudai serta rakyat d seluruh negeri dan negara kita ni seharusnya mempunyai kepekaan akan apa yg terjadi d dalam negeri kita. Selaku rakyat yg bagus kita berfikirlah secara kearah yg positif jangan kita menjadi rakyat yg penakut dan hanya menjaga kedudukan kita sahaja.Play safe adalah punca utama kelemahan generasi rakyat dinegeri ini.kita fikir2kan lah se baik2nya seperti nesihat Sanguru tu.Jangan kita menjadi rakyat pengacut demi kebenaran.Seandainya kita menunggu arwah Datuk dan Nenek kita yg sudah meninggal dunia tu bengkit semula untuk memperjuangkan kita amat malanglah kefahaman sedemikian...

SANGURU said...

di malaysia ada cara dapat warganegara sah. Klu org dr negara lain dpt kerakyatan dan IC ori dgn cara sah, ok bah kan? Saya x salahkan org yg pegang IC cara short cut. Biasalah perantau. Yg salah sindiket dan org yg berkepentingan itu. Merekalah pengkhianat negara. Kerajaan pun jd lintang pukang oleh mereka. Ada antara mereka sudah kena ISA, yg jerung2 mcm belum kena lg. Nta la...

SANGURU said...

kasih sayang dlm Islam bkn bermaksud melanggar undang2 negara. Islam pun menyuruh menjaga hak dan pertahan kedaulatan. Tiap negara ada sempadan dan kedaulatan. Yang konon sayang dan kasi IC itu bkn nilai Islam, itu nafsu dan ikut nafsu. Karut marut. Kroni dan kepentingan bangsa. Islam dijadikan alasan. Saya x blh terima nilai Islam begitu,

Anonymous said...

Setahu saya Abang angkat saya seorng Visaya dari Zamboanga datang ke negeri Sabah pada tahun 1958, Beristeri dan beranak dan sudahpun bercucu cicit (Mualaaf) sampai kehari ini dia hanya mendapat Mykad berjelur merah @ PR...Dengan cara pemberian IC yg ada pada hari ini adalah pemberian politik bah...Lihat contoh yg saya berikan d atas tadi tu.Bagi saya walaupun Sanguru berkefahaman berat kepada UMNO/BN teruskan saja perjuangan anda tu, Saya tidak marahkan apa juga Ideologi anda Sanguru. Yang penting kita selaku Warganegara Malaysia ni WAJIBlah mempertahankan Negeri dan negara kita. Bolehkah Sanguru bayangkan kalau Sanguru datang kenegara Philippine/Indonesia/Pakistan dan menjadi Warganegara d sana? Apa yg mungkin akan terjadi pada leher anda? Atau Sanguru Teriak2 ikut menentukan kemenangan sesebuah Parti d negara mereka, Apakah yg akan Rakyat Asli negara tersebut buat kepada anda? Cuba fikir secara Positif sanguru anak tempatankan? Tidak ada warisan datuk/nenek dari sebrangkan?

Pelangi said...

sindiket ic palsu? tidak senang untuk membanteras.terlalu ramai (orang kita) yang serakah..kerana wang.. sanggup lakukan apa saja tidak kira betul atau salah disisi undang2.
PTI sanggup bayar mahal untuk dapatkan sekeping ic(tidak kira palsu atau ori)... ada permintaan, penawaran pun ada...
hhhmmm... semakin difikir, semakin risau.

maslie said...

isu org bkn rakyat m'sia yg dpt ic ni mmg sdh wujud dr dulu lg iaitu sekitar 1980-an lg.isu ini seiring dgn kepintaran org kita dlm berpolitik..mmg ramai yg berpendapat bhw wujudnya golongan tertentu yg mengambil kesempatan dr isu pemberian ic ini utk kepentingan diri sendiri..bg saya itu cerita yg tdk dpt dibuktikan 100% melainkan ada individu yg tampil mengemukakan bukti kukuh.dlm hal ini,org yg saya maksudkan adalah org yg pernah diberi ic dan keistimewaan sama spt pddk asal di sabah.
Apapun,hal ini sdh lama berlalu dan kita amat kesal dgn perkara tersebut.Apa yg kita perlu lakukan skrg adalah memastikan tdk ada lg individu yg bkn org tempatan atau bumiputera diberi ic.Dlm hal ini,semua individu dan agensi yg terlibat secara langsung dgn pengeluaran ic ini tdk cepat lupa diri atau terpengaruh dgn ganjaran yg diterima.Org2 biasa mcm kita pun jgn berdiam diri jika ada terlihat adanya kehadiran pendatang di tempat kita.Cepat2 la lapor kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Akhir sekali,sama2 lah kita berdoa dan berharap agar kita tdk menjadi PELARIAN DI BUMI SENDIRI.

Anonymous said...

Sindiket IC palsu tu lain lagi ia tidak akan bertahan lama,Seandainya d tengkap Polis dan JPN ia akan ketahuan juga sama ada Palsu atau tidak...Tetapi Sendikit pemberian dan arahan oleh pemimpin2 BN @ UMNO ni bukannya satu yg Palsu tetapi Pemimpin yg mengarahkan Pengarah JPN untuk mengeluarkan mykad Malaysia ini d Sabah mau pun d Putrajaya KL. Ini bukanlah omongan kosong atau Fitnah kepada pihak Pemimpin Negeri Sabah tetapi ini adalah kenyataan. Ini untuk UMNO gunakan d dalam setiap kali PRU....

Anonymous said...

IC palsu yg d tengkap hanya 2,3 org saja bah.Mana yg berlapis saja dengan org tempatan.Tetapi yg berjuta juta penerima IC yg d berikan kepada Pendatang (Tawau,Semporna,Kunak,L.Datu,
Sandakan,D sekitar Pulau Banggi) tu mcm mana? Dari mana d orang dapat IC tu? Adakah orang2 ni pada tahun2 1970an dulu d tempat yg mereka diami sekarang ni? Buka mata lah..Jangan Khianati negeri/negara dan rakyat kita sendiri gara2 mahukan kuasa berpolitik....