SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 13, 2009

PERANAN MDKM?

Terdapat 2 prinsip sistem pentadbiran yang dijalankan MDKM sebenarnya. Iaitu a. Diluar bidang kuasa (ultra-vires) b. Keupayaan yg kompeten (general competence) oleh yang demikian MDKM telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kehidupan masyarakat agar berada pada tahap optimum. selain itu, pengawalan binaan bangunan merupakan satu lagi fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada MDKM untuk dilaksanakan melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Terdapat 3 lagi akta yang mempunyai kaitan rapat dalam MDKM dan merupakan wajib dikuatkuasakan sejak mula penubuhan MDKM. Iaitu, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Jika diimbas kembali dalam seksyen 72 dan seksyen 102, MDKM sepatutnya mengawal pencemaran sungai, kebersihan bangunan dan tanah, mengawal pemeliharaan binatang ternakan, menjaga kesihatan awam, mengawal iklan dan premis perniagaan. Secara totalnya pula, jika ada pewartaan secara rasmi kawasan baru yang bakal menjadi area pembangunanMDKM. Adalah wajar, jika semua kerja-kerja termasuk di kampung-kampung diberikan sepenuhnya kepada MDKM atau pemaju untuk diselenggara. Antaranya, membaiki pagar halaman rumah di kampung, memotong rumput di halaman rumah orang-orang kampung, membersihkan halaman dan rumah orang-orang kampung jika kotor dan bermacam lagi. Justeru, kewajaran membayar cukai oleh penduduk kampung barulah rasional dan mungkin tiada masalah setakat beberapa banyak cukai dikenakan MDKM. Namun, persoalan timbul dibenak penduduk kampung sebenarnya ialah; Dimana WARTA kawasan MDKM dipaparkan? Bila diWARTAKAN? Apa bukti peWARTAan dibuat? Bagaimana dan siapa meluluskan atau mengesahkan WARTA tersebut? Jika WARTA telah lama wujud, mengapa sekarang baru ada istilah CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? Sebagai renungan bersama, PELENCONGAN daripada batasan kuasa yang ditetapkan akan menyebabkan keputusan yang dibuat MDKM sebagai 'ULTRA-VIRES' apabila semakan dan tindakan MAHKAMAH dibuat oleh penduduk Kampung.

17 comments:

NONG said...

SYABAS Dinakan..
Semoga paparan ini membantu memperbetulkan mana2 yang tak betul.

private said...

boleh tahan juga wacana minda pasal cukai ni tuan dinakan... saya da nampak klu2 nya... jadi.. rasanya baik kita tgu komen sanguru.

Anonymous said...

saya setuju dengan persoalan ini tuan.. apa kata kalau kita tgu respon MDKM?

Longob-Cute said...

Kalau ikutkan memang tidak patut ba. macamana tiba2 pungut cukai, tapi tiada warta? bila ba warta tu dikeluarkan? betul juga ni tuan dinakan.

Anonymous said...

apa sebenarnya SAM mahu jelaskan. mengapa sentiasa mencari kesalahan orang lain, sedangkan SAM sendiri masih belum kenal dunia... memorandum pun kalau dihantar membantah cukai ni.. baik tidur ja. apa yg SAM boleh perjuang kan?

presint 3 said...

syabas...tahniah.. tuan dinakan,
penerangan ttg peranan mcm ni adalah perlu agar kesedaran dan perhatian terus d buat brdasarkan fakta dan akta... merangkumi kuasa dan undang2.

tondig said...

bagusss.. tuan dinakan... mungkin nanti saya tidak payah kasi bersih halaman rumah lagi.. biar mdkm.

BALATUK said...

mana ada warta dikeluarkan tuan dinakan.. mungkin sanguru pun tau juga tu...

apa rasionalnya tiba2 minta cukai tu?
mcm pelencongan plak da tu.

GARUDA said...

tuan dinakan, tadi kami ingatkan kena bg penerangan pasal bantahan cukai. rupa2nya dia bg kadar tksiran.

mmg saya tidak puas hati dgn MDKM ni. baik dorg balik rumah, balik kg baca buku betul2 atau baca penerangan tuan dinakan ni.

syabas dinakan...

TUMPUNG GURAAT said...

Anonymous said...
apa sebenarnya SAM mahu jelaskan. mengapa sentiasa mencari kesalahan orang lain, sedangkan SAM sendiri masih belum kenal dunia... memorandum pun kalau dihantar membantah cukai ni.. baik tidur ja. apa yg SAM boleh perjuang kan?

August 13, 2009 7:25 PM
__________________________________

Anon..anon..
sini juga kau!..
Kalau pasal dengki kaulah numbur 1 di dunia.
Jelos sangat dengan SAM kenapa?
Ptuuuiiii...

Mr. Aki Abad 21 said...

nonymous said...

apa sebenarnya SAM mahu jelaskan. mengapa sentiasa mencari kesalahan orang lain, sedangkan SAM sendiri masih belum kenal dunia... memorandum pun kalau dihantar membantah cukai ni.. baik tidur ja. apa yg SAM boleh perjuang kan?

August 13, 2009 7:25 PM
indada nama ... ko inda nampak pulak aaaa apa yg SAM perjuangkan ? d mana ko simpan mata ko ? SAM inda kanal dunia atau ko yg inda kanal DUNIA..mr. aki yg tua2 pun nampak apa yg d perjuangkan SAM ..kan pasal cukai yg inda lojik, kan nasip urang2 kampung. ko ini berpihak d mana ba...MDKM atau pati pulitik atau periuk ko, mana satu ? kalau ko berpihak pada MDKM maka mr. aki lihat ko ini inda kanal urang dan bangsa ko, kalau berpihak pada pati ... maka ko ini bukan pambangkang kan ... setahu mr. aki pambangkang saja yg kuat membanta ... tapi ini lain pulak sipat ko...mambanta hak urang ramai ....

indada nama...
karana kanal ini dunialah SAM barcakap pasal ' cukai ' inikan carita dunia bukan suruga. palui bu8tul ko ini ....!!!!

patut ko tulung SAM bah... bukan kasi bakar parjungan mereka, tapi inda apa...ko buatlah apa ko suka SAM buat apa yg mereka suka.

camburu ka ko... pasal urang2 sam kian mantap, ada buluk, ada redio... ko ada apa ooooooooooo

bakas perdanan menteri pun sukung PARJUANGAN DIURANG...butul2 ko indada MATA dan inda kanal DUNIA.

SANGURU said...

antara dasar SAM: 1. Bantu rakyat ajukan masalah. 2. Dedahkan kepincangan bukan kerana cemburu, sebaliknya bersihkan imej kerajaan. Kerana biasanya, kepincangan bukan dari dasar kerajaan sebaliknya oleh barua2 perosak kerajaan. 3. Membantu yg teraniya/yg memerlukan tanpa pilih bulu. 4. Membantu kerajaan dimana yg termampu/sesuai menurut pandangan selaku NGO. 5. Aktiviti2 NGO

Anonymous said...

apa la kamu dapat ni sanguru dan mr. aki kalau perjuangkan SAM? dapat duit la tu.

kamu fahamkah apa tujuan cukai? cukai ni untuk bantu semula km juga bah.. jadi, tidak salah kalau ada cukai dikeluarkan oleh MDKM.

Kamu org2 SAM, BELAJAR BERFIKIR secara POSITIF bah. jgn pandai cakap ja ada perjuangan yg tiada hala tuju dan matlamat.

Anonymous said...

syabas... tahniah.. SAM..
Tahniah tuan Dinakan..
tahniah sanguru..

SANGURU said...

kami x dpt duit. Buang duit, masa, tenaga adalah. SAM berkhidmat sukarela. Kami positif. Membantah hal2 tertenu kelihatannya negatif di pihak yg berkenaan tp positif kpd umum. SAM lbh mementingkan kepentingan umum banding kepentingan peribadi segelintir org.

Aldusuni said...

kalau berkerja untuk wang naka jadilah segala percakapan, sikap , tindakan utk wang. Kami berjuang dan berkorban semata-mata melihat tertegaknya keadilan.Tanpa nama kalau benar ikhlas, apa kata jumpa kami di marudu inn pada 14,15 dan 16 kita bincang2 secara terbuka .... jangan sembunyikan diri.

Gaaman said...

Terimakasih Dinakan!. teruskan paparan berkaitan peranan PBT/jab/agensi kerajaan yg ada di KM. Entry seumpama itu boleh menyedarkan warga KM ttg peranan PBT/Jab/agensi kerajaan dan perkhidmatan yg SEPATUTnya diterima oleh rakyat. tidak la dikasi bodoh-bodoh saja..